Sponsor Ads

Selasa, 24 Jun 2008

The Cabai 2

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Sudah berbulan blog ini tidak dikemas kini kerana kesibukan. Saban hari kelihatan ramai pengunjung yang menerjah blog ini tapi masih menanti-nanti perkhabaran terkini.
Baiklah, ini adalah perkembangan pada 14 Jun 2008. Pada waktu ini pembesaran tanaman adalah pada tahap normal. Kalau dilihat dari dekat memang terdapat polibeg yang tidak mempunyai pokok kerana sudah dicabut akibat serangan angin akhmar. Tak dapat diselamatkan. Manakala agak banyak juga pokok yang diserang bertubi-tubi oleh kawasan sekeliling. Tapak ke 2 ini umpama satu medan pertempuran yang telah dikepong oleh pihak musuh. Apa yang perlu kami lakukan hanyalah bertahan setakat yang termampu. Bagi askar yang tewas di medan perjuangan, tiada jalan lain melainkan penghormatan terakhir diberikan. Alat pelindung sebaik mana pun yang kami gunakan
Ini antara pokok yang segar tapi bunga awal tak lekat. Antara sebabnya boleh dikatakan kawasan di sini berangin agak kuat di sebelah petang. Biasanya dalam pukul 5 ke atas angin kuat. Meliuk-liuk pokok ditiup angin siap boleh main layang-layang kat situ.

Haah... ini antara pokok yang lekat buah kat cabang pertama. Seronok tengok hasil yang dah keluar... yang kurang seronoknya...tak banyak pokok yang mengeluarkan hasil macam ini buat masa ini. Mungkin masih di peringkat awal. Ada juga pendapat kata buah pertama seeloknya berada di cabang kedua dan ketiga dan bukan di cabang pertama. Andaian saya adalah buah di cabang pertama ini umpama toll operator. Kalau dia dah dapat bahagian dia dengan cukup baru dia bagi kat orang lain. Kalau toll operator jenis pelahap nak makan banyak.. jawabnya kengkawan lain kat atas tu kurus ler..Dia serap makanan lebih.

Gambar di bawah pula rupa kawasan di sebelah kiri yang merupakan petak terbesar di sini. Kerja memasang pancang masih belum siap lagi.

Kalau diperhatikan di belakang tapak di bawah ini ada ruanga tanah berbukit. Yang tu dicadangkan untuk di tanam tebu. Yelah...sambil menunggu hasil cili...tebu akan juga memberi pulangannya sedikit sebanyak. Ye tak? Lagipun tebu ni senang nak jaga...

Gambar di bawah ini pula pokok di lorong tengah bersebelahan dengan paip utama. Buah dia mengghairahkan.

Ini lagi antara pokok yang telah mengeluarkan hasil.



Dengan kegairahan pokok mengeluarkan hasil, tak disangkan ia juga menarik peminatnya yang tersendiri. Kawasan tanaman sayuran yang berpagar ini pun masih tidak dapat mengekang kemasukan lembu yang bertuan tapi macam liar. Tuannya yang berakal tu biarkan lembu yang tidak berakal mencari makan sendiri sampai kerap masuk ke kawasan sayuran ini. Peserta kawasan ini memang kerap melihat kelibat lembu masuk ke kawasan ini tapi tak dapat nak buat apa-apa. Kalau ikutkan kata hati, nak diikatkan lembu tu kat pokok di belakang bukit tu, biarkan tuannya mencari. Bila dah seminggu tak ada orang tuntut, kita kenduri pulak. Tapi tak sampai hati pulak nak buat macam tu. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, lembu pulak....meninggalkan tahi....cuba tengok kat bawah tiang tengah tu. Memang dasar lembu buang merata-rata. Nasib baik pokok tak dijahanam teruk. ada juga pokok yang dijamah. Ni nak kena letak racun serangga campur julap.. biar sakit perut lembu tu bila makan. agak-agak hamama, kutu, belalang pun akan sakit perut gak ker? ntah ler..

Ini pula pokok yang dilanggar dek lembu yang tidak berakal tu..sabar jelah... Dugaan...

