Sponsor Ads

Selasa, 12 Februari 2008

Langkah Terus Melangkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti biasa hari Sabtu pagi aku akan ke UiTM untuk menghadiri kelas pengajian. Maklumat terperinci aku rekodkan di blog link DrFaidzal. Klik ler kat situ untuk perkembangan pengajian aku. Selepas kelas habis, aku pulang ke rumah dan bersedia untuk berangkat ke Chenor, Pahang. Sebelum bertolak sempat juga aku mengambil gambar keadaan pokok cili di tapak ujian yang sudah membesar. Ini gambar setakat 26 Januari 2008.

Tak sabar nak tengok sistem fertigasi yang telah siap dipasang dan benih cili sudah dimasukkan ke dalm polibeg. Setibanya di Chenor, Azran membawa aku dan isteri untuk meninjau keadaan tapak di tanah Jabatan Pertanian di Kg Bunian yang telah dibersihkan.Inidi rupa sebelum dan selepas dibersihkan. Namun masih terdapat beberapa bahagian yang masih belum rata. Azran akan minta En Katan, kontraktor yang menguruskan pembersihan meratakan sedikit lagi kawasan tersebut.
Lepas tu aku ke kolam ikan patin di tepi rumah untuk melihat keadaan ikan yang telah masuk ke kolam. Setakat ini aku berpuas hati dengan penjagaan ikan dan cili. Namun cili yang dimasukkan ke polibeg kekurangan lagi anggaran 300 pokok. Sifu Hanan akan semai semula yang baru kerana sebahagian anak benih rosak dalam perjalanan.

Ini adalah gambar terkini cili yang aku tanam di tapak ujian Putrajaya setakat 31 Januari 2008 mencanak ke atas dengan megahnya. Keadaan ini aku rasa berbeza dengan pokok cili yang aku tengok dan orang lain kata. Selalunya pokok cili merah, buahnya akan tunduk ke bawah manakala cili api mencanak ke atas. Tapi sehingga kini buat tu tetap mencanak ke atas.

Pada 1 Februari 2008 merupakan hari cuti am bagi Wilayah Persekutuan. Aku ambil kesempatan untuk menguruskan beberapa perkara yang tak dapat aku lakukan waktu siang kerana bertugas. Aku singgah ke MARDI, Jalan Kebun, Klang untuk mendapatkan benih Kulai Tempatan. Benih tu cukup untuk bekalan menampung kekurangan anak pokok cili sedia ada. Benih tersebut akan aku hantar ke Chenor untuk disemai di sana. Kita belajar dari pengalaman dan mengikut pengalaman yang lalu, urusan semaian perlu dilakukan sendiri di tapak bagi memastikan kesuburan dan kualiti pokok yang hendak ditanam. Kesilapan yang aku lakukan apabila aku menyerahkan urusan benih sepenuhnya kepada konsultan dengan alasan ianya termasuk dalam pakej yang aku bayar. Rupanya hasil benih tak seperti yang aku lihat di tapak. Mungkin masalah handling benih pokok tu yang terpaksa di angkut dari Kajang ke Chenor. Kemudian aku terus ke Rawang untuk membeli beberapa barang tambahan untuk tapak ujian serta dibawa ke Chenor. Sambil pusing dalam kedai aku terjumpa satu barang yang penting tapi aku tak boleh beli sekarang. Solenoid Valve bagi mengawal pengairan secara automatik menggunakan timer. Hemm, kosnya agak mahal juga RM190 sebili. Kalau aku nak pasang di Chenor aku perlukan sekurang-kurangnya 2 biji. Untuk pengetahuan, sistem fertigasi yang dipasang di Chenor adalah antara yang tersukar dilpasangkan sebab pengairan terpaksa dibuat secara berperingkat. Antara sebabnya adalah kawasan yang berteres dan luas. Pembajaan terpaksa dilakukan secara manual. Pengairan dilakukan sebanyak 4 kali sehari yang mana 2 adalah baja dan 2 adalah air biasa. Terdapat 2 valve besar di sebelah kiri (Fasa 1) dan kanan (Fasa 2). Di peringkat permulaan pengairan dibuat selama 4 minit bagi kedua-dua fasa. Setelah taman 4 minit, valve Fasa 1 ditutup dan tambahan lagi 2 minit disalirkan ke petak Fasa 2 kerana kawasan yang lebih luas. InsyaAllah aku akan automasikan sistem ini kemudian. Kini aku dah faham bagaimana sistem fertigasi berfungsi dan pemasangan agak mudah. Sebelum ini aku hanya belajar secara teori dan praktikalnya adalah di Chenor. Kini AGRO Fast Forward telah mempunyai 3 orang yang mahir dalam pemasangan system fertigasi. Sebelum ini Pengurus FAMA Maran telah menyatakan hasrat untuk menggunakan khidmat kami untuk memasang sistem fertigasi dalam 1000 pokok di tapak depan pejabat mereka. Mereka pun dah datang melawat tapak di Chenor. InsyaAllah, semua tu boleh diuruskan. Mereka pun baru juga nak belajar bagaimana sistem fertigasi berfungsi. Kita kena give and take dalam hal ini. Ia bakal membuka peluang yang baru bagi Agro Fast Forward Enterprise apabila mendapat kepercayaan Fama Maran.

