Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Projek Kursus Online berjalan dengan baik.. Kini Modul 1 dan 2 sudah selesai dan dalam pembikinan Modul 3-5. Saya terpaksa melakukan rakaman video sendiri termasuk proses editingnya. Agak pelik juga rasanya kerana saya bercakap sendirian berbanding sewaktu kursus sebenar. Kadang-kadang bila bercakap seorang ni susah nak berhenti sebab banyak nak cerita. Cuma takda direct soalan dari participant . InsyaAllah, saya akan sediakan Frequently Asked Questioned nanti.
Sehingga kini, saya telah menerima emel dan panggilan dari ramai yang sedang menunggu hasil Kursus Online ini. Ada yang nak hadir kursus dari Sabah dan Sarawak tapi saya nasihatkan agar tunggu bulan Januari nanti utk dapatkan CD Kursus. Ini dapat jimatkan kos penerbangan dan penginapan di sini. InsyaAllah, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Harap dapat bersabar, ya.
Nantikan kemunculan pada bulan Januari 2011.
Impak maksima yang bakal menguji keupayaan diri dalam Pertanian Moden dan Keusahawanan.
Rabu, 8 Disember 2010
Isnin, 22 November 2010
Kenapa Lama Menyepi?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Persoalan blog lama tak update, lama tak menulis memang selalu diterima. Namun diam adalah berisi. Aktiviti fertigasi telah diserahkan sepenuhnya kepada Pengurus Ladang untuk menjalankan dengan kawalan 100%. Kenapa? Azran dah boleh berdikari dan buat keputusan sendiri. Bila lagi nak independent kan.
Namu ruang masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja. Aktiviti fertigasi di Dengkil masih berjalan dan diuruskan oleh partner lain.
Apa progress saya sekarang?
PROJEK ANGGUR MINI
1. Isabella
2. I.A.C.
3. White Malaga
4. Al-Phonse Lavelle
5. Lavender
6. Crimson
InsyaAllah kalau ada jenis lain akan cuba ditanam.
PROJEK KIWI
Ini adalah program baru yang sedang dalam peringkat ujian. Saya pun dah berbincang dengan partner di utara untuk mengkaji mengenai kiwi. Semaklum saya kini ada seorang veteran yang telah memulakan kajian kiwi di Kapar. Klang. Kini tiba masanya untuk orang muda mengambil langkah awal bagi memperkenalkan tanaman kiwi ini.
Tanaman kiwi ini agak kompleks kerana ianya masih baru di Malaysia. Namun tiada yang mustahil jika mampu berusaha.
PROJEK IKAN KELAH
Persoalan blog lama tak update, lama tak menulis memang selalu diterima. Namun diam adalah berisi. Aktiviti fertigasi telah diserahkan sepenuhnya kepada Pengurus Ladang untuk menjalankan dengan kawalan 100%. Kenapa? Azran dah boleh berdikari dan buat keputusan sendiri. Bila lagi nak independent kan.
Namu ruang masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja. Aktiviti fertigasi di Dengkil masih berjalan dan diuruskan oleh partner lain.
Apa progress saya sekarang?
PROJEK ANGGUR MINI
Dalam tempoh beberapa bulan ini saya telah menggantikan tapak ujian fertigasi di Putrajaya kepada tanaman anggur. Bermulalah episod tanaman anggur di Putrajaya. Sistem pengairan masih digunakan dan hanya bertukan jenis tanaman. Kaedah ini memudahkan saya untuk menyiram air ke pokok anggur.
Tapak ujian fertigasi yang ditebus guna
Salah satu pokok yang baru dipindahkan ke pasu
Bunga sulung anggur jenis Isabella (merah) dengan pokok berusia 7-8 bulan
Pagola yang dibina sendiri menggunakan kayu keras terpakai
Kini saya telah menanam sebanyak 17 batang pokok anggur semuanya di dalam pasu besar yang terdiri dari 6 jenis seperti berikut:
1. Isabella
2. I.A.C.
3. White Malaga
4. Al-Phonse Lavelle
5. Lavender
6. Crimson
InsyaAllah kalau ada jenis lain akan cuba ditanam.
PROJEK KIWI
Ini adalah program baru yang sedang dalam peringkat ujian. Saya pun dah berbincang dengan partner di utara untuk mengkaji mengenai kiwi. Semaklum saya kini ada seorang veteran yang telah memulakan kajian kiwi di Kapar. Klang. Kini tiba masanya untuk orang muda mengambil langkah awal bagi memperkenalkan tanaman kiwi ini.
Tanaman kiwi ini agak kompleks kerana ianya masih baru di Malaysia. Namun tiada yang mustahil jika mampu berusaha.
Anak benih kiwi emas (Golden Kiwi) telah dipindahkan ke polibeg
Anak benih Kiwi Emas sedang membesar
Perkembangan Kiwi Emas dengan 4 daun
Lihatlah kesuburan anak pokok Kiwi Emas
Benih pertama yang disemai adalah jenis Kiwi Emas lebih kurang 35 pokok yang menjadi dan manakala Kiwi Hijau baru dipindahkan ke polibeg.
