Sponsor Ads

Isnin, 10 Disember 2007

Laporan susulandari Korat Thailand

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang dijanjikan disertakan beberapa gambar tambahan polibeguntuk rockmelon yang telah dipindahkan. Kelihatan juga 2 baldi yang digunakan bagi baja yang dianggarkan untuk 10 hari sepanjang ketiadaan aku di sana.


Aku tiba di Bangkok Airport pada pukul 2.30ptg tetapi sangkut di Imigresen sana dan hanya berjaya keluar pada pukul 4 petang. Ini merupakan kali pertama aku sampai di Bangkok. Sebelum ni aku hanya berjaya melepasi sempadan di Padang Besar saja. Aku disambut oleh pegawai seperti yang dimaklumkan. Aku dihantar terus ke Korat Thailand yang memakan masa antara 3-4 jam. AKu naik di van belakang tu.Dalam perjalanan kelihatan lori yang dipandu mempunyai trailer masing-masing. Aku ingatkan sedikit jer lori yg sebegitu, rupa2nya memang itu kenderaan biasa bagi mereka. Disamping itu aku juga perhatikan beberapakilang memproses bahan binaanyang mencecah 10-15 tingkat bangunan beberapa blok.macam masuk ke tempat gergasi lak rasanya. kenderaan biasa mereka adalah 4wd yang kebanyakkannya mengagkut penumpang dibelakangnya agak penuh. Aku terfikir, mungkin itu sebabnyaprodukmereka banyak masuk ke pasaran Malaysia. Disamping penduduknya yang ramai, mereka menggandakan kapasiti mereka. lori dipasang trailer untuk mengangkut lebih banyak barangan, pickup untuk kerja lasak dan penumpang yang ramai jadi menjimatkan. Mereka mengambil risiko yang berganda untuk berjaya. Tak semua yang ada di Thailand tu baik, ada juga kelemahannya. Jadi moralnya ambil yang baik dan tinggalkan yang tak berguna. Mengambil risiko dalam perniagaan adalah perkara yang tak boleh dielakkan dan kalau nak buat komersil hingga boleheksport, kena gandakan usaha.




Harap-harap semaian cili aku d rumah sihat sebab masih belum boleh pindah dalam polibeg lagi dah kena tinggal. Aku juga dimaklumkan keadaan tapak projek di Chenor masih disirami hujan yang tak henti-hent. Risau juga takut2 air sungai naik dan banjir pulak tapak tu. Pemasangan paip untuk 3000 pokok terpaksa ditunda sehingga keadaan hujan reda. Sehingga kini beberapa kawasan di Pahang, Johor, Kelantan telah dinaiki air. Aku akan sentiasa pantau keadaan kawasan yang banjir melalui berita dan google map agar aku sentiasa alert kawasan mana yang dinaiki air berbanding kawasan tapak projek Chenor.Sehingga itu dulu, akan disambung kemudian.

Wassalam.


















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...