Sponsor Ads

Sabtu, 29 November 2008

TEMPAHAN ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kini AGRO Fast Forward Enterprise melangkah setapak lagi dengan dengan menyediakan penjualan dan penghantaran Baja Cili Fertigasi A/B 100 liter ke seluruh Malaysia. Skop penghantaran hanya ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Kini anda boleh membeli Baja Fertigasi A/B melalui talian dan penghantaran adalah terus ke alamat yang anda berikan. Mudah bukan? Anda akan menjimatkan kos minyak dan masa untuk mendapatkan bekalan.

1 SET BAJA FERTIGASI 100 Liter RM199.00

Kos Penghantaran setiap 1 Set
Semenanjung Malaysia : RM35.00
Sabah/Sarawak : RM130 - (Kos ini yang termurah saya jumpa)
(Bagi pembelian melebihi 5 set, sila email ke agrofastforward@yahoo.com.my untuk diskaun harga.)

1 SET BAJA FERTIGASI 10 Liter (Harga Termasuk Penghantaran)
Semenanjung Malaysia : RM38.00
Sabah/ Sarawak : RM48.00
(Bagi pembelian melebihi 10 set, sila email ke agrofastforward@yahoo.com.my untuk diskaun harga.)

Maklumat ini akan dipindahkan ke menu Bekalan dan Peralatan tidak beberapa lama lagi.

Sekian, harap maklum.


AFFE

Jumaat, 21 November 2008

Sinopsis Penanaman Cili Fertigasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini saya ringkaskan mengenai penanaman cili fertigasi untuk rujukan bersama.
Satu musim pokok cili kalau ikutkan orang tua dulu dulu boleh sampai lebih 1 tahun dan pokok boleh naik tinggi lebih dari ketinggian manusia, siap guna tangga nak petik cili besar tu.Tetapi di peringkat komersil, kita menghadkan tempoh tanaman kepada 6 bulan satu musim bergantung kepada tahap ketahanan pokok pada penyakit serta kadar serangan penyakit. Ianya boleh disingkatkan lagi tapi tidak digalakkan untuk dipanjangkan tempoh tanaman.

Tempoh untuk semaian di tray antara 2-3 minggu dan lepas tu dipindahkan ke polibeg. Pokok akan membesar di polibeg antara 5-6 bulan. Setelah pokok dipindahkan ke polibeg, penggunaan baja fertigasi AB perlu dimulakan tetapi dengan kadar 1.5 ec pengukuran baja menggunakan EC Meter. Ia akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk mengeluarkan putik bunga pertama di setiap cabang yang terjadi. Untuk membesarkan buah sehingga bertukar merah boleh dijual memerlukan tempoh lebih kurang 3 bulan setelah dipindahkan dari tray ke polibeg. Pada peringkat ini penggunaan baja adalah antara 2.0 ke 2.5 EC. Ini bermakna pada penghujung bulan ke tiga setelah dipindahkan hasil tuaian pertama di cabang permulaan boleh dipetik dan di jual.

Tuaian boleh dilakukan antara 2-3 kali seminggu bagi setiap pokok bergantung kepada permintaan pelanggan di cabang seterusnya. Tuaian boleh dilakukan sehingga pokok berusia 6 bulan di dalam polibeg. Ini bermakna 3 minggu semaian, 3 bulan tanam dan 3 bulan tuai dan jual hasil. Pendapatan hanya boleh diperolehi pada peringkat 3 bulan cili besar boleh dijual.

