Sponsor Ads

Jumaat, 7 Disember 2007

Mencari Peralatan

2/12/2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Agak lama aku tak update info kat sini. Ni antara gambar yang aku janji nak post mengenai cili spesis Sarawak. Gronong kata orang Sarawak yang rupa macam mini capsicum, yang sedang-sedang besar tu kata mereka cili tomyam.

Pada 25/11/2007 aku,Azran ditunjukkan tempat untuk membeli peralatan mesin di Seremban. Memang aku sedang mencari pam air untuk menyedut air sungai ke tangki simpanan. Akhirnya aku beli enjin Orimas 5.5 hp dengan harga RM400. Dicampur dengan suction hos RM120, Fodvalve RM12 dan hose clip RM4, sume kos pam ni jadi RM536.

Hemmm memang murah. Lagipun menurut Sifu Hanan, pam tu hanya untuk kerja ringan dan mungkin digunakan 2-3 kali seminggu. Memang memadai untuk mengunakan pam enjin biasa. Antara aksesori tambahan pam tu adalah hos penyedut air dari sungai dan stopper. Lepas tu aku beli power sprayer untuk racun serangga 20 liter bermotor menggunakan enjin petrol dan 2T dengan nisbah 9:1 petrol dan 2T. Kos power sprayer lebih kurang RM360 memang lebih murah dari ada satu tempat di KL yang aku survey. Ditambah pressure hos 100m RM180 menjadikan kos power sprayer RM540. Seperti yang sifu ajarkan, aku dapatkan hos tambahan sepanjang 100 meter untuk power sprayer. Jadi Azran tak perlu kendong pam tu masa meracun dan cukup hanya menarik hos tu untuk menyembur. Jadi hari kos keseluruhan barang yang dibeli adalah RM1,086.

Pada petang 25/11/2007 Penghantaran pertama peralatan telah dimulakan yang telah sampai pada petangnya di Chenor menggunakan lori 3 tan.

Pada 26/11/07 aku mula menyemai 4 lubang benih Rockmelon, 6 lubang benih cili yang dibekalkan oleh syarikat yang aku jumpa tempoh hari. Benih-benih tu untuk tapak mini fertigasi 10 polibeg yang aku beli dari sabakagro tempoh hari.

Kemudian pada sebelah petangnya aku pasang set fertigasi mengikut manual yang dibekalkanserta menguji cuba sistem pengairan dan penggunaan timer. Ada masalah sikit masa masukkan sabut ke polibeg. Plastik polibeg yang dibekalkan sabakagro kurang 1 keping. Hanya ada 9 polibeg je. Akupun malas nak bising dengan sabakagro banyak kali. So nanti aku gantikan dengan pasu spare yang aku ada. Memang mudah untuk set Digital Timer yang dibekalkan dan dripper pun berfungsi seperti yang diharapkan. Rupanya memang mudah untuk memasang sistem fertigasi tu. Aku letakkan di atas lantai tepi rumah. Jadi sistem dah berfungsi, benih dah semai dan hanya tinggal satu sajayang belum, iaitu bumbung pastik yang masih belum pasang. Memandangkan aku nak cuba tanam rockmelon, memang aku perlu pasang ptastik pelindung hujan tu terutama bila benih dah masuk ke polibeg. InsyaAllah dalam 1-2 minggu ni aku pasang. Sekarang ni tak sempat lagi sebab aku tengah menguruskan penyediaan tapak di Chenor. Ni susunan polibeg.
Pada 1/12/2007, aku pulang ke Chenor bersama isteri untuk mengambil pak mertua pulang ke KL kerana ada kenduri kahwin anak adik pak mertua aku. Sambil tu memang nak tengok keadaan tanah yang telah dibersihkan.Nampak gayanya memang aku kena gunakan khidmat backhoe untuk meratakan tanah lebih bersih. Aku dah hubungi En. Katan untuk tugas tersebut pada hari Isnin 3/12/2007 nanti dengan kos tambahan RM350 sehari. InsyaAllah sehari boleh siap kerja tu. Lepas tu Tok Ki Kassim, saudara belah Sarina singgah dan menawarkan diri untuk buat kolam memandangkan dia pun sedang mencari kerja yang boleh dibuat. Jadi aku setuju upah dia RM200 untuk menyiapkan kolam tersebut dalam 3-4 hari. Dalam perjalanan pulang ke KL, aku singgah di kedai hardwaredi Kampung Awah untuk beli beberapa peralatan bagi membuat kolam 10kaki x20kaki untuk takungan air dan kolam ikan patin.

3 ulasan:

The Gentlement Farmer berkata...

Boleh dapatkan contact no en hasnan dari agrogo. Saya cadang nak tengok ladang dia.
tq

Faidzal aka Apai berkata...

0122187377 beliau kurang sihat buat masa ni kerana baru lepas kemalangan. mungkin dalam seminggu 2 lagi okey kot.

NAZAKIA MEGA PROMOTION 2007 berkata...

Saya Mencari Alat Menyiram Air Automatic

Alat menyiram air yang saya maksudkan ialah.. siraman yang berputar 360 darjah dan mempunyai pam bermotor. Yang biasa kita lihat di ladang-ladang sayur2an yg ditanam secara terbuka...

Saya mahu modify alat ini untuk letakkannya di atas bumbung rumah jenis kampung... agar rumah menjadi lebih nyaman ketika waktu matahari panas terik...

kepada kengkawan yg ada info... boleh kita kongsi maklumat disini..

Terima Kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...