Sponsor Ads

Selasa, 20 November 2007

Hari Keramat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam beberapa hari ni aku agak sibuk dengan urusan perniagaan dan tugas rasmi di pejabat. Pada 14 November 2007 adalah tarikh keramat yang mana aku telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Perakaunan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istiadat Konvokesyen ke 67 Universiti Teknologi Mara.
Aku ditemani isteri tersayang di majlis itu. Selesai sudah satu amanah dan perjuangan. Namun masih banyak lagi perlu diperjuangkan. Sesungguhnya perjuangan aku dalam menimba ilmu masih belum berakhir. InsyaAllah setelah beberapa perkara asas selesai aku akan berusaha dan berjuang sekali lagi untuk naik ke atas pentas di Dewan Seri Budiman buat kali ke empat. Sementara itu, aku fokuskan masa yang ada ini menguruskan perniagaan yang baru bermula.

Setelah habis sesi pertama Istiadat Konvokesyen ke67, UiTM, aku dan isteri menuju ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Plaza Sentral, Shah Alam. Sekali lagi tarikh keramat ini memberikan pelbagai kenangan. AGRO FAST FORWARD ENTERPRISE secara rasminya didaftarkan dengan nombor pendaftaran SA0069689-A. Maka perjalanan aku bertambah kukuh menuju destinasi yang telah dirancang.

Pada 17 November 2007, aku dan Azran (Pengurus Ladang) pulang ke Chenor untuk menguruskan kerja meratakan tanah. Bertolak dari Putrajaya pukul 6.15 pagi dan tiba di Chenor pukul 8.15 pagi. Setelah berurusan dengan En Katan, kontraktor di Chenor yang akan menguruskan kerja pembersihan itu, aku bersetuju menggunakan excavator dengan kos berjumlah RM2,300 termasuk RM800 trailer pengangkut bagi keluasan tanah seekar lebih. Itupun masih banyak pokok durian yang pak mertua aku sayang sangat.
Kerja pembersihan tu agak sukar kerana terpaksa mengelakkan pokok yang banyak ditanda untuk tidak diusik. Pada petang hari Sabtu itu juga aku dan Azran sempat ke Pejabat Fama Maran untuk menghantar borang permohonan Ladang Kontrak serahan tangan. Walaupun pejabat tutup, tetapi kami bernasib baik kerana terdapat seorang lelaki yang sedang mahu keluar dari pejabat tersebut. Aku meminta pertolongan untuk menyerahkan borang tersebut kepada Pengurus Fama Daerah. Orang tu memang sporting dan bersetuju menerima surat tu untuk diserahkan pada hari Isnin nanti. Selesai lagi satu tugas penting. Kerja pembersihan dimulakan pada pukul 4 petang hari Sabtu dan berakhir pada hari Isnin pukul 6 petang. Aku terpaksa pulang awal pukul 3 petang hari Ahad kerana terpaksa bertolak ke Kuching dari KLIA dengan penerbangan pukul 8.50 mlm. Dengan keadaan sedikit hujan sepanjang perjalanan, aku tiba pada pukul 6 petang dan pukul 7 mlm bertolak ke KLIA.Fuhh!!! memang suntuk masa yang ada.Namun atas tugas dan tanggungjawab, aku teruskan juga.

Setelah selesai tugas di Kuching, aku pulang ke Putrajaya pada hari Isnin penerbangan pukul 4 petang. Aku sempat juga membeli cili yang dikatakan sangat pedas di Sarawak. Kalau tak silap, cili Beronong yang bentuknya macam mini capsicum, cili jarum dan cili tomyam. Saja nak buatbenih kalau jadi. Setibanya di KLIA pukul 6 petang aku terima panggilan dari Sifu Hasnan dan memaklumkan penghantaran 2 lori 5 tan untuk penghantaran media ke tapak projek dalam pertengahan minggu ini. Aku pun perlu berjumpa dengan sifu bagi menyelesaikan beberapa persoalan penting. InsyaAllah, 3 Disember 2007, pemasangan sistem fertigasi terbuka akan dimulakan. Azran pula akan menetap di kampung bagi menguruskan projek ini secara sepenuh masa. Aku juga akan menguruskan pemasangan pagar kawasan dan beberapa kemudahan di rumah sana. Apa-apapun, hari Sabtu ini, aku, Azran dan Sifu Hasnan akan ke Seremban bagi meninjau beberapa peralatan tambahan dan hari Ahadnya kelas intensif fertigasi di Kajang.

