Sponsor Ads

Selasa, 26 Februari 2008

Keluaran Hari Lompat 29 Feb 08

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Statistik Blog Peralatan: Sejak dibuka pada 21 February 2008 sehingga 26 Februari 2008 untuk 6 hari , Kaunter telah mencecah 725 pageloads, dengan bilangan pengunjung antara 31 hingga 96 orang sehari dan pengunjung tetap antara 8 hingga 23 orang. Tak sangka juga peralatan tersebut mendapat perhatian dan permintaan yang baik. Harga yang ditawarkan memang murah dari pasaran sedia ada. Ini juga bagi membantu orang ramai mudah memiliki alat yang penting dalam pertanian. Aku juga dari semasa ke semasa akan membuat tawaran istimewa bagi peralatan tertentu. Nantikan kemunculannya.

EC Meter dan PH Meter penting bagi pekebun kerana dapat memastikan baja dan kandungan air mencukupi dan sesuai untuk setiap tanaman. Umpamanya ada sepinggan nasi dengan lauk yang cukup (baja), EC Meter akan mengukur sama ada nasi dan lauk adalah mencukupi kandungannya. Kalau ayam goreng hanya secubit dan nasi hanya setengah pinggan, mungkin orang yang makan tak kenyang. Pandangan nasi dan lauk di pingggan masih belum mencukupi sekirannya kita tak tahu kesedapannya. Ia diukur dengan PH Meter bagi tanaman. Barulah kita dapat makanan yang cukup dan sedap. Gunakan kiasan tadi pada pokok menggunakan EC meter dan PH Meter.

Pada 23 Februari 2008, aku dan isteri ke Chenor melawat kebun cili yang dah 2 minggu ditinggalkan kepada Pengurus Ladang untuk menjaganya. Aku pun pada masa yang sama menerima pelawat yang jauh datang dari Vietnam.. Datangnya dengan isteri dan anak. Bukan pelancong asing tetapi rakyat tempatan yang bekerja di Vietnam dan pulang bercuti. Terima kasih atas kunjungan Zuraimi dan keluarga dari Dong, Raub. Aku tiba dlm pukul 5 petang dah Zuraimi dan isteri sedang melawat kebun aku. Agak gembira juga bila tengok keadaan pokok yang sihat dan ada yang dah berbuah agak besar macam dalam gambar ni.


Geram pun ada bila aku tengok pokok cili yang banyak berbunga dan mengeluarkan hasilnya. Pokok yang ni ntah macam mana sebiji tu nak melekat kat tiang pancang tu sendirian. mungkin takda kawan lain tu yang di main2 dekat pancang.. Ini pula low snap gambar sebahagian kebun cili yang sedang meningkat dewasa.
Pada 24 Februari 2008 petangnya aku akan berangkat pulang ke Putrajaya. Dari sebelah paginya aku sibuk menyediakan Rancangan Perniagaan untuk Azran bawa semasa kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan anjuran Jabatan Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda, Dong,Raub, Pahang pada 25 Februari nanti. Itu salah satu perancangan strategik untuk mengembangkan perniagaan. Aku habiskan lebih kurang 3 jam untuk susun semula RP tu bagi kemas sikit. Lepas tu sempat juga aku test power sprayer dengan menutup 2 lubang semburan dari 3 yang ada untuk mengurangkan pembaziran racun. Namun disebabkan kesuntukkan masa..aku tak dapat uji sampai habis.. baru separuh jalan tapi dah nak kena balik.. masa berlalu pantas. lagipun ujicuba yang aku buat tu perlu benda yang disiapkan lebih awal. Takpa masa hari mengundi nanti aku akan buat semula.

