Sponsor Ads

Ahad, 21 September 2008

Cabai The Series -Episod Ahli Baru & Balik Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita aku perkenalkan ahli baru dalam keluarga kami yang baru diperolehi sejurus aku kembali dari Kelantan. Turun dari Airport, sampai di rumah, ambil sarina dari pejabat dan terus ke G-mart Kajang untuk ambil Mr T. Kenderaan 4WD Mitsubishi Triton 2.5l Auto. Sepanjang sejarah pembelian kereta, dari Satria, Waja dan kini Triton, urusan pembelian yang paling aku puas hati adalah di G-mart Kajang. Salesman dia Razif memang helpful. Dalam tempoh sebulan, kenderaan aku siap. Bukan saja siap awal, Razif juga membantu untuk membawa Triton untuk dipasangkan plastik tinted di Seri Kembangan, tukar leather seat dan hanta ke Gombak untuk memasang canvas belakang. Sentiasa memberikan senyuman. Aku rekomen sesape nak beli kenderaan di G-mart Kajang untuk berurusan dengan dia di 019-6668303. Servis 5 bintang. Kenderaan ini diperlukan untuk mengangkut barang-barang kebun seperti baja, perkakasan dan barang-barang yang berat. Sebelum ini aku membawa baja seberat 200-300kg menggunakan Waja. Kesian Waja yang kini semput. InsyaAllah, hujung tahun nanti aku mekapkan Waja bagi lawa semula.

Seperti biasa aku updatekan perkembangan tanaman di Edible Garden. Pokok kacang buncis dan mula mengeluarkan hasilnya manakala pokok bendi yang ditanam pun dah mula mengeluarkan putik bunga juga. Kini tanaman yang sedang mengeluarkan hasil adalah terung, kacang buncis, bendi dan cili. Gambar diambil pada 4 September 2008.



Masih ingat lagi lawatan tapak di rumah Kak Khadijah, Pemasangan telah selesai dan ini susun atur yang dibuat. Anak benih cili kulai F1568 telah dipindahkan ke polibeg dan bermulalah alkisah Kak Khadijah dengan kelas belajar tanam cili. Gambar ini diambil pada 8 September 2009. InsyaAllah kalau lalu di kawasan tu akan aku singgah untuk tengok perkembangan.


Inilah hasil kacang buncis yang diambil pada 9 September 2008. Selepas hampir seminggu, banyak kacang buncis tergantung-gantung memanggil tuannya untuk dipetik. Muhammad Sufi, anakku yang kecil sekali ni pun nak juga bergambar dengan pokok kacang. Mungkin dia ingat cerita Jack and the beanstalk kot.



Pada 13 September 2008, setelah lebih sebulan tidak balik ke kampung melihat perkembangan projek di Chenor, kami sekeluarga pulang bersama ahli baru. Oh ya, aku tak sempat mengambil gambar bila kereta baru dipenuhkan dengan 1 biji motorsikal 2nd hand utk kegunaan di kampung, baja, barang-barang pertanian. Kiranya belakang tu memang penuh dan takda ruang utk ditumpang lagi.

Setibanya di Chenor, aku terus melawat keadaan pokok di tapak 1. Tapak 1 telah ditanam lebih kurang 500 pokok cili api, 200 pokok terung dan 500 pokok cili besar. Sebahagian yang lain dalam proses transmisi untuk menutup seluruh kawasan polibeg dengan silvershine. Ini adalah sebahagian gambar yang diambil pada petang itu.







Untuk makluman, terung yang ditanam di Putrajaya adalah benih yang sama disemai di Chenor. Cuma pindah ke polibeg tu lewat 1-2 minggu sikit. Masalah tapak belum selesai. Namun aku agak terkejut dengan perkembangan terung yang ditanam di sana. Pokok terung lebih sihat di Chenor dan buahnya lebih cantik serta besar2. Memang geram melihat hasil terung tu. Jadi sudi-sudi tengok pokok terung dan buahnya yang banyak. Hairuddin, Abang kepada Azran yang bertanggungjawab menjaga kawasan ini kata setiap 2-3 hari buah terung tu sedia untuk dipetik. Hasil dia tak putus-putus.






