Sponsor Ads

Selasa, 12 April 2011

Terkini - Tentang Kiwi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ingat lagi posting saya pada bulan February 2011 lepas? Anak pokok kiwi tersebut dipindahkan ke pasu pada bulan Disember 2010 setelah beberapa bulan semaian di polibeg. Semaian benih Golden Kiwi dilakukan pada bulan September 2010.

Ini adalah perkembangan terkini setakat bulan Mac 2011 pada usia pokok 7 bulan. Berdasarkan jenis hybrid ini, adalah dijangkakan pokok akan mula berbunga apabila mencecah usia 18 bulan atau setahun setengah. Jadi, ada lagi 11 bulan untuk pokok ini boleh dikenalpasti jantan atau betina bagi tujuan baka khusus. Bulan February 2012 merupakan waktu bersejarah percubaan menghasilkan kiwi Malaysia.

Ini adalah pokok kiwi berusia 7 bulan dengan ketinggian 7 kaki

Pokok kiwi mudah mengeluarkan cabang di celah daun dan di pangkal batang. Sekiranya dibiarkan terlalu banyak, cabang akan mengambil alih tumbesaran dari batang utama. Ini akan mengakibatkan batang utama lambat membesar berbanding cabang da pokok kelihatan kurang cantik.

Pokok kiwi adaalah dari jenis yang menjalar di peringkat awal pembesaran. Namun setelah ianya matang, batang akan bertukar keras seperti pokok anggur. Sebaiknya, setiap cabang dipisahkan dari melilit batang lain  bagi mengelakkan jerutan dan boleh menghalang pembesaran pokok nanti.

Bagi pokok kiwi yang subur, daun akan kelihatan lebar dan sekata terus menjalar ke atas. Sebaiknya gunakan tali yang diikat bagi membantu pokok menjalar ke atas.

Pokok kini berkongsi pergola dengan anggur. Bayangkan bila pokok kiwi matang dan mengeluarkan hasil bersama pokok anggur, alangkah cantiknya permandangan nanti.

Ini adalah gambaran sebahagian pokok kiwi yang berkongsi kasih dengan pokok anggur.

Kini pokok kiwi sudah mencpai paras atas pergola dan ianya akan diajar untuk menjalar seperti pokok anggur.

Setakat ini dulu perkembangan pokok kiwi di Putrajaya. 

Makluman
Saya juga banyak menerima panggilan dan permintaan untuk mendapatkan benih pokok kiwi. Namun saya menjelaskan bahawa saya masih belum dapat menentukan jantina pokok bagi menghasilkan buah. Namun ramai yang masih menaruh harapan untuk mendapatkannya juga. 

Oleh itu, untuk tidak menghampakan permintaan ramai, saya akan mula menyemai kiwi. Namun ianya berdasarkan pada tempahan dan kesediaan stok kerana proses semaian memakan masa 1-3 bulan. Harga akan ditentukan kemudian namun ianya berdasarkan pada saiz anak pokok nanti. Maaf, untuk mendapatkan anak benih nanti, pelanggan perlu memilih dan mengambilnya sendiri dari saya untuk mengurangkan kerosakan anak pokok dalam transit. 

Anda yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghantar emel ke agrofastforward@yahoo.com.my dan saya akan maklumkan bila ianya sedia untuk dijual.

Apa yang terkini?
Untuk makluman, saya sedang menyemai benih pokok delima baka USA yang berwarna merah darah. Buah asalnya rasanya sangat sedap dan semestinya hebat jika dijadikan jus segar. Akan saya maklum kemudian perkembangannya

Sehingga bertemu lagi.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...