Sponsor Ads

Ahad, 21 September 2008

Cabai The Series - Episod Hasil Kajian dan Berangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Umum tahu tentang peningkatan harga baja dan racun di pasaran sekarang. Bagi pekebun yang mengusahakan pertanian fertigasi merasakan peningkatan harga yang ketara berbanding sebelumnya. Satu set baja 100 liter yang dulunya boleh didapati dengan dengan harga RM110 kini berharga RM190. Di kawasan lain, ada yang terpaksa membeli dengan harga melebihi RM200 setiap 100 liter. Bagi pekebun yang bergantung sepenuhnya kepada baja fertigasi, sangatlah perit bila mendengar harga baja meningkat lagi. Namun sebagai pengguna baja fertigasi, walaupun pahit, terpaksa ditelan juga bagi memastikan hidup dapat diteruskan. Bagi kami di AFFE, sesuatu perlu dilakukan. Oleh itu satu percubaan untuk menanam cili menggunakan baja kompaun 3x15 dilakukan. Menggunakan baja yang diletakkan lebih kurang 3 inci dari pangkal pokok dan dripper dicucuk di kawasan baja. Kami hanya mengalirkan air kosong mengikut tempoh seperti biasa mengharapkan air yang mengalir di dripper akan melembabkan kawasan yang telah diletakkan baja butir tadi. Baja butir perlu diletakkan setiap 2 minggu sekali. Dengan cara ini, diharapkan kos penggunaan baja dapat dikurangkan sedikit berbanding fertigasi. Penjagaan sistem pengairan dijangka lebih mudah kerana hanya kandungan air kosong yang digunakan di dalam tangki. Jadi penyejatan kristal akibat tindakan kimia dalam saluran tiub dapat dikurangkan kepada kadar yang sangat minima. Bagaimanapun, ini adalah diperingkat percubaan. Pokok lain di tapak percubaan juga telah menggunakan konsep yang sama dimana hanya air paip dibekalkan dalam tangki dan baja butir diletakkan setiap 2 minggu sekali. Contoh meletak baja adalah seperti gambar di bawah yang diambil pada 15Sept2008. Bagaimanapun jaraknya perlu dijauhkan sedikit dari pangkal pokok mengelakkan anak pokok kepanasan.

Bagi mendapatkan keputusan yang lebih segera bagi tanaman lain, pokok sedia ada juga telah menggunakan kaedah pembajaan yang sama iaitu menggunakan baja butir. Pemerhatian terhadap perkembangan pokok adalah baik. Di peringkat permulaan penggunaan baja butir, terdapat bahagian hujung daun yang kering menunjukkantindak balas baja terhadap pokok yang berlebihan. Setelah beberapa hari berlalu,perkembangan pokok adalah normal. Inilah hasil pokok bendi yang diuji. Memandangkan ini merupakan kali pertama kami mencuba menanam bendi, perkembangan hasil masih tidak dapat dibandingkan lagi. Namun buah bendi yang baru berputik akan mula cukup tempoh untuk dipetik dalam masa 4-5 hari.

Gambar di bawah ini merupakan tindakbalas baja butir yang berlebihan. Dari pemerhatian, ianya mungkin disebabkan akar pokok yang menjalar merata di permukaan media dan baja diletakkan di akar. Tindakan tersebut berlaku sehari selepas baja diletakkan di polibeg.




Semasa kami pulang dari Chenor, sempat kami membawa 3 anak pokok Pisang Berangan untuk ditanam di Putrajaya dan ianya telah selamat disemadikan di tempat barunya. Harap-harap hasilnya memberangsangkan dan dapt dikongsi bersama nanti.



Bersambung di lain kali. Wassalam.

1 ulasan:

Mohd Zullraidy berkata...

saya juga telah menggunakan cara sama (baja npk) untuk tanaman buncis.cuma saya still guna baja fertigasi pd ph 1.0.hasil nya agak bagus malah lebih hasil dr guna baja fertigasi sahaja.kini menambah guna baja tabur utk buah pula.kesan nyer tak nampak lg.kalau boleh updatekan la maklumat ttg cara ni.sama jugak cam tuan..tak larat nak tanggung baja fertigasi mahal sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...