Dalam banyak2 terung, ini yang menarik perhatian bila ada terung kembar.


Bagi aku, inilah pertama kali aku melihat pokok terung yang lebat berbuah. Mungkin ada diluar sana yang telah menanam terung yang buahnya lebih lebat dari ini, Wallahualam.


Longgokan terung ini yang telah dipetik semalamnya.


Tugas bos biasanya mengutip hasil. Pada pagi 14 September 2008, Sarina memulakan tugas memetik terung yang matang untuk dijual. Aku pula memangkas daun pokok yang banyak di pangkal. Biarkan buah yang dapat baja dan bukan daun yang kenyang.


Inilah Hairuddin yang membantu Azran menjaga projek di Chenor. Tapak 1 adalah dibawah tanggungjawab Hairuddin, namun Azran bertanggunjawab penuh terhadap keseluruhan projek di Chenor, tapak 1 dan 2. Masih kosong lagi kalau ada yang berhajat.. he!he! promo bujang orang pulak.


Inilah rupa kawasan pokok terung yang telah dibersihkan daun pangkalnya.


Berdasarkan timbangan, sebiji terung adalah seberat 180gm dan untuk sekilo sebih kurang 5 biji. Penjualan hasil kebun adalah tanggungjawab Azran. Beliau memang suka menjual di Pekan Sehari di pelbagai kawasan berhampiran. Hasil kutipan terung lebih kurang 20 kilo dan baki cili besar yang dihujung musim tu dijual di Pekan Sehari Temerloh esok harinya. Dalam masa 3 jam mereka pulang dan hasil habis dijual. Azran zuka menjual secara longgok. Selonggok lebih kurang 2 biji (satu kecil dan satu besar) untuk seringgit. Yang penting hasil habis terjual. Aku pun tak berkira sangat sebab terung ni merupakan percubaan menanam di sana. Tak sangka pula hasilnya baik. Lepas ni akan ditambah ke 500 pokok terung dan 2500 pokok cili besar. Cili api....bungkus...



Hari sabtu petang tu sebelum kami singgah ke Tapak 2 Kg Bunian, kami ke bazaar ramadhan di Pekan Chenor. Inilah kemeriahan berpuasa di kampung. Agak meriah juga.



Azran dalam diam-diam mempunyai pacarannya di sana. Anak makcik yang menjual popiah goreng tu menjadi pilihan hati dia. Bapaknya anggota polis di situ dan mereka mengambil kesempatan bulan Ramadhan untuk berniaga. Nampaknya keraplah Azran membeli kuih disitu. Hemm...comel juga pilihan dia tu. biarkanlah..budak remaja... asalkan tak buat benda2 tak senonoh sudah.


Selepas bershopping sikit, kami bergegas ke Kg Bunian, melihat perkembangan di sana. tanaman sampingan di sana naik dengan subur berbajakan tahi ayam kompos.


Azran pula sudah semakin matang dalam berurusan dengan agensi kerajaan berkaitan. Disebabkan hubunga yang rapat antara pekebun dan FAMA serta Jabatan Pertanian maran, beliau mendapat sumbangan khemah. Hemm.. boleh buat rehat2. Kalau dulu pokok nangka yang menjadi peneduhnya. Menurut Azran, 3 orang peserta di kawasan itu menerima sumbangan khemah itu. Alhamdulillah, rezzeki.


Ini pula gambaran pokok yang dihujung musim. Buah yang tinggal pun kurang berkualiti. Serangan penyakit dari kawasan berhampiran puh tidak tertampung lagi. Jadi kami mengambil keputusan untuk memushankan semua pokok cili dan akan digantikan dengan pohok bendi selepas raya nanti.