Pada 21 Jun 2008, kami singgah ke Restoran Tupai-Tupai atau Restoran Rimba Seafood (yg ni beri nama sendiri) berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Ada orang sponsor makan malam di sana. bak kata orang Rezeki Jangan Ditolak. Keunikan di restoran ini, dia beri 2 jenis tomyam yang mana salah satunya tomyam kelapa. Macam mana rasa tomyam kelapa ni...kena pergi sendiri...Menu variety agak limited dan harganya lebih sikit dari Restoran Titiwangsa. Environment menarik bagi orang kota sebab dalam rimba. Bagi orang kampung, dah biasa dah....Takda persembahan tradisional. Tokey di WOmen (half women half men) Overall 3 bintang setengah.


Siri seterusnya akan muncul tidak lama lagi. nantikan...

Jumaat, 13 Jun 2008

Selesai Fasa Pemasangan Mula Fasa Penjagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sambungan dari coretan lalu...untuk kali ni memang panjang nak tulis...tapi memang pengalaman yang menyeronokkan...

Gambar dibawah adalah semaian benih timun biasa diambil pada 23 April 2008. Jangkaan mula semaian adalah pertengahan April 2008. Kalau perasan di sebelah kanan tu ada bekas semaian juga tapi untuk timun jepun disemai pada tarikh yang sama manakala di sebelah kiri pula semaian benih cili besar. Dan boleh dipindahkan ke polibeg tak lama lagi.

Gambar di bawah ini pula adalah set fertigasi 50 yang telah dipenuhkan dengan anak2 pokok... bercampur-campur. Ada pokok tembikai biasa, tembikai rock melon, cili, timun jepun, timun biasa dan tempat kosong tu untuk terung menggunakan satu sistem pembajaan. Gambar ini diambil pada 7 Mei 2008.

Mungkin ada yang masih kurang jelas tentang pemasangan sistem pam alternatif anti siphon. cam tulah rupanya. Set ini tak dipasang pam penapis kerana menggunakan aip paip dan bekas yang tertutup. Jadi kurang masalah pencemaran air yang boleh membuatkan dripper tersumbat.

Gambar ini diambil pada 9 Mei 2008. Kelihatan pokok timun jepun tu di sebelah kanan antara paip poli cepat membesar berbanding timun biasa di sebelah kirinya. Gambar ini sebagai rekod pembesaran tanaman jenis timun (jepun dan biasa).

Di peringkat ini pokok masih kecil dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Jaring yang disediakan adalah untuk menyokong pokok untuk memanjat. Masa beli tu tak jumpa yang saiz lebih besar, jadi sapu je mana yang ada jual.

Pada 10 Mei 2008, jadual untuk memantau perkembangan kebun di Chenor. Anak pokok telah selamat dipindahkan ke polibeg. Alhamdulillah masih mengikut jadual penanaman walaupun ada kelewatan 2-3 hari..dimaafkan. Ini lah rupa anak pokok yang telah dipindahkan.

Pada petangnya, Kami menerima lawatan dari Shahdenton dan kawannya dari Raub. beliau juga mengusahakan cili besar dalam 1000 pokok dengan bunbumg plastik UV. Mereka datang untuk lawatan sambil belajar. Maklumlah, baru memulakan projek.. Dah tengok tapak 2 yang baru siap, mereka nak tengok keadaan tapak 1 pula. Hemm,.. naik Hilux tu.. sambil berbual, Azran pula sedang sibuk memuatkan cili yang telah dipetik untuk dijual di pasar malam. proses mengangkut macam kat bawah tu.

Keesokan harinya, 11 Mei 08, macam biasa ke kebun, sempat ambil gambar tanaman timun jiran di ladang. Saja ambil untuk buat perbandingan pertumbuhan. Ini tanaman timun biasa cara konvensional.
Ini pula pemasangan yang simple jer. Taknak terlalu canggih sangat sampai mengakibatkan pertambahan kos. Kami menggunakan 2 pam Centrifugal 1HP. Satu untuk baja dan satu untuk air. Buat masa ini kami masih menggunakan pam enjin petrol sebab elektrik masih belum disambung lagi. Enjin ini sebagai standby sekiranya masalah pam atau elektrik tak ada. Jadi tidak perlu risau sangat kalau pam rosak. Sambungan dibuat di luar dan hos inlet plexible tu dimasukkan ke dalam tangki. Biila enjin dah on, valve dibuka untuk menyalurkan air.


