Sponsor Ads

Selasa, 12 Februari 2008

Sambungan Aktiviti Januari 08

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tapak ujian fertigasi yang telah beroperasi sejak November lepas terus menampakkan hasilnya. Berikut adalah perkembangan terkini tanaman 4 pokok Rockmelon dan 6 pokok cili merah.

Daripada jauh kelihatan pokok yang hidup segar namun bila dilihat secara dekat, 2 pokok rockmelon menampakkan masalah yang tak dapat dielakkan. Masalah reput pangkal. Racun yang digunakan jenis Dipel gagal mengekang serangan penyakit tersebut. Tak dapat dielakkan kerana racun kulat yang boleh mengekang masalah tersebut telah dihantar ke Chenor. Di peringkat awal, satu pokok rockmelon mengalami pecah batang dan selepas disiram racun Dipel, dapat mengurangkannya dari merebak tetapi tidak kepada penyakit reput pangkal. Aku hanya dapat perhatikan perkembangan pokok rockmelon itu dan menjangkakan ia akan tumbang selamanya tidak lama lagi.Bagi pokok cili merah yang ditanam, telah mula menghasilkan bunga kalau tak silap pada 15 Januari 2008. Ini sebahagian gambar yang sempat aku rakam.

Pada pukul 10.30pagi aku dan isteri telah merancang untuk melawat seorang lagi rakan fertigasi yang mengusahakan penanaman cili merah sebanyak 4000 pokok di Kanchong Darat. Aku bertemu dengan Azizul dan adiknya Khairul dari Marzuq Farming serta dibantu oleh ibunya. Beliau akan masuk musim ke dua penanaman cili merah fertigasi. Semasa lawatan, mereka sedang buat maintenance peralatan fertigasi seperti pembersihan dripper bagi mengelakkan blockage serta top soil yang dibuat menggunakan campuran sabut kelapa dan baja zeolite. Mereka juga merupakan ejen pengedar baja zeolite di daerah Banting. Setakat ini, pasaran cili beliau adalah di kawasan berdekatan. Namun apa yang mengejutkan adalah kos sewaan bagi seeker tanah adalah RM500 sebulan tanpa kemudahan air dan elektrik. Bagi aku, kos tersebut adalah tersangat mahal. Kiranya setahun sewaan tanah adalah RM6000. Sumber air adalah dari hujan dan kolam di tanah gambut yang airnya berwarna coklat kemerahan. Aku rasa air kat situ kena rawat dulu sebab kadar asidnya tinggi. Sepanjang musim pertama ni beliau masih boleh bertahan. Beliau menggunakan pam air 1hp untuk mengepam air baja ke pokok. Kaedah itu sangat sesuai bagi kawasan yang tak mempunyai bekalan elektrik di ladang. Namun, kaedah automasi menggunakan timer tidak dapat dilaksanakan dan ini memerlukan seseorang untuk sentiasa berada di sana bagi mengepam baja. Di samping tanaman cili, beliau juga menanam beberapa pokok tomato sebagaitanaman percubaan. Kelihatan pokok tomato sedang menghasilkan buah yang masih muda lagi. Di bawah adalah keadaan di ladang Marzuq Farming Kanchong Darat.


Pada 25 Januari 2008, aku berjumpa dengan seorang lagi kenalan baru, Fauzi dari Nature Agro Sdn Bhd bagi mendapatkan bekalan EM1 untuk kegunaan ladang aku di Chenor. Kos bagi 5 liter adalah RM125 yang boleh menghasilkan sebanyak 110 liter aktif EM yang kemudiannya akan dipecahkan kepada sukatan kecil bagi setiap jenis penggunaan. Ini juga merupakan percubaan aku untuk menggunakan Aktif EM dengan pokok cili serta kolam ikan patin di kampung. Ni dia rupa EM yang baru aku beli. Harap-harap hasilnya nanti memberangsangkan.


Sampai di sini untuk kali ini. Nanti akan disambung untuk perkembangan semasa. Wassalam.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...