Sponsor Ads

Rabu, 23 April 2008

Sambungan Pemasangan Tapak 2 TKPM Kg Bunian

Assamualaikum dan salam sejahtera,

Bingkisan disambung dengan aktiviti setiap minggu pada 19 April 2008 iaitu pulang ke Chenor untuk urusan pemasangan sistem di tapak ke dua di TKPM Kg Bunian, Maran. Sebelum aku mulakan coretan, aku berhutang untuk memasukkan video klip ikan patin yang berusia 4 bulan yang dirakam pada 15 April 2008 semasa aku sedang mencuci kolam. Saksikan kemeriahan ikan patin di kolam simen menggunakan air Sungai Pahang. Memang geram aku tengok telatah ikan patin tu.
Ok, sambung semula. Sebelum memulakan perjalanan, aku sempat memenuhi hajat seorang pelanggan, Pn. Norhayati untuk memasang set 30 pokok menggunakan pam 0.5hp di Gombak, Selangor.



Sejurus selesai tugas disitu, aku dan famili bergerak ke Chenor. Kami tiba di sana dalam pukul 2.30 petang. Seperti biasa, aktiviti utama bila sampai adalah membelek pokok cili yang sedang mengeluarkan hasil. Ini adalah Cili Kulai Tempatan dari Mardi.

Ini pula semaian benih F1 568yang berusia 19 hari, mula disemai pada 1 April 2008.


Setelah melawat keadaan pokok cili dan semaian benih ditapak pertama, aku pun bergerak ke tapak ke dua untuk menyambung kerja2 yang masih belum siap. Deadline menyiapkan pemasangan adalah minggu hadapan iaitu sebelum bulan Mei.
Di sebelah petang sikit, kerj2 memetik cili dilakukan oleh bos AFFE. Gambar yang dirakam kurang jelas kerana diambil waktu malam. Wah, berposing betul orang kuat AFFE dengancili2 mereka.
Ini sebahagian dari pandangan tapak. Di waktu ini, kerja memasukkan media ke dalam polibeg sedang rancak dijalankan dibantu oleh antara 2-3 orang pekerja upahan yang berumur antara 15 hingga 18 tahun.






Setakat minggu itu, hanya bahagian ini sempat aku disiapkan sendirian. Tugasan Azran dan lain2 lebih kepada mengisi polibeg kerana tanpa polibeg, kerja2 menyusun polibeg tak dapat dimulakan.
Jadi, sebelum pulang, banyak pesanan dan tugasan diberikan bagi memastikan rancangan berjalan seperti dijadualkan. Sambung semula kerja2 minggu hadapan.
Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...