Sponsor Ads

Jumaat, 21 Mac 2008

Edisi Bulan Mac 2008 = Post PRU12

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku sedang membiasakan diri untuk berjaga malam semula bagi melakukan kerja2 berkaitan perniagaan dan pengajian aku.... waktu siang memang sibuk...banyak perkara yang perlu disiapkan.
Okey, seperti yang aku maklumkan sebelum ini, aku dan isteri serta anak2 pulang ke Chenor pada hari Sabtu 8 Mac 2008 sejurus selepas aku menjalankan tugas sebagai rakyat Malaysia mengundi di Puchong. Wife aku tak mengundi sebab dia kena pergi Jln Masjid India yang mana dia bukan residen di situ tetapi hanya berdaftar masa dia bujang dulu kerana menyertai program rakan muda..(masa dia muda2 dulu). Antara perkara yang menarik dalam perjalanan adalah perang poster dan aku melalui satu pos mengundi di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan di Chenor. Perhatikan kemeriahannya...bukan selalu nampak meriah begini
Seperti biasa, sejurus aku tiba di kampung, lawatan terus ke pokok cili. Antara perkara yang aku perhatikan adalah buah cili yang satu tu...tak tau pasal apa...nak kata kena antranoks, masih keras lagitapi warna dia dah macam kena minyak hitam...sesapeyg tau kenapa tu boleh bagi komen.


Aku agak kepenatan hari tu sebab menyusun semula beberapa dalam 14 baris yang tertinggal oleh Hairuddin (adik ipar aku lagi sorang yang buatkerja bersama Azran si pengurus ladang). Mereka berdua dan pak mertua aku pulang ke Puchong kerana ada urusan dan aku sekeluarga menggantikan mereka di kampung... Ini kira percutian sempena budak2 sekolah cuti...Homestay, jaga kambing, bg makan ikan dan berkebun...Bukan senang orang bandar nak merasai pengalaman macam ni.

Petangnya aku gembala ikan patin kat kolam nih... pokok kat atas airtu aku bawak dari rumah mak aku di Puchong dalm 7-8 rumpun kecil dan dalam 2 minggu, penuh satu kolam tu. So aku pun buanglah separuh pokok tu bagi ikanmudah main kat air...mcm tu nak bagi makan kan pun susah sebab makanan tersangkut kat pokok. Hah, tengoklah sekali mcmamna ikan tu makan. Sehingga kini dah takda ikan patin tu mati...Mungkin dia dah stabil dengan keadaan kolam dan air kat situ. lagipun ikan tu dah besar panjang satu tapak tangan dewasa lelaki. So sehingga kini aku dah berjaya mengawal masalah yg berlaku pada ikan patin nih... lain kali aku nak buat dua kolam sekaligus..akan datang punya projek...


Hari Ahadnya aku menyiapkan pemasangan banneryang dah lama siap tapi budak2 tu masih tak pasangkan lagi..terbiar kat tepi rumah..aku tak suka nak bising2 suruh budak2 tu buat kerja...jadi aku pasang sendiri berseorangan. Panjat tiang letrik dan pokok durian utk ikat tali rentang tu..berjaya juga buat kerjatu sendiri....tiada yang mustahil kalau kita fikirkan ianya boleh dilakukan...