Oh lagi satu yang menyeronokkan aku. Maklumlah dengan latar belakang kira2, aku sering memerhatikan kaunter pelawat dan pada 20 Disember 2007, bilangan pelawat telah mencecah 2,000 orang. Memang seronok bila tengok ramai yang berminat mengikuti perjalanan usahaniaga ini. Terima kasih juga kepada bloggers dan webmasters yang sudi meng'link'kan blog ini ditempat anda. Ada juga blog cikgu yang mencadangkan pelawatnya yang majoriti terdiri dari pelajar sekolah menengah untuk melawat blog ini. Sokongan anda semua membuatkan hati ini sentiasa bersemangat untuk berkongsi pengalaman dalam blog ini.


Aku akan sambung pada coretan akan datang. InsyaALlah, minggu hadapan coretan akan dibuat di Port Dickson kerana berkursus dan pada pertengahan bulan Disember nanti aku akan melaporkan perkembangan dari Korat, Thailand kerana bertugas di sana.

Selasa, 13 November 2007

A thousand miles of journey begin with 1 step.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku dan Azran telah bertemu mentor untuk projek cili Sifu Hasnan di Sri Kembangan malam tadi, 12 Nov 2007. Aku dah terangkan keadaan tanah dan kemudahan yang ada. Setelah bayar 50% deposit, projek cili merah bakal bermula. Sebanyak 3000 pokok cili merah jenis Kulai Tempatan akan ditanam.
Kronologinya
17 dan 18 Nov 2007 - Kerja pembersihan tanah akan dijalankan bagi kawasan permulaan seluas satu ekar.
19 Nov 2007 - Proses Semaian Benih Kulai Tempatan dari MARDI di tapak SIFU.
24 dan 25 Nov 2007 - Menghadiri kursus intensif penanaman cili fertigasi.
1 dan 2 Disember - Pembinaan rumah semaian dan kolam takungan air.
3 hingga 7 Dis 2007 - Kerja pemasangan peralatan dan penyediaan media di tapak projek.
15 dan 16 Dis 2007 - jangkaan pemindahan anak pokok cili ke polibeg.
InsyaAllah sekiranya semuanya berjalan lancar, pokok akan mengeluarkan hasil pada bulan Februari 2008. Di samping itu aku akan usahakan untuk mendapatkan tanah tambahan bagi persediaan untuk plot ke 2 lagi 2 bulan.
Aku akan cuba menggunakan semburan EM sebagai medium untuk mengelakkan serangan penyakit dan masih menggunakan baja A dan B sebagai baja asas. Di samping itu aku juga akan cuba juga untuk menggunakan Baja Organik dan EM pada masa akan datang bagi menembusi pasaran Cili Merah Organik.
Nanti aku nak tinjau kos tong racun bermotor, bahan untuk pagar, van untuk pengangkutan (2nd hand jer) dan beberapa peralatan tambahan lain.
Sehingga bertemu lagi di lain masa. Wassalam.