Ini pula pokok tebu yang ditanam sebagai pagar depan dan juga crop barrier. Bila dah besar nanti, sambil melepak nanti boleh pekena tebu segar. lagipun elok untuk menjaga kebersihan kawasan tu juga. Kalau tak buat macam tu...bahagian depan tu penuh dengan semak.
Ini adalah perkembangan pokok pada 15 Mei 2008. Ada kemajuan dari segi ketinggian pokok. di bahagian tepi pun telah ditutup dengan silvershine bagi mengurangkan masalah rumpai dan serangga.
Ini adalah gambaran keseluruhan kawasan di plot 1 di Tapak 2. Kami ada 4 plot semuanya. Di Plot 1, kami menggunakan single piping dan dialas dengan batu. Di Plot 2-4, kami menggunakan joint piping tanpa batu bagi tujuan perbandingan.
Kerja di kebun takkan lengkap kiranya Bos AFFE tak turun padang. Tak banyak, sikit2 pun jadilah. Di samping tu sebagai pelan perpindahan perniagaan (Business Succession Planning), anak-anak bos juga diajak bermain2 dengan aktiviti kebun.

Setelah habis tugas di kebun, masa untuk menguruskan mini kebun di rumah Putrajaya. Ini adalah perkembangan pokok timun jepun pada 18 Mei 2008. Pokok ni membesar agak cepat dan daun dia memang segar2. Geram bila tengok. Sambil-sambil membelek pokok, kelihatan timun jepun ni mula nak belajar berbuah. Tu ada kelihatan putik buah timun.



Bulan Mei juga merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh murid2 sekolah dan ibu bapa apabila masing2 ambil peluang untuk bercuti panjang. Tetapi agak berlainan bagi kami yang memulakan cuti persekolahan anak-anak dengan bengkel Mokhdar, Bengkel Intensif 8 Hari Melahirkan Genius Matematik & Sains menerusi Kaedah Mokhdar. Bengkel ini diadakan selama 8 hari berturut-turut di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 6, Bdr Baru Bangi. Jadi kena hantar 2 orang hero dari Putrajaya ke Bangi setiap hari. Apa perbezaan mereka? Ketara..terutama dari segi penghafalan sifir. Si abang (Hafidz) baru Tahun 1 dah boleh ingat sifir dengan mudah contohnya Lan Lan Ku (9x9=81) Ka Ka Nap (8x8 =64) Ja Lan Naga (7x9=63). Teknik menghafal dengan mudah menggunakan singkatan. Si adik (Sufi) lambat sikit sebab dia baru merangkak membaca. Dengan latihan dirumah dengan kerap InsyaAllah dia pun akan laju macam abangnya nanti. Boleh rujuk di link ini

Berbalik kepada program mini kebun di Putrajaya, ini adalah putih buah timun biasa yang baru mula belajar berbuah pada 29 Mei 2008. Putik ini lebih lewat keluar dari timun jepun sedangkan timun jepun buahnya telah panjang seperti gambar di bawah.

Disamping itu, rock melon yang ditanam di dalam polibeg tetapi tidak digantung dan diletakkan di hamparan silvershine juga hebat berbuah. Ini percubaan untuk menanam rockmelon di bawah. Gambar in diambili pada 29Mei 2008.

Ini adalah upacara memetik timun jepun pertama yang diadakan pada 31 Mei 2008. Tarikh-tarikh yang disebut adalah untuk rekod peribadi kami mengenai tumbesaran pokok.
Maka, dengan rasminya pada hari ini kami telah menuai hasil timun jepun yang pertama sebanyak 3 batang dengan berat lebih kurang hampir 1 kilo. Kalau macam ini bos AFFE jual timun, pasti laku cepat. Jangan marah yer bos.. Sebenarnya hari itu kami akan menghadiri hari perkahwinan adik sepupu di Puchong. Sebelum sampai ke majlis tu, sempat kami singgah ke Bukit Puchong untuk membeli benih terung bagi tanaman gantian di tapak 1.

Pada 1 Jun 2008, kami pulang lagi ke Chenor bersama anak-anak untuk percutian Homestay di Kebun Cili. Elektrik di Tapak 2 telah disambung pada 27 Mei 2008 dan pengairan menggunakan pam elentrik telah dimulakan. Ini adalah tumbesaran pokok pada 1 Jun 2008.