Sebelum pulang ke Chenor dulu, antara perkara yang aku bawa adalah racun Malathion 4 liter yang stok dah nak habis, whiteboard untuk nota penting, papan tanda Di Larang Merokok serta banner yang baru disiapkan. Kopak jugalah RM110. Tu dia model syarikat kami....he!he tu pak mertua aku....minta tolong dia pegangkan banner tu pasal aku nak ambil gambar... tapi tu bukan likasi kekal banner tu... Banner tu akan diletakkan di tengah ladang berhampiran dengan jalan... saja nak tap local market... lagipun kengkawan pun ramai datang...tak lama lagi nak kutip buah cili kena guna ramai tenaga sambilan... so banyak fungsi dia tu.. kot2 ada yang nak keje kutip cili lak... boleh telefon ...


Ini satu lagi...Saja jer aku letak papan tanda tu kat laluan masuk supaya orang yang tak reti2 tu faham apa maksud aku. Ada satu lagi papan tanda aku letak di bahagian kanan bersebelahan dengan rumah jiran yang bumbung putih tu.. sebab dia suka merokok dan kadang2 lalu kat kawasan kebun dengan kawan2 dia sambil merokok. Nak sound ... jiran,.. kang gaduh pulak... kalau tak buat macam tu.... pokok aku rosak pulak... hah! letak papan tanda. Tak faham juga nanti aku letak tanda dilarang masuk plak. Kekadang sedara aku kat rumah kayu sebelah tu ada juga bawak kawan2 dia dan merokok kat situ.... yang tu payah sikit sebab rumah sedara... harap2 papan tanda tu membantu.

Dalam perjalanan pulang, aku dapat saksikan kemeriahan orang2 kampung nak raya.....huh!!! penuh balai raya tu dia buat.... dulu masa lepas banjir takda orang pun nak bersihkan tempat tu ....tapi kini indah berseri.... malam2 ceria dengan lampu lap lip lagi...

Lepas tu dalam perjalanan yang aku rasa masih lagi siang,,, tiba2 aku tengok ada bulan pulak...eh... ni dah malam ker??

hemm... dah mula perang poster dan kain rentang... yang pasti tokey2 yang buat kain dan poster tu kaya.

Ok, aku akan sambung lain kali... banyak benda yang aku buat tapi tak larat nak tulis semua....
Wassalam...

Khamis, 21 Februari 2008

EC Meter dan PH Meter

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan EC Meter dan/atau PH Meter dengan kos serendah RM140 seunit, boleh ke menu Peralatan atau klik link ini http://affeperalatan.blogspot.com/




Sila ke link atau menu yang diberikan untuk maklumat lanjut mengenai peralatan yang ditawarkan. Stok adalah terhad. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Jumaat, 15 Februari 2008

Pakej 100 dan 1000

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dimaklumkan pada awal posting minggu ini, saya telah mengemaskini pakej bagi 100 pokok dan komersil 1000 pokok di menu sebelah kanan. Bagi pakej selain dari kawasan yang dinyatakan boleh berhubung dengan saya melalui emel atau telefon. Sila klik untuk maklumat lanjut.



Selasa, 12 Februari 2008

Langkah Terus Melangkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti biasa hari Sabtu pagi aku akan ke UiTM untuk menghadiri kelas pengajian. Maklumat terperinci aku rekodkan di blog link DrFaidzal. Klik ler kat situ untuk perkembangan pengajian aku. Selepas kelas habis, aku pulang ke rumah dan bersedia untuk berangkat ke Chenor, Pahang. Sebelum bertolak sempat juga aku mengambil gambar keadaan pokok cili di tapak ujian yang sudah membesar. Ini gambar setakat 26 Januari 2008.