Isnin, 12 November 2007

Pelbagai Peristiwa Suka dan Duka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku dah laksanakan banyak perkara, namun tak sempat ditulis dalam blog ni. Mana yang sempat jer yer. Pada 7 November, aku buat appointment dengan En Malik dari Malaysian Agrifood (MAF) anak syarikat Khazanah Nasional di KL untuk bertanyakan mengenai Ladang Kontrak dengan beliau. Bila tiba di sana En Malik yang merupakan Vice President - Contract Farming kalau tak silap aku dan seorang lagi temannya En Wan Ali, juga Vice President tapi kurang ingat bahagian mana bersama-sama menyertai perbincangan itu. rupa En Wan Ali agak familiar tapi dimana ya pernah aku jumpa dia. Sambil berbincang En Wan Ali membuka cerita mengenai pengalaman beliau dengan Tembakau. Hah! baru aku ingat.. Tok Wan Ali Kambing yang keluar Tv rancangan realiti Bank Pertanian. Wah ladang kambing orang lain uruskan dan dia jadi macam penasihat di Malaysian Agrifood. En Malik sambil menceritakan kaedah kontrak farming yang dilaksanakan memberikan benih cili 2 jenis iaitu Hybrid Hot Pepper "Hot Chilli" kualiti macam Kulai dan "Shiny Hot" yang katanya sangat pedas dan panjang dalam 6 inci. Pastu dia bagi benih Hybrid Cabbage "Fast Shoot 55" dan "Tropic Sun Plus". Semua benih tu dia minta aku cuba tanam dan tengok hasil dan kesesuaian tanah. Dia minta aku siapkan maklumat perkembangan benih tu nanti dan akan datang untuk melawat. Lokasi pusat pemgumpulan mereka di Lanchang, Pahang dan dia kata kalau boleh kapasiti hasil dalam 400-500 kg sehari baru diorang datang (jimat). Hemm, aku kena cuba dulu benih tu. Jadi untuk permulaan ni aku mulakan dengan Kulai Tempatan untuk bekalan kepada FAMA dan cuba tanam benih MAF bagi tu.

8 November aku pulang ke Chenor untuk meninjau tanah pak mertua aku dan berbincang dengan sedara berkenaan untuk pajak tanah. Tanah tu tak level sikit seluas 3 1/4 ekar tapi diorang sayangkan pokok2 durian yang baru 3-4 tahun ditanam disamping beberapa batang pokok yang lama mengeluarkan hasil. Nampaknya aku kena ratakan tanah bentuk C nanti. tak pasti lak cukup ke tak untuk buat cili aku tu. 17 Nov ni balik Chenor lagi untuk sodok tanah baru boleh nampak luas keseluruhan yang ada. Pastu singgah kandang kambing e-pawah.com.my. kambing yang ditempah dah sampai dan dalam proses kuarantin sebelum dibebaskan bersama kawanan lain. Selepas tu aku melawat sebahagian tapak 14 ekar yang En Aslan maklumkan di Bohor. Hemm, kalau nak tebus guna, mesti banyak kos nak membersihkan kawasan. Rasanya ni kena hold dulu. Bajet terhad.
11 November, hasil tuaian projek ikan keli aku bermula. Berintam datang dan ambil semua ikan yang ada yang kebanyakkannya dah besar2 pun sebab tempoh dah melebihi 75 hari. Pekerja yang diupah (Syaikir) memaklumkan perkara yang sangat memeranjatkan. Hasil Modul 1 = 763 kg dan modul 2 = 759kg jauh meleset dari jangkaan. Kalau ikut penerangan masa kursus, kadar kematian antara 10-20% dari 15,ooo ekor atau hasil lebih kurang 2,000 kg @2mt. Tapi kalau ikut hasil ini, kadar kematian lebih kurang 70%. Bagaimanapun, Syaikir kata ikan yang terapung mati tu tak banyak dan tak sampai 1000 pun. Hasil bersih yang diperolehi = Rm760 x 5= RM3,800 bahagi 50% kepada Berintam=RM1,900 dan tolak RM1950 (650 sebulan gaji pekerja dan utiliti x 3 bulan) = hasil keseluruhan adalah berhutang RM50 kepada pekerja untuk 3 bulan pertama. Pelaburan yang tidak menguntungkan. Nasihat saya yang ingin menceburi bidang ini, Bidang ini boleh memberikan pulangan sekiranya diusahakan secara sendirian tanpa pekerja. Jadi saya tak pasti bila pulangan modal RM20,000 akan dapat semula. Banyak perkara perlu diteliti dan dikaji semula samaada masalah anak ikan yang dibekalkan tak cukup (saya kurang pasti bagaimana boleh kita pastikan bilangan anak ikan sebanyak 15000 ekor mencukupi masa penghantaran), makanan yang tidak mencukupi membuatkan ikan memakan sesama ikan akibat kelaparan, ruang yang sempit membuatkan sesama ikan terkena bisa dan mati dan tenggelam menjadi makanan ikan lain, kurang kekerapan penggredan ikan membuatkan ikan besar membuli ikan kecil atau langsung memakan ikan kecil dan banyak lagi. Perkara tersebut hanya teori yang perlu diselidiki lagi. Susah nak jangka perkara ini akan berlaku kerana beribu-ribu ikan ada dalam kolam dengan keadaan air yang keruh tu mana boleh kita jangka berapa banyak yang ada. Berbanding dengan pertanian, kalau benih mati atau pokok rosak, kita boleh buat jangkaan kerugian di peringkat awal dan mungkin boleh melakukan sesuatu bagi meminimakan kerugian. Sedih kerana pelaburan tak memberikan pulangan lagi.
Setakat ini aku berpendapat bidang pertanian lebih memberikan pulangan dari perikanan. InsyaAllah aku akan teruskan bidang pertanian sebagai aktiviti perniagaan utama. Aku dah beli set fertigasi emas 10 beg untuk tanam percubaan di rumah. Nak cuba tanam cili merah dan rock melon di rumah teres. InsyaAllah perkembangan hasil akan dikhabarkan. Bersambung dilain kali.