Pada masa yang sama perkembangan projek timun oleh jiran di ladang juga dipantau. Sebahagian dari pokok di plot 1 telah dipasang pancang buluh untuk menyokong pokok manakala di plot lain telah dipasang tiang pancang utama.
Kami membuat keputusan untuk menyambung cuti bagi memenuhi jemputan untuk mengadakan taklimat mengenai sistem fertigasi di Sekolah Menengah Jengka 12 pada 2 Jun 2008. Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Zairul yang memberikan kepercayaan untuk kami memberikan taklimat kepada murid2 beliau. Di samping itu, kami juga memberikan diskaun khas bagi pembelian set 20 pokok menggunakan pam 0.5hp dengan pemasangan percuma demi membantu anak2 Felda memahami dengan lebih jelas mengenai sistem fertigasi.
Taklimat hari tersebut disampaikan oleh Pengurus Ladang, Azran dan Hairudin selaku Penolong Pengurus bertugas memasang peralatan. Jurukamera dibawa khas dari Putrajaya. Azran senyum lebar sebab ramai pelajar yang hadir adalah perempuan dan comel2 belaka manakala pelajar lelaki memang sporting.
Ini lah orang kuat SMK Jengka 12 dan AFFE bergambar kenangan sebagai bukti sumbangan mereka memajukan anak-anak bangsa. Patriotik sungguh.

Aktiviti petang itu disambung dengan lawatan ke kolam ikan patin di rumah pakcik di Felda Rentam, Tugas orang kuat AFFE adalah mendapatkan ikan patin untuk dipanggang di kampung. Memandangkan ada 2 keluarga pulang bercuti bersama di kampung, maka banyak juga ikan yang perlu di bawa pulang.
Setelah selesai aktiviti di kampung, kami pulang ke Putrajaya dan aktiviti mini kemun juga disambung. Ini adalah buah timun yang agak panjang diambil gambar pada 4 Jun 2008 dengan panjangnya 1 kaki. Beratnya pula hampir 340 gram sebiji.
Pada 8 Jun 2008, Azran datang ke Putrajaya dan kami bertolak ke hulu Langat untuk melawat kebun cili teman di Batu 16 milik Azrin Hashim. Lalu kami pertemukan mereka berdua. Azran Hashim (Chenor) bertemu Azrin Hashim (Hulu Langat). Seperti yang Azrin beritahu, pokok cili beliau adalah setinggi orang dewasa macam gambar ni.

Kami pulang dengan dibekalkan 2 biji pisang tanduk yang menjadi favourite kami. Terima kasih daun keladi yer..nanti datang lain kali harap2 dapat lagi...semoga dimurahkan rezeki

Inilah timun biasa pertama yang sudah besar diambil gambar pada 12 Jun 2008. Jadi kalau pembaca ingin menanam menggunakan fertigasi mini, elok menanam timun dalam 2-3 polibeg, cepat dapat hasil dan mudah penjagaannya.

Walau sehebat mana pun kami menanam cili di kebun, namun di Putrajaya masih tak dapat mengawal serangan serangga kerana senjatanya tak cukup. Bahan2 pelindung diri banyak di kebun dah tak di mini kebun.

Ini pula hasil pertama rockmelon yang ditanam di atas hamparan silvershine. Dituai pada 12 Jun 2008
Pada hari yang sama, kami bersyukur kerana sahabat baru DolMalek yang dikenali dari alam maya baik hati menghadiahkan benih pokok mulberi untuk ditaman di Putrajaya. Semoga dimurahkan rezeki. Dol bertugas di EPU Putrajaya dan tinggal di Bukit Mahkota. Kami berjumpa di waktu rehat di Kafe Imigresen dan beliau menyerahkan benih dan buah naga dari ladang beliau. Untuk makluman pembaca, Dol Malek mengusahakan buah naga jenis merah di Melaka dan buahnya manis...Buah Naganya boleh diperolehi di gerai buah-buahan di Taman Warisan dimana beliau menghantar buah naganya untuk dijual. Pembaca yang berhampiran boleh ke sana untuk merasa buah naga merah yang manis tu.

Berbalik kepada buah mulberi, pokok ni banyak khasiatnya dari akar hingga ke daun. Ia adik beradik beri yang lain.. Nak tau rupa poko dan buah mulberi ni klik ke sini http://www.crfg.org/pubs/ff/mulberry-big.jpg
InsyaAllah akan sambung di lain kali..
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...