Sponsor Ads

Sabtu, 13 September 2008

Cabai The Series - Episod Lawatan dan MAHA 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Permulaan bulan yang sememangnya dinanti. Bulan Ogos ini berlangsungnya MAHA 2008 yang diadakan di MAEPS, Serdang. Namun sebelum terus ke sana, aku menerima pelawaan Kak Khadijah untuk ke rumahnya bagi menilai kesesuaian tapak untuk dibina satu sistem fertigasi untuk percubaan beliau sebelum menjalankan skala yang lebih besar. Kak Khadijah sedang dalam proses cuti untuk berpencen. jadi masa luangnya nanti akan diisi dengan aktiviti pertanian kelak. Berdasarkan penilaian keluasan kawasan, ianya boleh memuatkan dalam 60 polibeg. rumah Kak Khadijah adalah rumah lot hujung yang menpunyai untuk sedikit aktiviti pertanian. Jadi beliau bersetuju untuk aku memasang set sistem 60 polibeg untuk percubaan beliau. Pemasangan dalam masa 2 minggu lagi setelah benih disediakan.


Oke, berkisar tentang MAHA 2008. Dengan keluasan yang besar, jalan kaki memang melenguhkan. MAHA2008 dirasmikan pada 12 Ogos 2008. Tapi sememangnya aku tak mahu bersesak di situ kerana banyak benda yang ingin dicari. Jadi aku meluangkan masa untuk ke sana pada 11 Ogos 2008 pra perasmian MAHA2008. Masa yang sempat diluangkan di sana hanyalah 2 jam, itu pun hanya sempat melawat di Dewan Pameran Utama. Belum lagi sempat ke ladang dan kawasan pameran di luar.



Antara bahan pameran yang menarik perhatian adalah teknik-teknik tanaman yang digunakan oleh organisasi yang sudah established di bidang pertanian. Ini antara hasil yang baby tomato melon, dan bendi menggunakan teknologi Autopot. Namun kos autopot tu saja dah mahal. Tengok boleh ler.






Gambar di bawah ini agak menarik dimana mereka menanam secara bertingkat. Bawahnya pokok menjalar dan di atasnya pokok cili. Namun banyak menggunakan batang-batang besi sebagai sokongan. Kalau guna kayu pun akan reput sebab media yang lembab.


Sepanjang tempoh 2 jam di sana, aku banyak membeli buku-buku keluaran MARDI dan Jabatan Pertanian yang benilai hampir Rm100 demi untuk menambahkan ilmu pengetahuan di bidang pertanian. Ilmu pelbagai jenis tanaman sayuran, fertigasi, penanaman pisang, natural farming dan banyak lagi. Setelah itu aku juga sempat membeli satu produk baja foliar yang mempunyai elemen menghalau serangga dengan kos RM200/4liter. Nama syarikat dia tak ingat tapi kalau sesiapa yang biasa lalu MRR2 menghala ke gombak, kuantan akan perasan satu syarikat baja di belah kiri betul2 ditepi jalan. Saja beli nak tengok kesannya pada tanaman. Bagus kalu boleh diteruskan.

Aktiviti biasa waktu bercuti hujung minggu di awal pagi adalah membelek tanaman di Edible Garden. Kelihatan pokok kacang buncis yang ditanam telah mula menjalar. Manakala terung pula telah mula mengeluarkan putik-putik bunga. Sebelum ini daun pokok terung yang di pangkal adalah lebar dan nampak subur tetapi siapa nak makan daun terung kan?. jadi dicantaslah daun terung itu bagi mengurangkan pengambilan baja oleh daun dan baja dialirkan lebih ke buah. Kaedah ini aku buat sendiri berdasarkan teori sendiri juga. Tak pasti mereka yang telah lama menanam terung pun buat macam ni.






Dengan pemasangan rangka pvc bagi menyokong pokok nanti dilihatkan lebih kemas. Tali rafia nanti akan diikat di pokok dan digantung di batang pvc atasnya. Kelihatan juga pokok jagun yang ditanam juga telah mengeluarkan hasilnya.



Aku sering bercerita tentang program bumi hijau yang diusahakan oleh penghuni blok di Presint 9, Putrajaya. Tapi pada 16 Ogos 2008 aku, Sarina dan anak-anak mengambil keputusan untuk melawat kawasan tersebut. Hemm, boss AFFE sedang mempromosikan tanaman di sana. Gambaran kawasan secara dekat. Menurut makluman peserta di sana, mereka tidak dibekalkan racun serangga bagi mengawal penyakit. Padan pun bila melawat pokok cili kebanyakannya kena kerinting. Mungkin mereka nak hasilkan sayuran orgnik tapi perlu juga menggunakan racun organi seperti Green Patrol ke atau buat sendiri dari campuran serai, bawang putih, cili api dan pelbagai bahan lagi. Nak buat macam mana lagi, itu semua peserta kena ambil tahu kalau nak buat betul2. Takpelah, ini diluar bidang kuasa.









Coretan akan disambung ke episod seterusnya.
























Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...