Sabtu, 3 November 2007

Kaunter Melepasi Paras 1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pelawat ke blog telah mencecah melebihi tahap 1000 bilangan pelawat setakat semalam 2 November 2007 iaitu kurang 2 bulan. Ramainya minat baca ... itulah yang disarankan oleh Kerajaan... tanamkan minat membaca..bila dah banyak membaca...lepastu boleh tanam pula apa yang diminati....tentunya pertanian.
Semalam aku buat 2 appointment. Yang pertama pukul 7.30 malam dan penting sekali sebab itu merupakan permulaan alkisah hidup seorang petani...Aku dah bincang dengan En Norhasnan untuk menanam cli merah berdasarkan pakej yang ditawarkan. Namun, beliau mencadangkan konsep terbuka kerana menjimatkan dan praktikal. Setelah dibincangkan agak panjang lebar... aku rasa konsep itu boleh dilaksanakan. Ianya juga menjimatkan kos pelaburan dalam sistem fertigasi. Hajat untuk menanam cili merah sebanyak 3,000 pokok bakal menjadi kenyataan. Sebelum itu aku perlu pastikan syarikat yang sedang aku runding bagi tujuan ladang kontrak dapat dimeterai. Di samping itu, isu tanah juga perlu aku selesaikan pada 8hb November ini. Aku juga mungkin cuba mengadakan networking dengan penanam cili di Raub di bawa seliaan En Norhasnan.InsyaAllah semuanya akan menjadi kenyataan. Kerja-kerja pemasangan peralatan dijangka pada bulan Disember setelah kerja meratakan tanah seluas 2 ekar selesai. Diperingkat permulaan ini, aku lebih tertumpu kepada Ladang Kontrak kerana pasaran yang tetap walaupun harganya tidak sehebat jualan terus kepada pengguna.
Seterusnya aku terus menuju ke tempat pertemuan ke dua pada malam itu di Kopitiam Bandar Baru Bangi bertemu dengan rakan serai iaitu Eijai, Don Balon dan AimeinRais. Perbincangan berkisar pencarian tanah untuk pajakan bagi projek usahasama serai. Alhamdulillah masing-masing bersemangat untuk memastikan projek tersebut berjaya. Tak sangka pulak AimeinRais ni tinggal dekat dengan rumah aku di Presint 11K. Hemm.. kecil betul dunia ni.

