Persoalan blog lama tak update, lama tak menulis memang selalu diterima. Namun diam adalah berisi. Aktiviti fertigasi telah diserahkan sepenuhnya kepada Pengurus Ladang untuk menjalankan dengan kawalan 100%. Kenapa? Azran dah boleh berdikari dan buat keputusan sendiri. Bila lagi nak independent kan.
Namu ruang masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja. Aktiviti fertigasi di Dengkil masih berjalan dan diuruskan oleh partner lain.
Apa progress saya sekarang?
PROJEK ANGGUR MINI
Dalam tempoh beberapa bulan ini saya telah menggantikan tapak ujian fertigasi di Putrajaya kepada tanaman anggur. Bermulalah episod tanaman anggur di Putrajaya. Sistem pengairan masih digunakan dan hanya bertukan jenis tanaman. Kaedah ini memudahkan saya untuk menyiram air ke pokok anggur.
Tapak ujian fertigasi yang ditebus guna
Salah satu pokok yang baru dipindahkan ke pasu
Bunga sulung anggur jenis Isabella (merah) dengan pokok berusia 7-8 bulan
Pagola yang dibina sendiri menggunakan kayu keras terpakai
Kini saya telah menanam sebanyak 17 batang pokok anggur semuanya di dalam pasu besar yang terdiri dari 6 jenis seperti berikut:
1. Isabella
2. I.A.C.
3. White Malaga
4. Al-Phonse Lavelle
5. Lavender
6. Crimson
InsyaAllah kalau ada jenis lain akan cuba ditanam.
PROJEK KIWI
Ini adalah program baru yang sedang dalam peringkat ujian. Saya pun dah berbincang dengan partner di utara untuk mengkaji mengenai kiwi. Semaklum saya kini ada seorang veteran yang telah memulakan kajian kiwi di Kapar. Klang. Kini tiba masanya untuk orang muda mengambil langkah awal bagi memperkenalkan tanaman kiwi ini.
Tanaman kiwi ini agak kompleks kerana ianya masih baru di Malaysia. Namun tiada yang mustahil jika mampu berusaha.
Anak benih kiwi emas (Golden Kiwi) telah dipindahkan ke polibeg
Anak benih Kiwi Emas sedang membesar
Perkembangan Kiwi Emas dengan 4 daun
Lihatlah kesuburan anak pokok Kiwi Emas
Benih pertama yang disemai adalah jenis Kiwi Emas lebih kurang 35 pokok yang menjadi dan manakala Kiwi Hijau baru dipindahkan ke polibeg.
Perkembangan seterusnya saya letakkan di blog khas untuk rujukan peribadi kerana ini masih lagi diperingkat kajian. InsyaAllah sekiranya semuanya berjalan lancar, Projek Kiwi Malaysia akan dimulakan dalam 2-3 tahun lagi di Lembah Kelang hasil dari pembakaan sendiri.
Asalnya saya berhajat untuk mengkomersilkan penternakan ikan kelah dengan permulaan anak kelah merah sebanyak 130 ekor. Namun setelah difikirkan kos dan jangkamasa serta penyakit, baki ikan kelah sekarang selepas tolak yang mati lebih kurang 50 ekor adalah hanya untuk peliharaan peribadi (makan sendiri).
Saya telah berjaya mendapatkan 2 ekor Kelah Biru baka Rompin, Pahang dengan harga RM400 seekor bersaiz 6-8 inci. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan baka, saya terpaksa mengeluarkan modal untuk memelihara Ikan Kelah Biru yang diletakkan khas di dalam aquarium bersaiz 5 x2 kaki.
Akuarium 2nd hand yang baru dibeli
Proses mencantikkan akuarium bermula
Lapisan pertama cat kayu bervarnis
Lapisan cat kali ke2 yang menghasilkan warna lebih gelap
Proses akhir pengeringan untuk lapisan cat ke 2 yang lebih gelap dan nampak elegan
Akuarium yang sudah diperbaiki dan dipindahkan ke dalam rumah
Penghuni baru akuarium 2 ekor kelah biru dan seekor arowana silver
Agak sukar nak tangkap gambar jelas kerana pergerakan yang laju
Snap di waktu malam dan warna sirip bawah berwarna biru telah kelihatan
Sebahagian ikan kelah merah yang dipelihara dalam tangki poly biru
Keseluruhannya, Projek Ikan Kelah terpaksa di jadikan sebagai hobi manakala Projek Anggur dan Kiwi akan dikomersilkan lagi 2-3 tahun InsyaAllah.