Tak sabar nak tengok sistem fertigasi yang telah siap dipasang dan benih cili sudah dimasukkan ke dalm polibeg. Setibanya di Chenor, Azran membawa aku dan isteri untuk meninjau keadaan tapak di tanah Jabatan Pertanian di Kg Bunian yang telah dibersihkan.Inidi rupa sebelum dan selepas dibersihkan. Namun masih terdapat beberapa bahagian yang masih belum rata. Azran akan minta En Katan, kontraktor yang menguruskan pembersihan meratakan sedikit lagi kawasan tersebut.
Lepas tu aku ke kolam ikan patin di tepi rumah untuk melihat keadaan ikan yang telah masuk ke kolam. Setakat ini aku berpuas hati dengan penjagaan ikan dan cili. Namun cili yang dimasukkan ke polibeg kekurangan lagi anggaran 300 pokok. Sifu Hanan akan semai semula yang baru kerana sebahagian anak benih rosak dalam perjalanan.

Ini adalah gambar terkini cili yang aku tanam di tapak ujian Putrajaya setakat 31 Januari 2008 mencanak ke atas dengan megahnya. Keadaan ini aku rasa berbeza dengan pokok cili yang aku tengok dan orang lain kata. Selalunya pokok cili merah, buahnya akan tunduk ke bawah manakala cili api mencanak ke atas. Tapi sehingga kini buat tu tetap mencanak ke atas.

Pada 1 Februari 2008 merupakan hari cuti am bagi Wilayah Persekutuan. Aku ambil kesempatan untuk menguruskan beberapa perkara yang tak dapat aku lakukan waktu siang kerana bertugas. Aku singgah ke MARDI, Jalan Kebun, Klang untuk mendapatkan benih Kulai Tempatan. Benih tu cukup untuk bekalan menampung kekurangan anak pokok cili sedia ada. Benih tersebut akan aku hantar ke Chenor untuk disemai di sana. Kita belajar dari pengalaman dan mengikut pengalaman yang lalu, urusan semaian perlu dilakukan sendiri di tapak bagi memastikan kesuburan dan kualiti pokok yang hendak ditanam. Kesilapan yang aku lakukan apabila aku menyerahkan urusan benih sepenuhnya kepada konsultan dengan alasan ianya termasuk dalam pakej yang aku bayar. Rupanya hasil benih tak seperti yang aku lihat di tapak. Mungkin masalah handling benih pokok tu yang terpaksa di angkut dari Kajang ke Chenor. Kemudian aku terus ke Rawang untuk membeli beberapa barang tambahan untuk tapak ujian serta dibawa ke Chenor. Sambil pusing dalam kedai aku terjumpa satu barang yang penting tapi aku tak boleh beli sekarang. Solenoid Valve bagi mengawal pengairan secara automatik menggunakan timer. Hemm, kosnya agak mahal juga RM190 sebili. Kalau aku nak pasang di Chenor aku perlukan sekurang-kurangnya 2 biji. Untuk pengetahuan, sistem fertigasi yang dipasang di Chenor adalah antara yang tersukar dilpasangkan sebab pengairan terpaksa dibuat secara berperingkat. Antara sebabnya adalah kawasan yang berteres dan luas. Pembajaan terpaksa dilakukan secara manual. Pengairan dilakukan sebanyak 4 kali sehari yang mana 2 adalah baja dan 2 adalah air biasa. Terdapat 2 valve besar di sebelah kiri (Fasa 1) dan kanan (Fasa 2). Di peringkat permulaan pengairan dibuat selama 4 minit bagi kedua-dua fasa. Setelah taman 4 minit, valve Fasa 1 ditutup dan tambahan lagi 2 minit disalirkan ke petak Fasa 2 kerana kawasan yang lebih luas. InsyaAllah aku akan automasikan sistem ini kemudian. Kini aku dah faham bagaimana sistem fertigasi berfungsi dan pemasangan agak mudah. Sebelum ini aku hanya belajar secara teori dan praktikalnya adalah di Chenor. Kini AGRO Fast Forward telah mempunyai 3 orang yang mahir dalam pemasangan system fertigasi. Sebelum ini Pengurus FAMA Maran telah menyatakan hasrat untuk menggunakan khidmat kami untuk memasang sistem fertigasi dalam 1000 pokok di tapak depan pejabat mereka. Mereka pun dah datang melawat tapak di Chenor. InsyaAllah, semua tu boleh diuruskan. Mereka pun baru juga nak belajar bagaimana sistem fertigasi berfungsi. Kita kena give and take dalam hal ini. Ia bakal membuka peluang yang baru bagi Agro Fast Forward Enterprise apabila mendapat kepercayaan Fama Maran.