Langkah seterusnya adalah mengkomersilkan pengetahuan yang ada. Azran juga memaklumkan ramai yang telah datang melawat tapak. Beberapa orang berminat untuk mengetahui sistem yang kami gunakan. InsyaAllah aku akan sediakan pakej pemasangan yang dari peringkat percubaan hingga skala komersil. Ilmu yang ada juga akan digunakan untuk pemasangan sistem fertigasi di tapak ke 2 di Kampung Bunian seluas 2 ekar. Tapak tersebut akan aku jadikan tapak contoh dengan pemasangan sistem yang lebih sempurna.

Pada 5 Februari 2008, secara rasminya aku mengorbankan pokok rockmelon yang terkena jangkitan penyakit reput pangkal. Dan selang beberapa hari lepas tu pokok lagi satu juga menyembah bumi. Memandangkan projek utama aku adalah cili, aku tak terkilan sangat. Ini adalah perkembangan terkini pokok cili yang hidup subur.
Hari Raya Cina merupakan hari yang ditunggu ramai rakyat Malaysia. Bukan kerana sambutannya tetapi kerana cuti panjangnya. Aku pun apa lagi, pada 7 Februari 2008 aku dan keluarga mengambil kesempatan untuk balik kampung. Setibanya di sana, aku terus meninjau keadaan pokok cili. Inilah rupa pokok terkini di ladang.
Secara puratanya aku anggarkan 20% pokok cili telah mengeluarkan bunga dan dijangka boleh dituai dalam sebulan lagi. Namun masih juga terdapat pokok yang terbantut dan kemetot. Musim pertama ini aku redhakan keadaan yang serba kekurangan ini. InsyaAllah musim kedua akan dipertingkatkan dengan lebih baik.

Pada kali ini aku sempat melihat anak-anak ikan yang mati. Rupa-rupanya anak ikan ini kena parasit dalam air. Ia juga dikenali sebagai kulat. Ia akan menyerang ikan sehingga ke peringkat insang dan seterusnya menyebabkan ikan mati kekurangan oksigen. Aku sempat mendapatkan khidmat nasihat daripada sifu Hj. Hanafiah di Bicara Jutawan dan pembekal ikan Hafizul cara rawatan penyakit tersebut. Mereka mencadangkan penggunaan garam yang dicampur ke dalam air separuh kuantiti air sedia ada untuk rendaman selama 2 jam bagi mengurangkan kesan jangkitan serta membunuh parasit tersebut.
Aku juga baru melantik penjaga kolam ikan baru. Ni dia, bersemangat nak jaga ikan sampai tak nak balik ke Purtajaya nak jaga ikan katanya. Aku macam biasa akan menggunakan kuasa veto untuk ajak dia balik ke Putrajaya.

Aku juga telah merancang dengan isteri untuk mengembangkan aktiviti AFFE ke penternakan kambing Boer dalam tahun depan. Tetapi setibanya kami di kampung, kami dikejutkan dengan 2 ekor kambing yang telah dibuat kandang ditepi rumah. Rupanya pak mertua aku dah pakat dengan Azran untuk bela kambing lebih awal. Hemm...betul tak sabar mereka ni. Cerita lanjut aku terangkan diblog perkambingan aku yang baru.

Pada petang harinya aku dan beberapa orang ahli keluarga melawat ke tapak pertanian yang telah dibersihkan. En Katan kata nak jumpa di sana bagi menyelesaikan kerja merata tanah.
Untuk meratakan tanah tersebut, aku telah mengeluarkan belanja sebanyak RM3500. Banyak betul modal dah habis. Takpa, itu namanya perniagaaan, perlu ada modal. Inilah rupa tanah tu sekarang.