Harga jualan cili pula bergantung kepada dimana dan kepada siapa kita menjual cili tersebut. Untuk makluman, harga jualan cili ini mempunyai 3 kategori harga iaitu Harga Ladang, Harga Borong dan Harga Runcit. Harga Ladang adalah apabila peraih atau pembeli membeli cili dengan hadir sendiri ke kebun atau ladang. Umumnya harga ini lebih murah kerana penanam tidak mengeluarkan kos minyak untuk penghantaran. Harga Borong pula adalah apabila penanam menghantar sendiri ke penjual samaada di pasar borong atau di kedai runcit. Harga ini tinggi sedikit dari harga ladang kerana mengambil kira kos pengangkutan. Harga Runcit adalah bagi rujukan pengguna yang membeli cili secara runcit dan kecil kecilan. Selalunya harga ini yang akan menjadi ukuran bagi pembeli mendapatkan bekalan. Harga ini tinggi disebabkan kos dan keuntungan orang tengah atau pemborong yang telah diambil kira berdasarkan kuantiti yang besar manakala pembeli atau pengguna hanya membeli dengan kuantiti yang kecil. Sekiranya anda membeli cili besar di pasar borong untuk kegunaan sendiri, ianya menggunakan harga runcit. Namun sekiranya anda membeli cili dalam kuantiti yang agak besar ataupun untuk kegunaan proses semula atau jual semula, anda boleh mendapatkan harga yang sedikit kurang dari harga runcit bergantung kepada kaedah tawar menawar anda dengan penjual. Sekiranya anda menggunakan kuantiti cili yang banyak, adalah lebih baik anda berurusan dengan penanam dengan membeli terus di ladang dengan harga ladang atau berhubung dengan penanam untuk menghantar ke premis anda pada harga borong. Lebih menjimatkan. Setakat hari Selasa 18 November 2008 lepas Harga Ladang (L), Harga Borong (B) dan Harga Runcit (R) untuk setiap kilogram bagi 3 kawasan adalah seperti berikut:
Kuantan : (L) RM5: (B) RM8 : (R) RM11
Kuala Lumpur : (L) RM6: (B) RM13: (R) RM17
Terengganu : (L) RM6.3(B) RM7.5 (R) RM9
Perbezaan harga berbanding kawasan adalah disebabkan antaranya permintaan yang melebihi tawaran, pengeluaran hasil yang terjejas atau kurangnya penanam cili di sesuatu kawasan dan juga faktor sekarang yang diakibatkan kekurangan bekalan cili import terutama dari China yang mengandungi kadar melamine yang tinggi dalam sayuran dan disekat oleh Kerajaan untuk di import.
Maklumat di atas adalah sebahagian dari informasi yang perlu diketahui oleh penanam cili. Antara perkara penting lain adalah teknik penjagaan pokok yang sangat penting kerana ia akan menentukan kesihatan pokok yang menyumbang kepada kadar pengeluaran hasil yang tinggi. Untuk menerangkan semua maklumat yang perlu diketahui bagi penanam baru memang banyak. Bagi saya, ia banyak bergantung kepada pengalaman dalam mengusahakan tanaman samaada secara komersil atau kegunaan sendiri.
Saya juga bersama teman yang mengusahakan tanam secara fertigasi terbuka ini bercadang untuk mengadakan kursus antara 1-2 hari teori dan praktikal mengusahakan tanaman cili fertigasi ini InsyaAllah pada bulan Januari 2009. Cadangan tempat adalah di UPM, Serdang dengan kapasiti terhad secara bulanan. Saya akan maklumkan perkembangan mengenainya dari semasa ke semasa.

Selasa, 4 November 2008

Pelbagai Al-kisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memang banyak perkembangan AFFE untuk dipaparkan. Namun disebabkan kekangan tugas dan masa membuatkan banyak photo yang menarik masih berada di dalam koleksi gambar yang belum sempat diterbitkan. Seboleh mungkin saya akan berusaha untuk mengemas kini maklumat untuk paparan semua.
 
Gambar di bawah adalah pandangan kawasan Pitaya atau tanaman buah naga yang diusahakan oleh seorang pengusaha berbangsa cina. Kawasan tanamannya penuh di bukit. Sekali pandang memang indah dengan kehijauan yang tersusun kemas. Di bahagian kiri pula adalah salah seorang peserta TKPM berbangsa cina yang juga mengusahakan tanaman cili besar tapi menggunakan tanah secara konvensional. 
Selain dari aktiviti pertanian fertigasi, Azran juga menanam jagung dan tebu sebagai hasil sampingan. Sememangnya apabila mengusahakan pertanian fertigasi, banyak luang masa yang boleh digunakan lebih manfaat. Hasil jagung yang ditanam sudah boleh dituai untuk dijual di pasar pagi. Sebelum dituai, sudah menjadi kemestian pose-pose menarik boss dan pengurus ladang dengan hasil sebagai kenangan dan rujukan masa akan datang.

Saya sekeluarga pulang ke Chenor disamping melihat perkembangan tanaman di sana, juga memenuhi jemputan saudara belah isteri yang melansungkan perkahwinan anaknya bernama Azizah di Felda Rentam. Azran pun melepaskan geram berposing memanjat pokok kelapa. Hemm...kalau nak buat santan untuk kenduri rasanya masih tak boleh sebab buah muda lagi. 

