Sponsor Ads

Isnin, 12 November 2007

Pelbagai Peristiwa Suka dan Duka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku dah laksanakan banyak perkara, namun tak sempat ditulis dalam blog ni. Mana yang sempat jer yer. Pada 7 November, aku buat appointment dengan En Malik dari Malaysian Agrifood (MAF) anak syarikat Khazanah Nasional di KL untuk bertanyakan mengenai Ladang Kontrak dengan beliau. Bila tiba di sana En Malik yang merupakan Vice President - Contract Farming kalau tak silap aku dan seorang lagi temannya En Wan Ali, juga Vice President tapi kurang ingat bahagian mana bersama-sama menyertai perbincangan itu. rupa En Wan Ali agak familiar tapi dimana ya pernah aku jumpa dia. Sambil berbincang En Wan Ali membuka cerita mengenai pengalaman beliau dengan Tembakau. Hah! baru aku ingat.. Tok Wan Ali Kambing yang keluar Tv rancangan realiti Bank Pertanian. Wah ladang kambing orang lain uruskan dan dia jadi macam penasihat di Malaysian Agrifood. En Malik sambil menceritakan kaedah kontrak farming yang dilaksanakan memberikan benih cili 2 jenis iaitu Hybrid Hot Pepper "Hot Chilli" kualiti macam Kulai dan "Shiny Hot" yang katanya sangat pedas dan panjang dalam 6 inci. Pastu dia bagi benih Hybrid Cabbage "Fast Shoot 55" dan "Tropic Sun Plus". Semua benih tu dia minta aku cuba tanam dan tengok hasil dan kesesuaian tanah. Dia minta aku siapkan maklumat perkembangan benih tu nanti dan akan datang untuk melawat. Lokasi pusat pemgumpulan mereka di Lanchang, Pahang dan dia kata kalau boleh kapasiti hasil dalam 400-500 kg sehari baru diorang datang (jimat). Hemm, aku kena cuba dulu benih tu. Jadi untuk permulaan ni aku mulakan dengan Kulai Tempatan untuk bekalan kepada FAMA dan cuba tanam benih MAF bagi tu.

8 November aku pulang ke Chenor untuk meninjau tanah pak mertua aku dan berbincang dengan sedara berkenaan untuk pajak tanah. Tanah tu tak level sikit seluas 3 1/4 ekar tapi diorang sayangkan pokok2 durian yang baru 3-4 tahun ditanam disamping beberapa batang pokok yang lama mengeluarkan hasil. Nampaknya aku kena ratakan tanah bentuk C nanti. tak pasti lak cukup ke tak untuk buat cili aku tu. 17 Nov ni balik Chenor lagi untuk sodok tanah baru boleh nampak luas keseluruhan yang ada. Pastu singgah kandang kambing e-pawah.com.my. kambing yang ditempah dah sampai dan dalam proses kuarantin sebelum dibebaskan bersama kawanan lain. Selepas tu aku melawat sebahagian tapak 14 ekar yang En Aslan maklumkan di Bohor. Hemm, kalau nak tebus guna, mesti banyak kos nak membersihkan kawasan. Rasanya ni kena hold dulu. Bajet terhad.
11 November, hasil tuaian projek ikan keli aku bermula. Berintam datang dan ambil semua ikan yang ada yang kebanyakkannya dah besar2 pun sebab tempoh dah melebihi 75 hari. Pekerja yang diupah (Syaikir) memaklumkan perkara yang sangat memeranjatkan. Hasil Modul 1 = 763 kg dan modul 2 = 759kg jauh meleset dari jangkaan. Kalau ikut penerangan masa kursus, kadar kematian antara 10-20% dari 15,ooo ekor atau hasil lebih kurang 2,000 kg @2mt. Tapi kalau ikut hasil ini, kadar kematian lebih kurang 70%. Bagaimanapun, Syaikir kata ikan yang terapung mati tu tak banyak dan tak sampai 1000 pun. Hasil bersih yang diperolehi = Rm760 x 5= RM3,800 bahagi 50% kepada Berintam=RM1,900 dan tolak RM1950 (650 sebulan gaji pekerja dan utiliti x 3 bulan) = hasil keseluruhan adalah berhutang RM50 kepada pekerja untuk 3 bulan pertama. Pelaburan yang tidak menguntungkan. Nasihat saya yang ingin menceburi bidang ini, Bidang ini boleh memberikan pulangan sekiranya diusahakan secara sendirian tanpa pekerja. Jadi saya tak pasti bila pulangan modal RM20,000 akan dapat semula. Banyak perkara perlu diteliti dan dikaji semula samaada masalah anak ikan yang dibekalkan tak cukup (saya kurang pasti bagaimana boleh kita pastikan bilangan anak ikan sebanyak 15000 ekor mencukupi masa penghantaran), makanan yang tidak mencukupi membuatkan ikan memakan sesama ikan akibat kelaparan, ruang yang sempit membuatkan sesama ikan terkena bisa dan mati dan tenggelam menjadi makanan ikan lain, kurang kekerapan penggredan ikan membuatkan ikan besar membuli ikan kecil atau langsung memakan ikan kecil dan banyak lagi. Perkara tersebut hanya teori yang perlu diselidiki lagi. Susah nak jangka perkara ini akan berlaku kerana beribu-ribu ikan ada dalam kolam dengan keadaan air yang keruh tu mana boleh kita jangka berapa banyak yang ada. Berbanding dengan pertanian, kalau benih mati atau pokok rosak, kita boleh buat jangkaan kerugian di peringkat awal dan mungkin boleh melakukan sesuatu bagi meminimakan kerugian. Sedih kerana pelaburan tak memberikan pulangan lagi.
Setakat ini aku berpendapat bidang pertanian lebih memberikan pulangan dari perikanan. InsyaAllah aku akan teruskan bidang pertanian sebagai aktiviti perniagaan utama. Aku dah beli set fertigasi emas 10 beg untuk tanam percubaan di rumah. Nak cuba tanam cili merah dan rock melon di rumah teres. InsyaAllah perkembangan hasil akan dikhabarkan. Bersambung dilain kali.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Projek keli kanvas Berintam ni memang indah kabar dari rupa. Harap En Apai banyak2 bersabar.

Kepada sahabat2 yg lain yg nak invest pakai modal sendiri / buat pinjaman peribadi...fikir2kan 18x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...