Sponsor Ads

Ahad, 9 Disember 2007

Laporan dari Korat, Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ini aku melaporkan dari Korat, Thailand dimana sedang berlangsung Sukan Sea ke 24, kerana keperluan tugas dan negara aku berada di sana untuk 10 hari. Sebelum pergi, sempat juga aku menyediakan keperluan asas bagi pembajaan 4 polibeg benih rockmelon yang baru dipindahkan dari tempat semaian ke polibeg malam semalam, 7 Dis. Seterusnya aku dah sediakan 2 baldi yang bersambung dengan paip getah untuk bekalan air sekurang2nya 10 hari bekalan yang telah dicampur baja multigrow dan ekstrak neem yang dibekalkan oleh Sabakagro. Aku buka tiub ke4 polibeg dan tutup baki polibeg lain kerana benih cili yang aku semai baru mengeluarkan 2 daun berusia 10 hari. Ni dia beberapa gambar yang sempat diambil.

Ada masalah sikit nak upload gambar dalam blog ni disamping bateri nak habis. Aku kena beli plug yang boleh sesuaikan dengan switch kat sini sebab Thailand guna bentuk lain. Kemudian aku sambung lagi.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...