Sponsor Ads

Isnin, 21 April 2008

Tugas Kritikal di Tapak baru ke 2

Assalamulaikum dan salam sejahtera.




Aku mulakan catatan dengan alat terbaru yang dibeli pada Sabtu, 12 April 2004. Enjin ini adalah bagi kegunaan tapak ke 2 di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kg Bunian, Chenor, Maran. Pembelian alat ini adalah kritikal dan terpaksa dilakukan kerana masalah punca bekalan air yang tidak disediakan oleh Jabatan Pertanian. Walaupun ada ura2 Jabatan Pertanian akan memasang paip utama di seluruh kawasan TKPM tapi bila masanya masih tiada kepastian. Jadi untuk tidak terlalu menaruh harapan terhadap janji atau khabar tersebut, kos tambahan hampir RM2,000 digunakan bagi mendapatkan mesin ini. Disebabkan jarak antara punca air iaitu anak sungai yang terletak sejauh 400 meter dari tapak projek, enjin yang mempunyai kuasa tujahan tinggi diperlukan. Disamping itu, enjin ini menggunakan diesel serta mempunyai 2 pilihan untuk menghidupkan enjin iaitu dengan mengunakan suis yang disambungkan dengan bateri dan kaedah manual tarik thread dia. Menurut penjual, enjin ini digunakan untuk ladang besar dan digunakan untuk "fire fighting". Walaupun tapak projek aku tak besar...tapi nak menyampaikan air ke tapak tu yang menampakkan ladang yang aku usahakan tu besar. Takpa, kalau perlu boleh jadi mini Bomba nanti. Inilah rupa enjin yang dibeli.












Disamping membeli enjin,aku juga membeli sejenis alat yang belum pernah aku gunakan iaitu Automatic Pump Control. Menurut penjual, alat ini digunakan bagi melindungi pam air yang akan berhenti secara automatik sekiranya inlet pam tidak mempunyai air. Jadi pam tidak akan rosak. Aku beli dulu dan tanya kawan2 kemudian tentang penggunaan alat ini. Kos alat ini dalam RM100.




Dalam perjalanan pulang, aku menghantar enjin yang besar tu ke ladang Marzuki untuk dibawa bersama beberapa peralatan lain yang aku perolehi di sana. Kalau nak angkut guna kereta memang tak larat. Nak mengangkut dari kedai ke tempat Marzuki pun puas juga nak menjaga enjin agar tak tergolek. Penghantaran akan dibuat pada 13 April 2008 terus ke TKPM Kg Bunian.


Aku dan Sarina iaitu isteri dan juga bos Agro Fast Forward Entp telah memohon cuti dari 14 hingga 16 April 2008 untuk memulakan kerja di tapak projek baru. Kami pulang ke Chenor pada 13 April pagi dan tiba ke sana pada petangnya dalam pukul 2 petang. Setiba kami ke sana, macam kebiasaan, aku terus mengambil gambar cili yang sedang merah. Ini kalipertami kami melihat sendiri cili merah di kebun sendiri. Sebelum ini hanya melihat cili hijau saja. Ini antara pokok cili yang sedang mengeluarkan hasil. Kelihatan pokok sedikit layu kerana cuaca yang sangat panas di sana dan sudah lama tak hujan sedangkan di Putrajaya hampir setiap petang hujan.



Ini pula antara pokok yang cacat rupanya. Pokok cili ini bantut dan buahnya mencanak ke atas. Rupa cili ni agak cute dan comel kerana ianya bukan cili api dan rupa tak macam cili besar.



Di sebelah petangnya aku dan Azran pergi melawat kawasan rumah pam yang digunakan oleh peserta lain. Rumah pam dan peralatan tersebut disediakan oleh Jabatan Pertanian semasa TKPM mula dibuka. AKu terkejut dengan rupa dan saiz pam yang digunakan. Macam enjin lori dan batang paipnya berganda besar dari apa yang akan aku gunakan. Nampak enjin yang aku beli tu kecil pulak. Hemm...belasah jer lah..Ini rupanya enjin mereka.




Ini pula salah satu enjin yang rasanya terbakar dan rosak. Mungkin sedang menunggu Jabatan Pertanian untuk menggantikan yang baru. Entah bila agaknya mereka akan dapat.
















