Sponsor Ads

Selasa, 13 November 2007

A thousand miles of journey begin with 1 step.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku dan Azran telah bertemu mentor untuk projek cili Sifu Hasnan di Sri Kembangan malam tadi, 12 Nov 2007. Aku dah terangkan keadaan tanah dan kemudahan yang ada. Setelah bayar 50% deposit, projek cili merah bakal bermula. Sebanyak 3000 pokok cili merah jenis Kulai Tempatan akan ditanam.
Kronologinya
17 dan 18 Nov 2007 - Kerja pembersihan tanah akan dijalankan bagi kawasan permulaan seluas satu ekar.
19 Nov 2007 - Proses Semaian Benih Kulai Tempatan dari MARDI di tapak SIFU.
24 dan 25 Nov 2007 - Menghadiri kursus intensif penanaman cili fertigasi.
1 dan 2 Disember - Pembinaan rumah semaian dan kolam takungan air.
3 hingga 7 Dis 2007 - Kerja pemasangan peralatan dan penyediaan media di tapak projek.
15 dan 16 Dis 2007 - jangkaan pemindahan anak pokok cili ke polibeg.
InsyaAllah sekiranya semuanya berjalan lancar, pokok akan mengeluarkan hasil pada bulan Februari 2008. Di samping itu aku akan usahakan untuk mendapatkan tanah tambahan bagi persediaan untuk plot ke 2 lagi 2 bulan.
Aku akan cuba menggunakan semburan EM sebagai medium untuk mengelakkan serangan penyakit dan masih menggunakan baja A dan B sebagai baja asas. Di samping itu aku juga akan cuba juga untuk menggunakan Baja Organik dan EM pada masa akan datang bagi menembusi pasaran Cili Merah Organik.
Nanti aku nak tinjau kos tong racun bermotor, bahan untuk pagar, van untuk pengangkutan (2nd hand jer) dan beberapa peralatan tambahan lain.
Sehingga bertemu lagi di lain masa. Wassalam.

7 ulasan:

cdee berkata...

Tahniah di atas usaha menceburi bidang pertanian. (Shidi-Rakan Gerak Usahawan 2007)

nor berkata...

tahniah di atas usaha saudara. di mana akan mengikuti kursus intensif cili fertigasi?

Faidzal berkata...

Terima kasih Shidi dan Nor, impian disulam usaha, ketekunan dan ilmu akan menjanjikan kenyataan. Saya berguru dengan En Hasnan di Kajang. Bermula dari teori hingga praktikal. Beliau sendiri adalah penanam cili disamping pembekal EM.Kalau ada berdekatan boleh singgah ke sana.

nor berkata...

tahniah sekali lagi kerana telah mendapat masters in acct.

harap saudara dapat berkongsi contact no. & address en. hasnan tersebut kerana saya pun sedang mengumpul info tentang pertanian fertigasi ni. terima kasih.

Faidzal berkata...

En Hasnan boleh dihubungi di 0122187377 dan lokasi cili di Sg Ramal, Kajang. Boleh buat apmt jumpa dia. Memang dia friendly..

crixivan berkata...

salam, encik faidzal, saya ingin bertanya apakah kelebihan menggunakan kaedah fertigasi dan adakah caranya sama dengan kaedah biasa? en. faidzal ada tak kaedah penanaman yg biasa?

Faidzal berkata...

W'salam, memang banyak kelebihan fertigasi nih..a matter of nak venture in to it ke atau remain at the level of nowhere. kaedah pertanian yang efficient. beri makan cukup untuk besar dan berhasil. Pembajaan sistematik dan mudah. kurang tenaga buruh. dan banyaklagi lah kalau nak senarai...Tanam kaedah biasa tak buat. Boleh kalau nak tetapi kalau dah ada kereta dan jalan yang baik tapi nak guna basikal dan lorong yang sempit takda orang nak halang. Terpulang kepada poket dan diri sendiri. Saya pilih pertanian teknologi moden.

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...