Sponsor Ads

Isnin, 1 September 2008

Cabai The Series

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekembalinya dari London, dalam perjalanan ke rumah di Putrajaya, pasti aku akan perhatikan perkembangan projek Bumi Hijau di Presint 9. Memang menyeronokkan melihat peserta bersama-sama menjalankan aktiviti di lereng bukit tu. Nampak meriah betul.


Setelah lebih seminggu pokok ditinggalkan, keadaan pokok agak baik. walaupun nampak sedikit kekurangan baja, tapi bekalan air tak putus. Pokok jagung fertigasi pun makin melebatkan daunnya serta terung yang makin membesar.

Di tepi rumah, kelihatan pokok cili api semakin tinggi dan sedang mengeluarkan bunga pertama.


Pada hari Jumaatnya 18 Julai 2008, sempat aku membeli 20 batang anak pokok aqualiria untuk dibawa pulang ke Chenor menjadi tanaman tambahan di kampung. Hasilnya lagi 6-7 tahun lagi. Pokok tu pun dah hampir sama tinggi dengan orang yang membelinya. Pokok tu akan ditransportkan menggunakan Waja. SUmbat jer mana yang boleh masuk.

Hari Sabtu 19 Julai 2008, kami pulang ke kampung untuk menghantar bekalan baja, anak pokok aqualiria dan memantau perkembangan di sana. Inilah serba sedikit gambar pokok cili yang sedang mengeluarkan hasil untuk tatapan bersama. Kelihatan simptom daun yang kekurangan baja.

Ini pula merupakan petak tambahan yang digunakan untuk pokok terung. Petak ini sebagai percubaan untuk mengenal pasti samaada penanaman terung di tapak ini bersesuaian atau tidak. Anak pokok juga baru dipindahkan dalam seminggu lepas rasanya.

Kelihatan peserta di sebelah tapak kami telah memenuhkan tapak dengan tanaman timun. Pokok tersebut naik dengan baik dan kelihatan segar.

Sementara itu, di tapak pertama, kerja-kerja menukar alas tanah silvershine dan distribution clamp telah selesai dan anak pokok cili serta terung juga telah dipindahkan. Sebelum ini tapak ini hanya di alas silvershine untuk polibeg. Disebabkan masalah rumpai yang tak terkawal, kami buat keputusan untuk menutup keseluruhan tapak dengan silvershine. Memang kos bertambah bagi menukar silvershine baru kerana yang lama telah banyak yang rosak. Baru kemas dan cantik. Nak buat kerja pun seronok. Setelah kerja asas selesai, kelihatan anakpokok dapat hidup dengan baik dan subur. Setakat ini jika dibandingkan dengan keadaan anak pokok selepas dipindahkan di tapak Kg Bunian, anak pokok di tapak ini yang kurang tercemar dengan tanaman sayuran lain adalah lebih baik. Ini menunjukkan keadaan sekeliling juga memberikan kesan terhadap perkembangan pokok.




Keesokan paginya kami ke Tapak Kg Bunian, Memandangkanruang di hadapan petak masih ada dan Azran telah menanam kawasan itu dengan pokok tebu. Sekurangnya, tiada pembaziran kawasan.

Pada 26 Julai 2008, kerja-kerja memasang rangka untuk menyokong pokok telah siap menggunakan paip pvc setengah inci yang disambung dengan T Joint dan Elbow. Untuk tujuan komersil memang tak berbaloi tetapi untuk tanaman tepian rumah atau Edible Garden, ianya nampak kemas dan menarik.

Disamping tanaman fertigasi, pokok mulberi juga telah memberikan hasilnya. Buah mulberi yang ranum berwarna merah kehitamandan rasanya manis.
Pada masa yang sama, pokok terung yang ditanam juga telah mengeluarkan putik bunga. Hemm...tak lama lagi merasa juga makan terung sendiri.

Bersambung di lain coretan.

2 ulasan:

Amir Abdullah berkata...

Saya baru sahaja cuba berjinak-jinak dengan bidang pertanian. Masih tercari-cari pembekal peralatan pertanian seperti silvershine, baja dan sebagainya yang berkaitan.

Saya juga tinggal sekitar putrajaya. Sekiranya tuan apai sudi berkongsi, bolehkah beritahu dimana kedai yang membolehkan saya memperolehi peralatan pertanian.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga baru mula tanaman cili di Serdang. Mungkin saudara bole bertukar pengalaman saudara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...