Sponsor Ads

Rabu, 20 Ogos 2008

The Cabai Siri 23 Jun - 29 Jun 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Terima kasih di atas permintaan pelanggan terhadap Pek Mini 10DIY. Ternyata memang ramai yang mula menjinakkan diri dengan fertigasi. Bagi yang nak mula belajar, Pek Mini tersebut adalah jawapannya. Bagi yang ada kawasan di keliling rumah yang rasa-rasanya boleh memuatkan 100 pokok dan ingin membina "Edible Garden - Fertigation" dengan menanam sayur-sayuran, boleh hubungi saya. Pemasangan di Lembah Kelang InsyaAllah boleh diuruskan. Memang sesetengah orang minat untuk menanam bunga di keliling rumah tetapi hanya sedap di mata. Apa kata tukar kaedah penanaman dan tanam sayur-sayuran. Sedap di mata dan di perut. Bila nak sayur, petik di halaman rumah. Jangan kata orang di kampung saja yang boleh tanam di keliling rumah, orang di bandar pun boleh buat yang sama. Sangat sesuai dengan anda yang kurang mempunyai masa untuk menyiram dan membaja, ianya boleh di automasikan. Tugas anda hanya memantau perkembangan pokok, paras air dan baja di tangki baja dan meracun 1-2 kali seminggu. Masa yang diperlukan bagi peminat Edible Garden Fertigasi hanyalah purata 30 minit setiap hari. Kalau tiada masa setiap hari, mungkin 2-3 kali seminggu pun memadai. Kalau mungkin anda bercuti balik kampung pun dengan tangki air yang mencukupi, anda boleh tinggalkan sayuran anda tanpa risau ianya tidak disiram kerana alat timer akan menjalankan tugas menyiram bagi pihak anda. Set yang saya maksudkan adalah bagi set antara 50 ke 100 polibeg. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. He!he! Ini promosi bagi peminat fertigasi yang baru nak menjinakkan diri.

Jadi disamping menanam sayur, tidak ketinggalan juga saya menanam pokok Mulberi yang diberikan benihnya oleh Saudara DolMS, sahabat dari BicaraJutawan.Com. Setakat 26 Jun 2008 kelihatan tunas baru telah keluar dengan putik buah yang mula kelihatan. Nampaknya tak lama lagi dapatlah merasa buah Mulberi nanti fresh dari My Edible Garden.





Suasana di Putrajaya makin meriah dengan program Bumi Hijau yang baru di mulakan di Presint 9 berhampiran dengan jalan utama. Dari jauh kelihatan ramai peserta yang terdiri dari penghuni di Presint 9 sedang rancak menjalankan aktiviti pembersihan tanah. Mereka juga adalah kakitangan Kerajaan yang menyokong program Bumi Hijau di Putrajaya. Dengar cerita, kawasan itu akan dirasmikan oleh Pak Lah. Tengoklah keadaannya di gambar bawah.


Tengoklah betapa meriah mereka, kakitangan Kerajaan yang berusaha untuk menjayakan program Bumi Hijau. Dari yang muda hingga yang dewasa bekerjasama macam kat kampung dulu-dulu.
Setelah beberapa hari pokok Mulberi mengeluarkan pucuk baru, putik buah pun semakin jelas kelihatan. Gambar diambil pada 26 Jun 2008.

Pada 28 Jun 2008, kami pulang ke Chenor untuk melawat keadaan tanaman di Tapak 2. Sebahagian pokok yang telah mengeluarkan hasil.




Ini pula keadaan tanaman timun yang telah habis musim yang diusahakan oleh peserta di kawasan berdekatan.Perkembangannya pernah diceritakan sebelum ini. Menurut maklum balas pekerja di situ, hasilnya tidak memuaskan disebabkan mungkin jangkitan penyakit yang tidak dapat dikawal.

Dia juga telah memulakan tanaman Kacang Bendir di sebelah tapak timun di situ.
Ok, cukup dulu laporan kebun orang. Keadaan pokok agak nampak kekurangan baja di samping serangan kutu daun yang banyak. Tak kurang juga pokok yang diserang penyakit kerinting. Bagi yang ingin mengusahakan tanaman cili, penyakit ini memang tidak boleh dielakkan, sama ada sedikit atau banyak serta bila akan kena, yang pasti akan kena juga. Apa yang perlu kita lakukan adalah bersabar dan ambil tindakan pantas untuk kuarantin.

Bagi pokok yang tidak mengalami banyak masalah, pertumbuhan adalah baik.

Beginilah pemandangan ladang pada 28 Jun 2008.

Setakat ini dulu laporan untk hujung bulan Jun 2008. Sehingga bertemu lagi di lain coretan. Wassalam

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...