Khamis, 1 November 2007

Perjuangan ke Maran dan Chenor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah dimaklumkan di post sebelum ini, langkah saya ke Pejabat Daerah dan Tanah Maran pada 31 Okt 2007 untuk mendapatkan sesalinan geran tanah milik atok dan beberapa saudaranya lain sebagaibukti pemilikan tanah sebelum projek dimulakan. Itu juga bagi menentukan persempadanan tanah dengan milik jiran. Namun, setelah tiba di sana dan menunggu hampir 20 minit, tiada menampakkan tanda akan ada pihak mereka yang sudi melayan keperluan saya untuk mendapatkan sesalinan geran tanah. Setelah ditanya kepada seorang pegawai di kaunter, rupanya semua pegawai yang mempunyai kuasa menandatangani telah bermesyuarat bagi menyambut Sultan datang ke Maran... Apalah punya sikap membiarkan orang menunggu lama termasuk pakcik2 dan makcik2. Bukan nak beritahu keadaan...ni diorang buat hal sendiri saja. akupun gunakan kepakaran untuk berurusan dengan pihak kerajaan. Aku bayar kos untuk mendapatkan salinan dan minta mereka hantar ke Pejabat aku di Putrajaya. Aku bagitau aku nak gi mesyuarat di kuantan dan lepastu terus ke Putrajaya. perghhh... selesai tugas aku dah seterusnya aku ke FAMA Maran tapi pegawai yang menyelia tempat itu pun bermesyuarat mengenai ketibaan Sultan pada 10 Nov nanti. Saya hanya sempat untuk mengambil borang Ladang Kontrak sahaja.


Perjalanan diteruskan dengan membuat temujanji dengan En. Ya di Chenor bagi melihat kawasan yang hendak dibuldozerkan. Setiba di tanah yang nakbuat projek tu aku pun beri penerangan kepada En Ya dan dia boleh buat dalam 2 hari bulldoze. Kos dianggarkan dalam RM2,200 untuk lebih kurang 2 ekar. Setelah itu Sarina yang telah bercakap dengan pakcik dia di rumah kampung tu membuat kejutan yang sangat bradigol sood..hampeh. Masa raya yang lepas dia beriya2 setuju dan seluruh keluarga dah tahu dia bersetuju. tup2 hari tu angin dia datang dan tak bagi kami teruskan niat untuk usahakan tanah tu. Walhal tanah tu bukan milik dia cuma bersempadan dengan rumah tempat dia tinggal. tupun rumah tok ki . Setelah penat lelah merancang....dia senang2 tak kasi kami teruskan..hangin kami seluruh badan sebab perancangan banyak dah buat cuma nak ratakan tanah tapi dihalang lak. Alasan dia pasal taknak bising2, tak tenteram. Mungkin dia selesa duduk dalam hutan kot. Kami terpaksa cari tanah lain untuk mengusahakan projek cili merah. Alhamdulillah,ada rasanya tanah yang boleh diusahakan tak jauh dari tanah pak mertua.. InsyaAllah 8 Nov nanti pergi uruskan dengan tuan punya tanah untuk pajak. Kawasan yang pakcik tu duduk telah menjadi kawasan larangan bagi kami walaupun kami sekeluarga.

Seterusnya kami melawat kandang kambing yang diuruskan oleh Aslan dengan diselia oleh Pak Man. Sempat juga rakam kambing kat kandang tu. Kandang tu terletak di Kg Bohor Baru melalui pekan Chenor dalam 15km. sedikit gambar dan klip video. Hemm..seronok betul Sarina posing ngan kambing. Sepanjang sesi pengambaran, saya hanya menjadi jurugambar sebab takda oranglain nak ambilkan gambar. Takpalah,... asal isteri gembira...



















Okey...nanti akan dikemaskini lagi, Wassalam
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...