Sponsor Ads

Sabtu, 3 November 2007

Kaunter Melepasi Paras 1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, pelawat ke blog telah mencecah melebihi tahap 1000 bilangan pelawat setakat semalam 2 November 2007 iaitu kurang 2 bulan. Ramainya minat baca ... itulah yang disarankan oleh Kerajaan... tanamkan minat membaca..bila dah banyak membaca...lepastu boleh tanam pula apa yang diminati....tentunya pertanian.
Semalam aku buat 2 appointment. Yang pertama pukul 7.30 malam dan penting sekali sebab itu merupakan permulaan alkisah hidup seorang petani...Aku dah bincang dengan En Norhasnan untuk menanam cli merah berdasarkan pakej yang ditawarkan. Namun, beliau mencadangkan konsep terbuka kerana menjimatkan dan praktikal. Setelah dibincangkan agak panjang lebar... aku rasa konsep itu boleh dilaksanakan. Ianya juga menjimatkan kos pelaburan dalam sistem fertigasi. Hajat untuk menanam cili merah sebanyak 3,000 pokok bakal menjadi kenyataan. Sebelum itu aku perlu pastikan syarikat yang sedang aku runding bagi tujuan ladang kontrak dapat dimeterai. Di samping itu, isu tanah juga perlu aku selesaikan pada 8hb November ini. Aku juga mungkin cuba mengadakan networking dengan penanam cili di Raub di bawa seliaan En Norhasnan.InsyaAllah semuanya akan menjadi kenyataan. Kerja-kerja pemasangan peralatan dijangka pada bulan Disember setelah kerja meratakan tanah seluas 2 ekar selesai. Diperingkat permulaan ini, aku lebih tertumpu kepada Ladang Kontrak kerana pasaran yang tetap walaupun harganya tidak sehebat jualan terus kepada pengguna.
Seterusnya aku terus menuju ke tempat pertemuan ke dua pada malam itu di Kopitiam Bandar Baru Bangi bertemu dengan rakan serai iaitu Eijai, Don Balon dan AimeinRais. Perbincangan berkisar pencarian tanah untuk pajakan bagi projek usahasama serai. Alhamdulillah masing-masing bersemangat untuk memastikan projek tersebut berjaya. Tak sangka pulak AimeinRais ni tinggal dekat dengan rumah aku di Presint 11K. Hemm.. kecil betul dunia ni.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Saya amat berminat dengan 'Contarct Farming' penanaman serai yang saudara Faidzal usahakan. Saya buat masa ini mempunyai tanah seluas 5 ekar di Perak yang telah sedia untuk ditanam serai. Walau bagaimanapun saya masih mencari maklumat mengenai pembekal benih dan pasaran serai ini. Harap dapat kiranya saudara Faidzal memberi saya sedikit nasihat/tunjuk-ajar mengenai perkara ini. Saya boleh dihubungi melalui email saadsuhairi@yahoo.com Terima Kasih.

Don Balon berkata...

Yaa..apai. kami memang sentiaso bersamangat... herher
--DonBalon@Donlaurel.Donserai.com

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...