Langkah seterusnya adalah mengkomersilkan pengetahuan yang ada. Azran juga memaklumkan ramai yang telah datang melawat tapak. Beberapa orang berminat untuk mengetahui sistem yang kami gunakan. InsyaAllah aku akan sediakan pakej pemasangan yang dari peringkat percubaan hingga skala komersil. Ilmu yang ada juga akan digunakan untuk pemasangan sistem fertigasi di tapak ke 2 di Kampung Bunian seluas 2 ekar. Tapak tersebut akan aku jadikan tapak contoh dengan pemasangan sistem yang lebih sempurna.

Pada 5 Februari 2008, secara rasminya aku mengorbankan pokok rockmelon yang terkena jangkitan penyakit reput pangkal. Dan selang beberapa hari lepas tu pokok lagi satu juga menyembah bumi. Memandangkan projek utama aku adalah cili, aku tak terkilan sangat. Ini adalah perkembangan terkini pokok cili yang hidup subur.
Hari Raya Cina merupakan hari yang ditunggu ramai rakyat Malaysia. Bukan kerana sambutannya tetapi kerana cuti panjangnya. Aku pun apa lagi, pada 7 Februari 2008 aku dan keluarga mengambil kesempatan untuk balik kampung. Setibanya di sana, aku terus meninjau keadaan pokok cili. Inilah rupa pokok terkini di ladang.
Secara puratanya aku anggarkan 20% pokok cili telah mengeluarkan bunga dan dijangka boleh dituai dalam sebulan lagi. Namun masih juga terdapat pokok yang terbantut dan kemetot. Musim pertama ini aku redhakan keadaan yang serba kekurangan ini. InsyaAllah musim kedua akan dipertingkatkan dengan lebih baik.

Pada kali ini aku sempat melihat anak-anak ikan yang mati. Rupa-rupanya anak ikan ini kena parasit dalam air. Ia juga dikenali sebagai kulat. Ia akan menyerang ikan sehingga ke peringkat insang dan seterusnya menyebabkan ikan mati kekurangan oksigen. Aku sempat mendapatkan khidmat nasihat daripada sifu Hj. Hanafiah di Bicara Jutawan dan pembekal ikan Hafizul cara rawatan penyakit tersebut. Mereka mencadangkan penggunaan garam yang dicampur ke dalam air separuh kuantiti air sedia ada untuk rendaman selama 2 jam bagi mengurangkan kesan jangkitan serta membunuh parasit tersebut.
Aku juga baru melantik penjaga kolam ikan baru. Ni dia, bersemangat nak jaga ikan sampai tak nak balik ke Purtajaya nak jaga ikan katanya. Aku macam biasa akan menggunakan kuasa veto untuk ajak dia balik ke Putrajaya.

Aku juga telah merancang dengan isteri untuk mengembangkan aktiviti AFFE ke penternakan kambing Boer dalam tahun depan. Tetapi setibanya kami di kampung, kami dikejutkan dengan 2 ekor kambing yang telah dibuat kandang ditepi rumah. Rupanya pak mertua aku dah pakat dengan Azran untuk bela kambing lebih awal. Hemm...betul tak sabar mereka ni. Cerita lanjut aku terangkan diblog perkambingan aku yang baru.

Pada petang harinya aku dan beberapa orang ahli keluarga melawat ke tapak pertanian yang telah dibersihkan. En Katan kata nak jumpa di sana bagi menyelesaikan kerja merata tanah.
Untuk meratakan tanah tersebut, aku telah mengeluarkan belanja sebanyak RM3500. Banyak betul modal dah habis. Takpa, itu namanya perniagaaan, perlu ada modal. Inilah rupa tanah tu sekarang.