Perkembangan seterusnya saya letakkan di blog khas untuk rujukan peribadi kerana ini masih lagi diperingkat kajian. InsyaAllah sekiranya semuanya berjalan lancar, Projek Kiwi Malaysia akan dimulakan dalam 2-3 tahun lagi di Lembah Kelang hasil dari pembakaan sendiri.
Asalnya saya berhajat untuk mengkomersilkan penternakan ikan kelah dengan permulaan anak kelah merah sebanyak 130 ekor. Namun setelah difikirkan kos dan jangkamasa serta penyakit, baki ikan kelah sekarang selepas tolak yang mati lebih kurang 50 ekor adalah hanya untuk peliharaan peribadi (makan sendiri).
Saya telah berjaya mendapatkan 2 ekor Kelah Biru baka Rompin, Pahang dengan harga RM400 seekor bersaiz 6-8 inci. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan baka, saya terpaksa mengeluarkan modal untuk memelihara Ikan Kelah Biru yang diletakkan khas di dalam aquarium bersaiz 5 x2 kaki.
Akuarium 2nd hand yang baru dibeli
Proses mencantikkan akuarium bermula
Lapisan pertama cat kayu bervarnis
Lapisan cat kali ke2 yang menghasilkan warna lebih gelap
Proses akhir pengeringan untuk lapisan cat ke 2 yang lebih gelap dan nampak elegan
Akuarium yang sudah diperbaiki dan dipindahkan ke dalam rumah
Penghuni baru akuarium 2 ekor kelah biru dan seekor arowana silver
Agak sukar nak tangkap gambar jelas kerana pergerakan yang laju
Snap di waktu malam dan warna sirip bawah berwarna biru telah kelihatan
Sebahagian ikan kelah merah yang dipelihara dalam tangki poly biru
Keseluruhannya, Projek Ikan Kelah terpaksa di jadikan sebagai hobi manakala Projek Anggur dan Kiwi akan dikomersilkan lagi 2-3 tahun InsyaAllah.
Jumaat, 12 November 2010
MAHA 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lebih kurang 2 minggu lagi akan berlangsung pameran tahunan yang kini akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 26 November - 5 Disember 2010. Sejak melibatkan diri dalan pertanian, saya berusaha untuk ke pameran yang berlangsung di Serdang yang hanya diadakan 2 tahun sekali. Dan semestinya program di Serdang adalah yang terbesar berbanding di negeri. Jadi bagi anda yang berkesempatan, jangan lepaskan peluang ini.
Jumaat, 29 Oktober 2010
KURSUS FERTIGASI CILI SECARA ONLINE
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Saya kerap menerima panggilan dari merata negeri malah dari Sabah dan Sarawak juga untuk menghadiri kursus fertigasi cili merah yang dianjurkan. Buat masa ini, saya hanya mengadakan kursus berdasarkan permintaan secara berkumpulan atas kesuntukan masa untuk mengadakan kursus lebih kerap.
Namun untuk tidak menghampakan banyak permintaan, saya bercadang untuk mengadakan kursus secara online melalui rakaman video, keterangan bertulis, nota serta maklumat digital yang boleh didownload pada bila-bila masa. Yuran akses kepada semua kemudahan kursus akan dikenakan kepada mereka yang berminat. Beberapa modul kursus akan disediakan meliputi peringkat asas pengenalan, penyediaan baja, benih, pemasangan sistem fertigasi, penjagaan, pemasaran dan penyediaan rancangan perniagaan.
Saya menjangkakan semua infrastruktur akan sedia dan mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Yuran akses Kursus Fertigasi Cili Secara Online masih belum ditetapkan. Yuran akses dijangka lebih murah berbanding yuran kursus sebelum ini iaitu RM200 seorang. Sehubungan itu, anda berpeluang untuk mencadangkan yuran kursus yang bersesuaian.
Sehubungan itu, sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk menambahbaik program tersebut, sila emel ke agrofastforward@yahoo.com.my atau berikan komen di bawah.
Ahad, 3 Januari 2010
KURSUS FERTIGASI 01-2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Adalah dimaklumkan Kursus Fertigasi Bulan Januari 2010 akan diadakan pada tarikh berikut:
Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kejiranan Presint 9 (pagi) & No 12Jln P11 K/8 Presint 11 (petang)
Waktu : 9.00 pagi - 5.30 petang
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di htp://affekursus.blogspot.com
Sekian, terima kasih,
Adalah dimaklumkan Kursus Fertigasi Bulan Januari 2010 akan diadakan pada tarikh berikut:
Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kejiranan Presint 9 (pagi) & No 12Jln P11 K/8 Presint 11 (petang)
Waktu : 9.00 pagi - 5.30 petang
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di htp://affekursus.blogspot.com
Sekian, terima kasih,
Langgan:
Catatan (Atom)