Di sebelah tanah yang akan aku usahakan ada tapak fertigasi berbumbung yang disediakan oleh Jabatan Pertanian, tetapi peserta yang menguruskannya buat kerja dengan sangat perlahan. Dalam 2 minggu aku dapati tak banyak perubahan yang berlaku hanya anak pokok benih yang naik subur dalam tray semaian dan ada benih yang nak keluar putik bunga. Tu mesti dah semai lebih sebulan.
Hari Jumat 8 Februari 2008 aku mula meracun menggunakan powersprayer. Huh..3 kali aku mengangkat tong racun dengan kapasiti 20 liter. Mula meracun pukul 6.30 petang dan habis dalam pukul 7.30 malam. Lepas tu bahu aku cramp semacam. Baru aku ingat, aku tak warm up badan sebelum buat kerja berat. Maklumlah, badan selalu buat kerja dalam aircond. Hari Sabtunya kami pulang ke rumah dalam pukul 3 petang dan tiba di rumah dalam pukul 6.45 petang. Apa yang mengejutkan adalah semua pokok di tapak ujian fertigasi layu. Air baja cukup tapi macam tak bergerak sejak aku tinggalkan. Terpaksa aku siram manual, lepas sejam pokok tu segar semula. Bila aku check, rupanya timer digital dia rosak. Timer tu adalah termasuk dalam pakej Mini Fertigasi Emas edaran Sabak Agro. Alamak, baru berapa bulan aku pakai dah rosak. Belum sampai 4 bulan guna. Belek punya belek rupanya timer tu made in luar negara macam jerman jer. Takda chop sirim. Satu lagi masalah nak kena beli timer baru. Sementara tu aku mintak mak mertua aku yang ada kat rumah tekan suis 3 kali sehari selama 10 minit setiap kali.

Malam tu Azran telefon beritahu ada orang melawat ladang tadi dan minta buat quotation bahan-bahan yang kami gunakan untuk tapak cili dia di Pekan, Pahang. Dia berminat bila tengok sistem yang kami gunakan pemasangan lebih mudah berbanding kaedah yang menggunakan minitube 4mm. Dia kata jiran dia di Pekan ada buat juga tapi banyak kerja nak buat. Yang kami punya lebih ringkas. Bila aku kira-kira, rupanya aku boleh dapatkan dengan kos yang lebih murah daripada apa yang aku bayar. Malah Pakej yang aku sediakan lebih lengkap dengan EC meter dan beberapa peralatan lain. Aku ada supplier yang berkaliber boleh membekalkan bahan yang diperlukan lebih murah. InsyaAllah, brader tu minta kami adjust harga kerana beberapa barang telah dia sediakan sendiri. Takda masalah, bisa diatur semua tu. Pada malam Ahad, 10 Februari 2008, seorang lagi yang pernah berurusan dengan aku dulu, Liyana berminat untuk mengetahui pertanian moden yang aku maksudkan ini. Yelah, kalau ada sedikit modal dan tanah tentu boleh mendatangkan hasil. Yang penting usaha. Dia cadangkan untuk jumpa Selasa pagi tetapi aku tengah bekerja. Tu yang payah sikit. Memandangkan kami masing-masing ada komitmen, waktu pertemuan untuk membincangkan perkara ini akan dijadual semula.

Aku dalam peringkat akhir menyediakan pakej pemasangan sistem fertigasi bermula dari mini pakej sehingga ke pakej komersil. Hadiah istimewa bagi pakej komersil menanti anda. Nantikan kemunculannya.

Seian dulu buat masa ini aku akan update pakej dalam beberapa hari lagi. Wassalam.

2 ulasan:

mohd nazri berkata...

Salam...

Saya ingin bertanya kepada saudara kebiasaan berapakah kos untuk land clearence bagi kawasan seluas 4 ekar dan berapa pula kos untuk pagar kawat bagi keluasan sama

terima kasih,
nazri johari
nazri.j@hicom-chevrolet.com

Faidzal berkata...

Waalaikumsalam,
Kos pembersihan tanah bergantung kepada rupa bentuk dan jenis pokok yang ada. Kalau pokok besar yang banyak di kawasan luas seekar atau lebih, boleh guna Buldozer tapi kosnya tinggi sebab sewa pengangkut dalam 1000 dan buldozer 800-1000 sehari. kalau guna Case atau JCB dalam RM350 sehari tapi keupayaan adalah kecil. Elok berbincang dulu dengan beberapa operator sebelum bersetuju dengan harga.

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...