Di sebelah tanah yang akan aku usahakan ada tapak fertigasi berbumbung yang disediakan oleh Jabatan Pertanian, tetapi peserta yang menguruskannya buat kerja dengan sangat perlahan. Dalam 2 minggu aku dapati tak banyak perubahan yang berlaku hanya anak pokok benih yang naik subur dalam tray semaian dan ada benih yang nak keluar putik bunga. Tu mesti dah semai lebih sebulan.
Hari Jumat 8 Februari 2008 aku mula meracun menggunakan powersprayer. Huh..3 kali aku mengangkat tong racun dengan kapasiti 20 liter. Mula meracun pukul 6.30 petang dan habis dalam pukul 7.30 malam. Lepas tu bahu aku cramp semacam. Baru aku ingat, aku tak warm up badan sebelum buat kerja berat. Maklumlah, badan selalu buat kerja dalam aircond. Hari Sabtunya kami pulang ke rumah dalam pukul 3 petang dan tiba di rumah dalam pukul 6.45 petang. Apa yang mengejutkan adalah semua pokok di tapak ujian fertigasi layu. Air baja cukup tapi macam tak bergerak sejak aku tinggalkan. Terpaksa aku siram manual, lepas sejam pokok tu segar semula. Bila aku check, rupanya timer digital dia rosak. Timer tu adalah termasuk dalam pakej Mini Fertigasi Emas edaran Sabak Agro. Alamak, baru berapa bulan aku pakai dah rosak. Belum sampai 4 bulan guna. Belek punya belek rupanya timer tu made in luar negara macam jerman jer. Takda chop sirim. Satu lagi masalah nak kena beli timer baru. Sementara tu aku mintak mak mertua aku yang ada kat rumah tekan suis 3 kali sehari selama 10 minit setiap kali.

Malam tu Azran telefon beritahu ada orang melawat ladang tadi dan minta buat quotation bahan-bahan yang kami gunakan untuk tapak cili dia di Pekan, Pahang. Dia berminat bila tengok sistem yang kami gunakan pemasangan lebih mudah berbanding kaedah yang menggunakan minitube 4mm. Dia kata jiran dia di Pekan ada buat juga tapi banyak kerja nak buat. Yang kami punya lebih ringkas. Bila aku kira-kira, rupanya aku boleh dapatkan dengan kos yang lebih murah daripada apa yang aku bayar. Malah Pakej yang aku sediakan lebih lengkap dengan EC meter dan beberapa peralatan lain. Aku ada supplier yang berkaliber boleh membekalkan bahan yang diperlukan lebih murah. InsyaAllah, brader tu minta kami adjust harga kerana beberapa barang telah dia sediakan sendiri. Takda masalah, bisa diatur semua tu. Pada malam Ahad, 10 Februari 2008, seorang lagi yang pernah berurusan dengan aku dulu, Liyana berminat untuk mengetahui pertanian moden yang aku maksudkan ini. Yelah, kalau ada sedikit modal dan tanah tentu boleh mendatangkan hasil. Yang penting usaha. Dia cadangkan untuk jumpa Selasa pagi tetapi aku tengah bekerja. Tu yang payah sikit. Memandangkan kami masing-masing ada komitmen, waktu pertemuan untuk membincangkan perkara ini akan dijadual semula.

Aku dalam peringkat akhir menyediakan pakej pemasangan sistem fertigasi bermula dari mini pakej sehingga ke pakej komersil. Hadiah istimewa bagi pakej komersil menanti anda. Nantikan kemunculannya.

Seian dulu buat masa ini aku akan update pakej dalam beberapa hari lagi. Wassalam.