Setiba kami di tapak projek petang tu, Bos AGROFFE pundengan semangatnya yang berkobar2 bersama2 mengisi sabut dan sekam ke dalam polibeg. Sabut dan sekam itu tiba pada hari Jumaat petang 11 April 2008 terus dari Bagan Datuk Perak. Kepimpinan melalui tauladanlah katakan.


Pada pagi 14 April 2008, aku dan Azran pergi ke kedai hardware di sana untuk memesan beberapa peralatan dan batu-bata untuk digunakan bagi mengalas lebih kurang 1000 pokok cili di tapak khas manakala bahagian lain hanya mengunakan polibeg sebagai alas silvershine nanti. Tapak khas ini adalah bagi tujuan display konsep baru dan kemas. Maklumlah, kawasan tu akan kerap dilawat oleh Jabatan Pertanian, FAMA, Jabatan Belia dan Sukan serta akan datang pihak AgroBank. Lepas order barang,kami terus ke pejabat Fama berjumpa En Jahari sambil berramah mesra dan membeli makanan tahap 2 (grower) untuk ikan patin kolam aku. Kemudian aku ke Pejabat Pos Maran bagi menghantar tempahan pek 10DIY ke Miri, Sarawak untuk En Azhari.


Barang yang kami pesan dari kedai hardware pun sampai tapi agak lewat petang. jadi tak dapat kami buat kerja menghampar silvershine lagi. Jadi tugas aku hari pertama 14 April 2008 adalah menyiapkan bumbung pondok tambahan di depan pondok sediaada. Sekurang2nya ada tempat berteduh nanti. Kawasan tu memang tersangatlah panas waktu tengah harinya.

Ini je yang sempat disiapkan pada 15 April di sebelah pagi sementara Sarina mengisi polibeg.
Sambil itu aku sempat juga meninjau kawasan fertigasi yang pernah aku ceritakan sebelum ini. Status terkini, projek fertigasi tomato menemui kegagalan, rasanya disebabkan penggunaan baja yang tidak mengikut sukatan. Nak menyukat pun takda alat tu yang membuatkan pokok kelaparan. Jadi peserta tomato telah ditamatkan dan diganti dengan peserta baru yang mengusahakan cili semula. Namun aku masih dapati penjagaan pokok masih kurang lagi. Peserta ini juga sedang menyediakan 7 buah Rumah Lindungan Hujan untuk projek fertigasi dia sendiri di sebelah tapak aku. Takpalah, dia banyak modal... Inlah rupa pokok cili yang sedang dia uruskan.


Keesokkan paginya pada Rabu 16 April 2008, Sarina dan aku memulakan aktiviti pagi dengan memetik cili merah di pokok. Ini first time nak petik cili merah nih...tu yang kena ambil gambar posing baik untuk kenangan. Ini merupakan harvesting peringkat permulaan bagi buah cili di pangkal bawah. Bagi tuaian hari tersebut, hasil adalah lebih kurang 4 kilogram. Peringkat akan datang dijangka lebih banyak hasilnya bagi cabang lebih atasnya.


Seronok betul isteri aku posing dengan buah cili merahnya.

Setelah selesai memetik cili, aku terus ke tapak projek untuk meneruskan kerja yang ada. Aku dan Azran sempat menghabiskan beberapa lagi baris sampai tengah hari. Walaupun panas terik, kerja tetap diteruskan sampaikan lengan aku berbelang sunburn.



Pada sebelah petangnya aku dan Sarina bersiap untuk pulang ke Putrajaya sambil meninggalkan beberapa pesanan dan tugasan yang perlu dilakukan.

2 ulasan:

Taufiku San berkata...

erkkkk..... pembetulan pam air tuh bukan terbakar... pam air tuh lan punya.... memang pam dia pesen camtuh..... boleh berfungsi lagi tuh...ahakssss

Faidzal aka Apai berkata...

Ye ker? awat teruk sgt rupe dia..tak maintain kot..mekap2ker..masa den poe tu mondo tu tak operationalised. Nnt den tanya Lan tuh awat lagu tuh..Mekacih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...