Sponsor Ads

Selasa, 30 Oktober 2007

Gerakan Kukuh Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah sejak 5/09/07 sehingga hari ini, 30/10/07 blog ini telah dilawati sebanyak 868 kali. Terima kasih juga kepada mybob dari jutawantani.wordpress kerana sudi memasukkan link log ini di blog beliau. Dari semakan log,kebanyakan link lawatan adalah dari forum BicaraJutawan, GoogleSearch dan Jutawantani.wordpress.

Maklumat dalam blog ini dikemaskini berdasarkan aktiviti terkini yang saya lakukan meliputi aktiviti perikanan,pertanian dan penternakan. Ini adalah langkah saya untuk mempelbagaikan aktiviti saya dalam bidang pertanian.Ia juga bagi memastikan keuntungan dibahagian lain dapat menampung kerugian di bahagian yang satu lagi. Kalau berlaku masalah, tak lah terduduk sangat.

Ok, berbalik pada aktiviti terkini, pada 28/10/07 saya dan family telah ke Kompleks PKNS di Shah Alam bertujuan untuk mencari serunding, kalau2 ada jual lagi. Setibanya di sana, saya terjumpa lelaki yang telah saya ceritakan pada awal blog ini, yang membuat promosi baja foliar dan baja pemulih tanah. Hemm....apa lagi...memang rezeki dia. Memang sayadah nak mulakan projek cili fertigasi tu dan apa lagi...sabar baja foliar GANDA (RM60) yang digunakan untuk penyediaan benih. Namun satu lagi baja iaitu Multi Grow Super yang pekat (RM70) takda kat situ.. so.. belilah yang dah dicampur dan sedia untuk guna. Gambarnya seperti di bawah.


Kalau ada sesiapa yang dah guna baja ni boleh maklum pada saya keadaan pokok bila menggunakannya.

Esok, 31/10/07, saya akan ke Maran untuk menguruskan hal tanah dan berbincang dengan FAMA berkenaan perancangan cili saya tu.

Disamping tu ingin juga saya maklumkan bahawa saya telah mula menanam minat dengan penternakan kambing. Namun disebabkan penternakan kambing ni sangat baru bagi saya, saya menggunakan kaedah pemilik dan pengembala kambing. Saya telah menemui satu peluang untuk terlibat dengan penternakan kambing iaitu program JubeliBistari oleh Tangga Gemilang Enterprise di Johor. Dengan kos RM550 seekor kambing Jamnapari, Tangga Gemilang akan membelikanseekor kambing yang kebanyakkannya diimport dari Indonesia dan digemukkan selama 2 bulan sebelum dibeli semula oleh Tangga Gemilang dengan harga RM900 seekor. RM150 akan dipotong untuk kos penjagaan dan keuntungan RM200 akan dibayar setiap 2 bulan dan modal asal akan dugunakan semula untuk membeli kambing baru. Ini bermaksud dalam tempoh setahun, pulangan adalah RM1200 bagi modal RM550... fuhh! memang menggoda. Tetapi saya masih ada keraguan mengenai kaedah pelaksanaan sistem ini atau kurang yakin sikit. Bagaimanapun program ini berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun saya hanya berani untuk mencuba dan membeli sebanyak 5 ekor Jamnapari atau RM2750 kerana itu risiko yang boleh saya tanggung sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pada 30/10/07 setelah tugas rasmi selesai di Johor Bahru, saya singgah ke pejabat Tangga Gemilang di Larkin Perdana. Setelah melihat sendiri pejabat tersebut keraguan saya masih tidak berubah dan saya kelaskan pelaburan tersebut sebagai pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi.

Pada masa yang sama, saya telah menyelidiki program epawah di Pahang. Program ini agak berbeza dari program Jubeli Bistari kerana kambing yang dibeli ditag dengan tanda dan pemilik kambing iaitu saya boleh mengesan yang mana satu kambing milik saya. Laporan juga diberikan dari semasa ke semasa dan pemilik kambing boleh melawat kandang kambing pada bila-bila masa. Tambahan pula kandang kambing tu terletak dalam 13km dari tapak projek pertanian saya. Ini membolehkan saya kerap melawat kambing saya tu nanti. Saya telah berhubung dengan En Mohd Aslan dan menempah sebanyak 15 ekor kambing jenis Boer dengan harga RM600 seekor untuk dibiakkan. Keseluruhan pembayaran telah dilakukan pada 30/10/07 dan InsyaAllah, hari Isnin minggu hadapan kambing tersebut akan tiba di kandang. Saya juga akan meningkatkan ilmu perkambingan dari semasa ke semasa. Pelaburan ini dikelaskan sebagai pelaburan berrisiko sederhana. Saya juga sedang meneliti beberapa tawaran pertanian lain yang agak menarik. Namun keputusannya masih bergantung kepada keupayaan modal dan tenaga yang akan mengusahakannya nanti.

InsyaAllah akan saya update lagi selepas pulang dari Maran esok.Wassalam

Ahad, 21 Oktober 2007

Klip Cili dan Serai

Assaalamualaikum dan salam sejahtera.

klip ni saya rakam depan tv masa bulan Ramadhan yg lalu untuk rujukan bersama. Audio visual kurang memuaskan..