Sambungan Aktiviti Januari 08

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tapak ujian fertigasi yang telah beroperasi sejak November lepas terus menampakkan hasilnya. Berikut adalah perkembangan terkini tanaman 4 pokok Rockmelon dan 6 pokok cili merah.

Daripada jauh kelihatan pokok yang hidup segar namun bila dilihat secara dekat, 2 pokok rockmelon menampakkan masalah yang tak dapat dielakkan. Masalah reput pangkal. Racun yang digunakan jenis Dipel gagal mengekang serangan penyakit tersebut. Tak dapat dielakkan kerana racun kulat yang boleh mengekang masalah tersebut telah dihantar ke Chenor. Di peringkat awal, satu pokok rockmelon mengalami pecah batang dan selepas disiram racun Dipel, dapat mengurangkannya dari merebak tetapi tidak kepada penyakit reput pangkal. Aku hanya dapat perhatikan perkembangan pokok rockmelon itu dan menjangkakan ia akan tumbang selamanya tidak lama lagi.Bagi pokok cili merah yang ditanam, telah mula menghasilkan bunga kalau tak silap pada 15 Januari 2008. Ini sebahagian gambar yang sempat aku rakam.

Pada pukul 10.30pagi aku dan isteri telah merancang untuk melawat seorang lagi rakan fertigasi yang mengusahakan penanaman cili merah sebanyak 4000 pokok di Kanchong Darat. Aku bertemu dengan Azizul dan adiknya Khairul dari Marzuq Farming serta dibantu oleh ibunya. Beliau akan masuk musim ke dua penanaman cili merah fertigasi. Semasa lawatan, mereka sedang buat maintenance peralatan fertigasi seperti pembersihan dripper bagi mengelakkan blockage serta top soil yang dibuat menggunakan campuran sabut kelapa dan baja zeolite. Mereka juga merupakan ejen pengedar baja zeolite di daerah Banting. Setakat ini, pasaran cili beliau adalah di kawasan berdekatan. Namun apa yang mengejutkan adalah kos sewaan bagi seeker tanah adalah RM500 sebulan tanpa kemudahan air dan elektrik. Bagi aku, kos tersebut adalah tersangat mahal. Kiranya setahun sewaan tanah adalah RM6000. Sumber air adalah dari hujan dan kolam di tanah gambut yang airnya berwarna coklat kemerahan. Aku rasa air kat situ kena rawat dulu sebab kadar asidnya tinggi. Sepanjang musim pertama ni beliau masih boleh bertahan. Beliau menggunakan pam air 1hp untuk mengepam air baja ke pokok. Kaedah itu sangat sesuai bagi kawasan yang tak mempunyai bekalan elektrik di ladang. Namun, kaedah automasi menggunakan timer tidak dapat dilaksanakan dan ini memerlukan seseorang untuk sentiasa berada di sana bagi mengepam baja. Di samping tanaman cili, beliau juga menanam beberapa pokok tomato sebagaitanaman percubaan. Kelihatan pokok tomato sedang menghasilkan buah yang masih muda lagi. Di bawah adalah keadaan di ladang Marzuq Farming Kanchong Darat.


Pada 25 Januari 2008, aku berjumpa dengan seorang lagi kenalan baru, Fauzi dari Nature Agro Sdn Bhd bagi mendapatkan bekalan EM1 untuk kegunaan ladang aku di Chenor. Kos bagi 5 liter adalah RM125 yang boleh menghasilkan sebanyak 110 liter aktif EM yang kemudiannya akan dipecahkan kepada sukatan kecil bagi setiap jenis penggunaan. Ini juga merupakan percubaan aku untuk menggunakan Aktif EM dengan pokok cili serta kolam ikan patin di kampung. Ni dia rupa EM yang baru aku beli. Harap-harap hasilnya nanti memberangsangkan.


Sampai di sini untuk kali ini. Nanti akan disambung untuk perkembangan semasa. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...