Sponsor Ads

Selasa, 31 Mac 2009

Pelancaran Awal Program Usahasama Fertigasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Pelancaran Awal bagi Program Usahasama Tanaman Sayuran Fertigasi Berkelompok kini dibuka untuk penyertaan. Program ini diberikan keutamaan kepada Bumiputera sama ada individu, kumpulan atau syarikat yang mempunyai modal dan berminat menceburi industri sayuran fertigasi tetapi mempunyai kekangan dari segi pengalaman, kawasan, pemasaran.

Pelaksanaan Program ini akan dilakukan oleh AA Agro Sdn Bhd yang merupakan Syarikat Pengurusan yang dilantik bagi tapak projek di Dengkil, Selangor. Kerja-kerja penjagaan tanaman sehingga mengeluarkan hasil akan diselia secara terus oleh AA Agro Sdn Bhd. Diperingkat pemasaran pula, AA Agro Sdn Bhd akan MEMBELI SEMULA HASIL berdasarkan HARGA LADANG SEMASA. Urusan pemasaran seterusnya akan dilakukan oleh pegawai AA Agro Sdn Bhd terus kepada pembeli. Tempoh kontrak usahasama adalah 3 tahun dengan opsyen sambungan.

Tawaran ini adalah terhad kepada 30 penyertaan sahaja kerana keluasan tapak yang terhad. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. 

Untuk keterangan lanjut, anda boleh Klik PROGRAM USAHASAMA FERTIGASI.

Sekian terima kasih.

Kursus Fertigasi di Johor

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa AFFE dan Abi Agro akan mengadakan Kursus Fertigasi khusus untuk warga Johor dan di region selatan yang akan dianjurkan bersama oleh graduan Kursus Fertigasi Bil 1/2009 di Putrajaya, Saudara Yusof seperti berikut:

JOHOR (1/2009)

TARIKH : 26 April 2009
WAKTU : 9 pagi - 5.30 petang
TEMPAT : Institut Teknologi Perindustrian, Johor

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Yusof di 019-7723790 atau rujuk ke http://tempeaping.blogspot.com/ .

Jangan lepaskan peluang ini kerana kursus di Johor diadakan berdasarkan permintaan sahaja.

Sekian terima kasih.
 

Rabu, 25 Mac 2009

Kursus Fertigasi Bil 6/2009 pada 14 Mac 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada semua peserta Kursus Fertigasi Bil 6/2009 yang telah berlangsung pada 14 Mac 2009 yang lalu. Pada kali ini peserta memang banyak mengemukakan soalan. Memang best. lepas satu, satu lagi soalan diutarakan. Baru meriah kerana peserta memberikan tumpuan terhadap perkara yang disampaikan disamping pertanyaan bagi menghilangkan keraguan. Terima kasih juga diucapkan kepada peserta yang sanggup meredah perjalanan yang jauh dari Kedah dan Johor untuk ke Putrajaya semata-mata menimba ilmu fertigasi. Tidak dilupakan juga bagi peserta lain yang sanggup meluangkan masa di hujung minggu bersama-sama kami. InsyaAllah, sekiranya masih terdapat persoalan yang belum bertemu jawapannya, emel atau telefon saya. Sebaik mungkin kami akan cuba membantu.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa kursus berlangsung.













Walaupun keletihan di akhir hari dengan hujan yang turun secara tiba-tiba di waktu petang, kami enjoy melayan anda. Semoga perkenalan ini berterusan hingga mencapai kejayaan.

Maklumat Mengenai Racun Serangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi memenuhi permintaan pembaca setia, saya telah update maklumat mengenai racun serangga berdasarkan bahan aktif dan jenama yang boleh diperolehi di pasaran. InsyaAllah saya akan kemaskini dan masukkan juga mengenai racun kulat serta maklumat lain yang berkaitan sekiranya masa mengizinkan. Ini kerana saya agak terikat dengan pelbagai tugas yang perlu disegerakan.

Maklumat tersebut boleh diperolehi di menu Info Tani atau di http://affeinfotani.blogspot.com

Sekian terima kasih.

Isnin, 2 Mac 2009

Kursus Fertigasi Bil 5/2009 di Putrajaya pada 28 Februari 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kursus fertigasi bil 5/2009 telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran seramai 16 peserta. Sepanjang kursus berlangsung, kami diiringi dengan background music percuma oleh band sekolah yang membuat latihan berhampiran dengan bilik kami mengadakan kursus. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa kursus.






Pada peringkat ini kami mula menggunakan polibeg hitam semasa praktikal penyediaan media menggantikan polibeg putih. Ini adalah selaras dengan hasrat kami untuk memastikan peserta memahami penggunaan polibeg hitam yang lebih kos efektif.

Peserta juga dijemput untuk menyertai forum khas Graduan Fertigasi yang diwujudkan bagi membolehkan peserta berkongsi maklumat antara pesertalain juga mengemukakan masalah berkaitan.

Diharapkan para peserta mendapat manfaat dari kursus tersebut.
Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...