Harap ianya membantu,

Klip Cili Fertigasi



Klip Serai

Khamis, 18 Oktober 2007

Lawatan Projek Ikan Keli Kanvas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya kepada muslimin dan muslimat yang menyambut hari yang gembira ini. Seperti yang dirancang, aku bersama keluarga pulang ke kampung isteri di Chenor, Pahang. Disamping beraya di sana aku telah singgah ke Pekan, Pahang pada raya kedua setelah menziarahi kerabat di Kuantan.. fuhh!!! perjalanan dari Chenor ke Kuantan dan seterusnya ke Pekan lalu pulang ke Chenor semula memakan masa yang sangat lama... Keluar dari pukul 12.30 dan pulang pukul 9.30 mlm.
Ok diringkaskan, aku dan familiy serta ipar biras aku bersama2 ke Pekan 4 buah kereta dengan hajat untuk melihat hasil perkongsian ikan keli secara kontrak. Kami tiba di Pekan pada pukul 6 petang dan sejurus turun Ahmad Nasrul menjemput aku dan keluarga semua untuk melawat kolam. DIa sengaja tunggu aku untuk bagi makan ikan... apa lagi bila aku dah mula, rombongan aku terus mengambil peluang untuk memberi makan ikan-ikan. wah...satu pengalaman yang hebat ,.... aku sempat rakam guna Handphone. saksikan klip berikut.
Termasuk yang bersemangat adalah waris aku yang seronok tengok ikan2 yang banyak tu. Menurut Ahmad Nasrul bagi satu modul 15,000ekor tu kadar kematian ikan purata 1000 ekor iaitu lebih rendah dari apa yang dijangkakan. InsyaAllah minggu depannya Berintam akan datang untuk harvest hasil bagi 2 modul atau 20 kolam kanvas. Aku pulang dengan dibekalkan dengan lebik kurang 20 ekor ikan keli dari kolam yang mana aku memiliki saham. Sampai di Chenor Azran, adik ipar aku menyiang ikan dan isteri aku terus menggoreng. Dengan tak kusangka-sangka rasa ikan tu memang sedap. tak rasa macam makan ikan yang biasa aku beli sebagai lauk di kedai2. tidak berbau hanyir dan memang sedap. Ada orang mengatakan kalau bela ikan dalam kanvas, bila dimakan, ikan akan terasa getah TETAPI itu aku sangkal sama sekali. Ikan tersebut memang sedap. Jadi kesimpulannya aku puas hati dengan tahap penternakan ikan yang dilaksanakan.

Pada raya ke tiga aku dan keluarga telah menziarahi sebahagian pemilik tanah yang merupakan keluarga belah isteri aku untuk memaklumkan mengenai projek aku itu dan kebenaran diperolehi tanpa syarat. Aku dah minta pakcik aku yang ada di sana untuk membantu mendapatkan jentolak@ backhoe untuk tujuan meratakan tanah nanti. Selepas seminggu raya nanti aku akan usahakan untuk berurusan dengan pihak berkenaan bagi menjayakan projek pertanian nanti. Aku juga sedang meneliti rancangan untuk melibatkan diri dalam penternakan kambing Jamanapari. aku akan berbincang dengan agen terbabit bagi mendapatkan keterangan lanjut. Lagi 2 minggu aku akan ke Maran untuk berhubung dengan Pejabat Daerah dan Tanah Maran serta Fama Daerah Maran bagi menyelesaikan beberapa isu yang perlukan jawapan.
InsyaAllah aku akan update perkembangan projek aku nanti. Wassalam.

Khamis, 4 Oktober 2007

Semaian Serai Hari Ke 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Rabu lepas sempat aku tengok2 semaian serai aku sebelum pergi kerja. Maklumlah, siang sampai ke malam takda kat rumah.. pagi tu je yang sempat pusing2 kejap. sempat juga aku snap gambar serai tu... nun tengok anak serai baru dah naik...


Rasa2 InsyaAllah okey kot... semuanya aku tanam 8 rumpun...tapi ada pulak satu rumpun tu hilang sebatang.... siapalah punya kerja malaun lahabau mengebas serai aku tu...dah tak jadi Mercedez yang satu rumpun tu...mungkin adalah orang gaji jiran masa jalan2 kat kawasan tu nampak dan kebas buat masak. Jiran2 aku majoriti kerja...Hemmm.... sabar jelah..
Okey...sambung lain kali......

Isnin, 1 Oktober 2007

Projek Serai


1 Oktober 2007
Semalam aku dah mulakan ujikaji pertama menanam serai sebagaitanaman sampingan nanti. 22 hb Septemberyang lalu aku dah belasah habis serai lama yang bibik aku tanam dulu. Dah setahun lebih ditanam dan tinggal sikit pun. Dapatlah dalam 20-30 batang. Dah aku rendam dalam bekas berair..semailah katakan.ni ha sikit gambarnya..langkah awal.


Lepas seminggu....akar serai tu dah panjang dan masa untuk menanam. 30 Oktober aku mula menanam dah aku mulakan petang tu dalam pukul 6.30 petang... nak elakkan benih serai tu terkejut oleh tanah yang panas tu. La ni gambarnya.

Aku terpaksa tanam rapat-rapat kerana ruang yang tak mencukupi. Guna teknik Mercedez dan lepas tu aku tutup tanah tu dengan tanah bakar dan siram.. harap2 menjadilah pokok ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...