Sponsor Ads

Isnin, 25 Ogos 2008

A Trip To London

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 5 Julai 2008, bermula lagi episod menjalankan tugas di Kota London untuk seminggu. Beberapa pegawai telah dipilih untuk menjalankan pengauditan di luar negara seperti India, Pakistan, Mesir, Qatar dan beberapa tempat lain. Namun pemilihan untuk ke Kota London memang sangat mengembirakan. Yelah, dari lebih seribu pegawai di Jabatan, nama yang tak seberapa ini terpilih untuk ke sana. Peluang untuk menimba ilmu bertugas di luar negara tidak dilepaskan begitu saja. Ini permandangan dari angkasa menuju ke Kota London.

Di dalam kapalterbang, kami dihidangkan dengan pembuka selera. Ingatkan mereka tersalah hantar set ini sebab tak pesan pun. Rupanya ini set pembuka selera, tapi macam tak terbuka pulak selera bila dihidangkan ikan salomon mentah dan lemon. Tak reti nak makan tapi member kata sedap. So apa lagi cuba gak ler. Teringat macam makan hidangan khas (tak ingat nama) di Sarawak yang ada campur ikan salomon. Boleh la paksa telan.
Kami tiba di London dan menginap di Malaysian Hall sebab hotel Holiday Villa yang ditempah telah terbooked untuk hari esoknya, sebab perbezaan masa 13 jam yang salah seorang dari kami terlupa. Yelah, bertolak pukul 10 pagi pada 5 Julai 2008 dan tiba pukul 5 petang 5 Julai2008(london). Nasib baik ada bilik kosong lagi. Boleh lah untuk tidur je seorang GBP11 lebih. Penginapan di Kota London memang merupakan satu masalah berbanding di Malaysia.Mereka memang menggunakan ruang yang ada sebaiknya. Tengoklah lorong laluan di Malaysian Hall.


Setelah letak barang, kami ke cafe yang diuruskan oleh orang Malaysia untuk Malaysian. Uniknya, orang bukan Malaysia tak boleh masuk tanpa ditemani oleh Malaysian. Peraturan untuk melindungi tempat tu juga. Harganya juga memang murah (kalau ikut orang sana). Kalau perasan harga kat belakang tu, Nasi Ayam 4 Pound (RM26), Nasi Lemak 2 Pound (RM13),teh tarik 1 Pound (RM6.50). Kami dinasihatkan untuk tidak mengira kadar matawang bila hendak berbelanja kerana memang semuanya mahal. Anggapkan nilai Pound tu sama dengan RM. 1 Pound = RM1. Memang harganya di sana macam tu. Ada satumasa tu kami makan di kedai kebab. Member ada pesar set kebab 20 Pound lebih. Kalau tak kira macam beli kat KennyRogers set ayam RM20 memang biasa. Tapi bila makanan dah sampai, haah!! kira balik... 1 set sorang makan RM130. Kalah makan kat hotel besar di Malaysia. So, nyakatler kawan tu suruh habiskan. makan malam RM130 tu.

Hari Ahad tu kami free dan nak start explore kawasan berdekatan since dah sampai awal sambil berbincang di depan Hotel Holiday Villa, pagi tu agak berangin dan sejuk. Terasa macam kat Cameron Highland pulak.Suka nak nasihatkan, kalau ada sesiapa yang nak berjalan2 ke sana, sama ada sewa kenderaan sendiri, naik kenderaan awam ataupun upah rakyat Malaysia bawak kita jalan2. Sambil berbincang di depan hotel tu, kami plan nak naik bas Double Decker tapi ada sorang mamat pakistan yang dah standby kat depan hotel dengan MPV menunggu pelanggan. Dia kata 1 jam tour 30 Pound pusing kota. Kami jangka nak spend 2 jam rasanya pun cukup.Bila kami setuju, dia bawa pusing2. Tempat pertama yang ditujuadalah Buckingham Palace yang bulan sebelumnya tentera Malaysia diberi penghormatan untuk menjaga istana tapi hanya untuk sebulan saja. Dengan cuaca yang tak menentu, sekejap hujan dan sekejap cerah namun tidak melemahkan semangat untuk meronda ronda lagi.


Lepas tu kami ke Bridge yang menjadi tumpuan pelancong yang ke Kota London. Sempat juga syok sendiri di situ.

Namun selepas tu kasi tersangkut dengan kesesakan, hampir 2 jam kami menghabiskan masa dalam kereta. Driver tu pun tak dapat buat apa2. Tapi yang tak sedapnya dia caj juga kami yang tengah jam tu. Kopak juga 90 Pound (RM585) kongsi 7 orang.

Nak cerita banyak tentang tugas pun rasanya kurang menarik, namun destinasi yang kami perlu singgah semasa di sana adalah Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia. Kat negara lain dipanggil Pejabat Kedutaan.

Keseluruhannya, kebanyakan barangan dan makanan di sana memang mahal. Kalau tak sediakan puluh ribu RM, takyah lah ke sana. Tapi kasut Clark memang murah, boleh dapat 10 pound sepasang.

Hemm, Kalau ada rezeki lebih, dari ke London, baik buat umrah. Kos seorang ke sana campur belanja boleh biaya kos umrah 2-3 orang. Lagi afdal.
Sehingga bertemu di lain kali.







Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...