Sarina, Azran, Hairuddin serta beberapa adik beradiknya yang lain semasa mudanya aktif dengan aktiviti persatuan sehinggakan pasukan kompang di kampung mereka tinggal di Puchong dulu dimonopoli oleh mereka. Hampir semua adik beradik Sarina mahir memalu kompang dan mereka sering juga dijemput mengiringi pengantin. Jadi apabila ada saudara yang berkahwin, mereka juga yang akan memalu kompang untuk majlis tersebut. Lihat, Sarina menunjukkan skill memukul kompang yang sebati dengan dirinya walaupun sudah berkeluarga sampai anak-anak, Hafidz dan Sufi pun kagum melihat uminya memalu kompang. TU yangberkepit sepanjang uminya berkompang.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Azie dan Soleh, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Kepulangan kami ke Chenor menggunakan Trition memberikan faedah yang banyak kerana bukan sekadar menjadi kenderaan pengangkutan keluarga, malah mengangkut barang-barang di ladang dengan mudahnya. Ini adalah antara penggunaan Triton kami.


Keadaan di Tapak Fertigasi 2 adalah sedang dalam proses menukar tanaman. Musim yang lalu, kami menanam cili besar sebanyak 3000 pokok hasilnya lebih kurang 1 tan jauh daripada sasaran kerana pokok diserang hebat oleh serangga dari kawasan kejiranan sebab kawasan itu memang sudah menjadi perumahan serangga atau kawasan tanaman sayuran pertanian. Jadi jangkitan penyakit adalah sangat pantas. Untuk musim seterusnya, kami menanam bendi dan benihnya telahpun kami semai. Keputusan ini kami lakukan memandangkan jiran bersebelahan menanam bendi dengan kurang masalah serangga. Sementara menunggu semaian boleh dipindahkan, kerja-kerja maintenance dilakukan antaranya menukar polibeg yang sudah pecah dan membersihkan dripper.




Sebahagian kawasan di bahagian belakang tapak juga ditanam dengan beberapa rumpun tebu.
Ini adalah gambaran keseluruhan setelah pokok cili yang lama dibersihkan untuk tanaman seterusnya.

Ini pula adalah jiran di bahagian hadapan tapak kami yang mengusahakan bendi di atas tanah. Kami melakukan percubaan untuk menanam bendi skala besar di dalam polibeg. Tak cuba maka tak tau.

Di bahagian hadapan kebun, kelihatan rumpunan tebu yang semakin membesar di samping jagung yang ditanam antara pokok tebu. Sekurang-kurangnya, Azran belajar untuk menanam tebu dan belajar cara mengendalikan tanaman tersebut. Tanaman ini juga boleh memberikan hasil yang lumayan sekira diusahakan dengan betul.

Tapak yang mempunyai Rumah Lindungan Hujan kini ditanam dengan terung. Perkembangan terung nampak agak baiknamun ia masih di peringkat awal lagi.


Ini pula semaian bendi yang telah bercambahagak sekata untuk dipindahkan ke Tapak 2 nanti.



Ini pula adalahgambaran cili di Tapak 1 yang telah mengeluarkan hasilnya.

Ini adalah pemasangan bagi lebih kurang 50 polibeg yang ditanam di atas bumbung seorang pelanggan di Puchong. Beliau telah menyediakan ruang yang cantik di atas bumbung car porch yang rata. Ini adalah setup yang telah siap dipasang dengan pam submersible bersaiz sederhana besar.


Ini adalah susulan terhadap cubaan ke 2 menyediakan baja ikan.Berdasarkan perkembangan, apabila bahan dicampur EMAS, proses pereputan dipercepatkan dari sebulan ke 2 minggu. Perbezaan percubaan 1 (kanan) dan 2 (kiri) sangat ketara yang mana pereputan jelas kelihatan untuk percubaan ke 2. Secara keseluruhannya, EMASmemang membantu mempercepatkan proses pereputan untuk mendapatkan baja ikan.


Ini adalah cubaan 1yang telah lebih 1 bulan tapi tiada pereputan berlaku lagi.
Ini pula gambar cubaan 2 yang telah reput dalam tempoh 2 minggu. Jelas kelihatan bahan apungan yang telah reput.


Sehingga bertemu di lain tulisan. Wassalam.


