Sponsor Ads

Isnin, 1 September 2008

Sambungan Edisi London - When Duty Calls

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasukan Audit yang diarahkan ke London sepatutnya pulang pada 12 Julai 2008setelah seminggu berada di sana. Namun, atas arahan Ketua Audit Negara, sebahagian dari kami terpaksa meneruskan tugas di beberapa agensi Kerajaan dan pulang pada 15 Julai 2008. sebahagian kami terutama perempuan akan pulang mengikut jadual asal. Jadi kami yang tinggal ini terpaksa menginap di hotel lain kerana tempoh tempahan telah tamat dan ketiadaan bilik kosong di hotel sama. Kami berpindah di Berjaya Eden Hotel milik Berjaya Group rasanya dengan kadar 85 pound sebilik seorang. Pada hujung minggunya kami meronda lagi ke seluruh kota dengan menaiki bas dan berjalan kaki. Tempat popular adalah Oxford Street macam Jalan TARdi Kuala Lumpur. Sedikit gambar yang sempat dirakam di sana.




Gambar ini nak tunjukkan gerai cenderahati yangterletah di tengah lorong antara blok bangunan dan bukan bertujuan untuk fokus pada papan iklan sebelahnya. Jangan salah faham noo...

Ini pula kedai pak arab menjual minyak Gaharu ataupun Oud yang terkenal dikalangan orang arab. Minyak gaharu dihasilkan antaranya dari pokok Aqualiria. Minyak tu mahal beb... kalau rajin cuba cari maklumat mengenai minyak gaharu.

Dalam meronda-ronda disitu, kami dijemput untuk datang ke rumah seorang rakyat Malaysia yang bertugas di situ. Jenuh juga nak sampai kesana. Naik bas Double Decker sejam dari bandar.Keliling kawasan tu juga didiami oleh masyarakat Yahudi. Dia pun ada tanam pokok epal dan strawberi di belakang rumah.

Seperti biasa,meninjau hasil pertanian di sana. Member pula ambil gambar masa tengah kelip mata pulak. Takperlah... mahal tu. Kami ke pekan di situ untuk membeli daging kambing dan kepak ayam untuk apa lagi... panggang ler...bila dah siap...mengiurkan. Kepakayam pula besar-besar, puas hati betul makan kambing dan kepak ayam panggang.



Inilah rakan sekerja kami yang telah berada di sana lebih kurang 3 minggu. Dia ke sana atas tugas berasingan arahan kementerian dia. Rasanya dia punya entertainment macah tuan rumah pulak.
Setelah menjalankan tugas tambahan yang diarahkan, kami pulang ke Malaysia pada 15 Julai 2008 membawa seribu kenangan dan pengalaman. Antara yang tak dapat dilupakan adalahcar boot sale setiap hujung minggu di sana. memang banyak barang menarik terpakai yang boleh diperolehi dengan harga yang murah.

SELAMAT TINGGAL KOTA LONDON.....













3 ulasan:

Don Balon berkata...

Apai..
Ni yang best kojo krajaan ni..
boley jalan2 poie london plak..
pssstt..ader kosong ke? hehe

clue berkata...

dah balik malaysia ya. seronoknya pengalaman :)

Tanpa Nama berkata...

hem,camtu lah cik melor. ada rezeki bertugaskat sana..len kali tak tentu ke sana lagi.. mahai bebenor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...