Berbanding dengan pokok terung di tapak 1, terung di sini kurang sihat dan banyak serangan serangga. Jadi penanaman terung disini pun tidak akan diteruskan.



Dikawasan bukit di belakang telah ditanam sebanyak 600 batang anak pokok pisang berangan. Dalam tempoh 8 bulan nanti, pisang berangan akan menjadi sebahagian dari hasil jualan Agro Fast Forward. Kawasan itu juga diselangkan dengan tanaman tebu.


Ini sebahagian anak pokok pisang yang masih belum dipindahkan. Azran sedang meneliti kawasan yang sesuai untuk ditanam bakinya.





Masih ingat lagi coretan mengenai projek fertigasi berbumbung di belakan tapak kami? Setelah berbulan lama mengusahakan pemasangan bumbung bersendirian dan modal yang banyak, kuasa Allah tak dapat ditolak. Angin ribut yang kuat merosakkan rangka yang telah dibina dan hampir siap. Akhirnya, banyak besi yang bengkok dan perlu diluruskan semula untuk pemasangan semula. Dahlah modal banyak keluar, nak luruskan besi tu modal lagi. Nak pasang semula pun satu lagi kerja dan masa untuk penanaman terganggu. Mungkin itu dugaan untuk dia. Tawakkal dengan takdir.




Semasa peringkat pemasangan akhir bumbung itu, Pakcik tu telah memulakan tanaman kalau tak silap Cili Kulai King. Tapi selepas ribut tu, macam patah semangat pulak pakcik tu. Banyak kena recover.


Sementara itu, Peserta di hadapan kami pula mula menanam timun menggunakan teknik terbaru. media gantung dengan titisan. Aku tak pasti adakah kaedah ini lebih efektif berbanding tanam di bawah. Satu masalah mungkin polibeg kurang tahan lama. Kita tunggu dan lihat hasilnya.




Kami juga singgah di bahagian belakan tapak pertanian. Azran memaklumkan kini 2 lagi peserta sedia ada mula menanam cili besar di situ tapi menggunakan kaedah konvensional. Takpa, kami bertukar kepada tanaman lain bukan sebab taknak bersaing, tapi kami rasakan kawasan di situ terlalu banyak dugaan untuk menanam pokok cili besar.


Mereka-mereka ini pula mengambil kesemparan untuk duduk di belakang sambil melihat2 kawasan sekeliling. Yang tengah2 dua orang kenit tu waris yang sedang dalam proses membiasakan dengan kebun.


Dah lama aku tak update mengenai ikan patin yang dibela di kolam simen. Sehingga kini ikan telah berumur hampir 9 bulan tapi pembesarannya tidak banyak berbeza. Macam banyak yang remaja dari yang besarnya. Kurang pasti samaada masalah makanan ataupun memang spesis ikan tu lambat besar. Video ni dirakam bila aku nak cuci kolam dan disamping tu mencekau mana yang agak besar untuk digulai..


Setakat ini dulu. Penat jari menaip. Sambung pula dilain episod.

3 ulasan:

Don Balon berkata...

Pai..
waaa..sudah tangkap triton ekkk..
koi ingat nak tangkap Hilux tapi belum jalan2 lagi..

terung pun canteekk..
koi cuti 10 hari raya ni..
biler aok ada di chenor?
koi nok bawok rombongan ni melawat..

Tanpa Nama berkata...

Tak sedar ada post baru

Syiok tengok terung2 tu

Banyak tul

drflies berkata...

Tahniah kepada saudara kerana berjaya mempelbagaikan tanaman sayur-sayuran..saya berpendapat saudara patut meneruskan usaha menanam di kawasan yang saudra katakan terdapat banyak serannga..keadaan ini menunjukkan betapa subur atau bebasnya ia daripada pencemaran baja atau racun perosak kimia..selain itu saudara juga perlu tahu dari segi konsep Economic injury Level (EIL), satu konsep yang menentukan untung rugi dalam perniagaan pertanian. sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...