Ahad, 2 November 2008

An Evening in Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam bulan September hingga Disember 2008, aktiviti terlalu banyak terutama terpaksa menjalankan tugas ke seluruh negara. Walaupun maklumat ini kurang membantu bagi peminat fertigasi, namun ianya menjadi sebahagian dari kenangan semasa bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia. Semasa saya bertugas di Kota Kinabalu selama 1 minggu, ini adalah merupakan lokasi yang menarik sepanjang tempoh di sana sebab di tepi waterfront ini memang banyak aktiviti perniagaan dari jualan sayuran, ikan, dan juga restoran kelas pasar malam hingga kelas menengah yang air kopi bernilai RM7-RM10 segelas. Sambil menikmati suasana matahari terbenam, alangkah indah sekiranya isteri tersayang berada bersama.
Seperti yang saya sebutkan sebentar tadi, aktiviti pasar malam memberikan pelbagai reaksi. Melihat gelagat penjual ikan dan sayuran yang segar, memang terasa nak membeli dan bawa pulang ke Semenanjung, namun takut bila sampai sana dah tak segar pulak.





Kalau dilihat udang yang dijual di gambar bawah, memang besar dan menggoda.



Gambar di bawah menjadi tarikan saya kerana begitu banyak hasil kerapu merah. Saya pernahmenjamah ikanini semasa di Pulau Tioman hampir 10 tahun lepas danmasih ingat isinya yang manis, segar dari laut.

InsyaAllah bersambung dilain kali.





Percubaan ke 2- Baja Ikan

Assalamaualikum dan Salam Sejahtera.

Percubaan pertama untuk membuat baja ikan menemui jalan buntu kerana pereputan ikantidak berlaku. Mungkin disebabkan penambahan garam bukit bagi menambahkan mineral dalam baja ikan yang membantutkan proses pereputan. 

Oleh itu, percubaan untuk membuat baja ikan dimulakan sekali lagi. Kali ini campuran bahan yang sama dibuat tanpa menggunakan garam bukit. Ikan:Gula Merah: EM.



Tempoh pemeraman bahan tersebut dijangkakan dalam tempoh 2 minggu kerana menggunakan EMAS sebagai penggalak berbanding tempoh 1 bulan tanpa penggalak. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Wassalam

Pakej Percubaan 60 pokok Cili Merah F- Pn Khadijah(Bangi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih kah kau ingat, kita berlari-lari, di kaki langit mencari pelangi. Tu Kopratasa nyanyi. Tapi ini mengenai projek pemasangan 60 polibeg cili api campur cili merah untuk Puan Khadijah di Bangi. Ini adalah gambaran terkini yang diambil pada 10 Oktober 2008. Kelihatan pokok sedang membesar dan mula mengeluarkan putik bunga. Tujuan pergi kesana adalah untuk memantau perkembangan pokok cili dan pelaksanaan pemasangan sistem sekiranya terdapat masalah sepanjang tempoh. Disamping itu juga khidmat nasihat mengenai penjagaanpokok juga diberikan. 

Gambar di bawah menunjukkan pokok yang segar naik cuma perlu dicantas daun bawah cabang utama dan pencantasan sulur daun.



Berdasarkan perkembangan pokok di atas, boleh dikatakan pemasangan tidak bermasalah dan Pn Khadijah berjaya menempuhi peringkat pertama penanaman pokok dari peringkat transplant hingga ke pokok mengeluarkanbunga. Tahniah diucapkan. Memang untuk berjaya dalam penanaman cili, memerlukan pengalaman secara terus menanam baru keyakinan untuk menjalankan projek pada skala besar boleh dilakukan.

Bersambung di lain kali. Wassalam

Bendi Mengeluarkan Hasil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gambar-gambar ini telah lama diambil pada 26 September 2008 tetapi baru kini berkesempatan untuk post. ini adalah keadaan pokok yang berada di Taman Fertigasi. Pokok Terung hebat mengeluarkan hasil, bendi sudah mengeluarkan hasil.



Ada sepokok cili padi jenis thailand yang ditanam sebelum ini telah mula mengeluarkanhasil. Tetapi disebabkan kekurangan masa hingga terlupa untk meracun pokok yang ditanam, pokok cili sedang hebat diserang kutu daun. Penuh dia berkerumun di buah cili dan macam tak nampak rupa cili pulak.


Dengan tidak membuang masa, percubaan menggunakan racun organik iaitu campuran jus bawang putih, serai wangi dan cili api telah digunakan. Hasilnya, serangga-serangga tersebut tewas dalam perjuangan untuk hidup di pokok cili.

Bersambung di lain kali. Wassalam.

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...