Azran, Hairuddin dan mak mertua aku sampai semula ke kampung pada tengah malam kul 12.30 lewat mlm ahad tu. Aku dan isteri bercuti sehingga hari selasa..so banyak juga kerja kat kampung aku boleh buat. So keesokkan harinya, Isnin Azran meracun pokok mengikut jadual dan dia dah mula guna power sprayer..lebih cepat berbanding pam manual. Itulah gaya pekebun dan tong racunnya.
Selepas kerja2 meracun siap, aku, Sarina, Azran dan Hairudin bergerak kePekan Temerloh untuk ke BankPertanian bagi membuka akaun simpanan untuk Sarina dan Hairuddin. Azran dah buka akaun tu 2 minggu lepas. Tujuan kami adalah sebagai bekalan dana sekiranya kami memerlukan bantuan kewangan dengan segera. Boleh kami buat pinjaman Modal Usahawan Tani (MUST) nanti. syarat yg kami perlu patuhi adalah akaun aktif setiap bulan ada indan out, baki tak kurang 600 setiap bulan dan simpan sekurang2 6 bulan. Aku target simpan12 bulan so kami boleh dapat pinjaman maksimum 20k. Kalau simpan hanya 6 bulan layak utk 10k jer. Tapiini hanya pelan kontingensi sebab faedah dia agak tinggi, 1.5% sebulani.e 18% setahun... jadi hanya bila perlu dan keadaan terdesak baru aku guna sumber tu. Setelah selesai, kami ke kedai hardware yg jual timbang...kami nak beli timbang besar yg 50 kg dan timbang kecil...yg boleh ukur 1gmtapi manual. Yg digital tu mahal dalam 250 seunit..lain kali dah ada hasil lebih baru bleh beli. sementara ni guna manual dulu. hanya utk ukur bajajer.
Pada Isnin malamnya tu aku dan Azran mula membuat bancuhan baja yang aku bawa. Sukatannya aku dah dapatkan awal, so hanya nak tunjukkan ada Azran macammana nakbancuh supaya dia boleh buat sendiri. Sambil buat bancuhan tu, jiran aku dan kerabatnya 2-3 orang lagi dengan selambanya lalukat depan rumah kami. Seingat aku laluan tu aku dah agar utk elakkan orang lalu lalang sebab mereka tu perokok...bahaya bagi orang cam tu masuk...kiranya perosak gak tu...dah lah lalu depan rumah kami ikut kawasan larangan...tak nak tegur pulak tu...menyombong pulak..Okey takpa...malam tu diorang lepas...
Keesokan paginya, selepas terbit matahari, aku amik dawai kawat dan alat2 pergi tambah dawai kawat lagi 1 baris bahagian atas. Dulu kami dah pasang 3 baris dan ingatkan orang2 tua tu susah nak membongkok dan masuk..tapi memang tak faham maksud orang tu...so kali ni dah ada 4 baris aku pasang sendiri. Azran dan Hairuddin segan nak pasang sebab memikirkan jiran...tapi aku tak peduli jiran ker makran ker...kalau rosak tanaman aku siapa nak ganti???ini bukan seringgit 2 punya projek...puluh ribu ringgit...nak diorang ganti kalau projek aku gagal???dah tu pagi tu aku tengok ada 2-3 beg tiub dan dripper bersepah serta polibeg terkoyak diorang langar...memang hangin aku dibuatnya. Kalau diorang bising, biar aku yang menjawabnya...masa aku pasang dawai tu pun ada kerabat jiran tu tegur..."buat pagarke??" aku jawab "Hemm, tambah pagar"...lagi mau tanya aku buat apa!!!! tak reti2 jiran dia tak bagi masuk sebelah...
Dalam tengah hari tu sambil aku membelek pokok cili kat kebuh tu ada lah sorang lagi hamba ALlah yang buta huruf masuk dari pintu depan rumah kami....sambil merokok lalu depan pokok cili...nak pergi rumah sebelah jiranyang aku hangin dengannya tu... Tak reti2 betul orang tu..aku dah letak papan tanda dilarang merokok itu pulak yg dibuatnya...mak mertua dan wifeaku tegus kenapa lalu kat situ dan tak boleh merokok..tapi dia dengan selamba bodohnya berpaling dan meneruskan perjalanan dia ke rumah jiran sebelah..memang tak hormat tuan rumah orang tu...Dia lalu juga kat pagar yang baru aku tambah dawai tu dengan membongkok di bahagian bawah...Huh!!!tak reti bahasa punya orang...lepas dia menyeberang tu aku amik paku dan alat lain terus pasang lagi satu baris dawai kawat kat bahagian bawah...kali ni takda can diorang nak lalu lagi kawasan tu. Mcm biasa bila akupasang tu jiran tu pun memandang je aku buat kerja..tapi tak berani tegur...aku takkan layan...so harap2 selesai masalah Illegal trespassing. Kalau lepas juga...aku nak buat papan tanda orang kena tembak kalu trespassing...
So petangnya aku dan famili kena balik ke Putrajaya, sebelum tu aku singgah ke tapak 2 di Kampung Bunian.. Fullamak!!! rumput dah tumbuh semula..tak boleh jadi nih...aku kena mulakan cepat..INsyaAllah bulan 4 mula pasang..mula semai juga bulan 4.Azran dan Hairuddin akan mula kerja2 pemasangan. La ni tgh tunggu dana tambahan... Nilah rupa tapak yangtelah diratakan dulu.


Kalau perasan gambar kat atas tu ada besi2...akuterfikir...sapa pulak yg letak besi kat depan tapak aku tu??ada orang sumbang utk buatrumah lindungan hujan ker?? Aku tanya ada sorang budak yanglalu kat situ, rupanya jiran tapak sebelah, Mejar (B) Johari nak buat roofing tu....dia dapat pinjaman bank..wah...banyak modal dia...bila nakbreak even tu? Takpa...dia buat roofing, aku tanpa roofing...Melalui perbualan aku dengan seorang peserta kawasan pertanian tersebut, dia kata Mejar tu tak pernah buat fertigasilagi tapi baru habis attend kursus fertigasi...mungkin dia nak buat seperti apa yg orang kursus tu ajar..biarlah...ilmu dia, dan duit dia...jgn kacau aku sudah. Aku juga dengan cerita dia tu tak beberapa ngam dengan beberapa orang peserta tanaman di situ sebab masalah taknak kongsi air...tulah orang melayu... bukan nak membantu..cemburu lagi ada...
Gambar pondok tu memang dulu Pertanian sediakan utk stor kot..tapi dah rosak sikit bhg bawahdan belakangnya. Tu kami kena repair sikit dengan zink dan buat extension utk kawasan rehat...kena buat tempat yang berkunci sebab banyak peralatannnt.
Pastu aku tengok rumah fertigasi yang sering aku laporkan dulu telah kembali ceria..3 unit rumahtu diuruskan oleh PakIdris. Dia tanam cili sebaris dan lain2 tu tomato. Pokok pun dah naik segar...sekurang2nya berseri juga kawasan tu..


CUma ada beberapa perkara aku perlu selesaikan dengan segera. Pertama sumber air dan keduanya elektrik. ELektrik tu mungkin takda masalah sebab dalam 2 minggu boleh settle. cuma air tupayahsikit..kini aku sedang berurusan dengan Pejabat Pertanian NegeriPahang (skip Pertaniah Daerah) utk minta bantuan pengairan sebab tu tapak diorang..patut diorang sediakan infra asas...AIR!!! takda air serupa tak payah bertani...,..nnt aku follow up...suka deal dgn orang HQ cepatsikit kerja dia..(memang aku pun kerje kat HQ, dah kenal perangai diorang nih).
Ok, 29hb Mac nnt aku balik ke Chenor lagi dengan beberapa peralatan untuk mengautomasikan pam serta melaraskan pressure air baja.. Oh ya, untuk pengetahuan bagi yg tak tahu, harga racun dan baja dah naik. mungkin akan ada pertambahan kos bagi pakej yg aku sediakan... buat masa ni aku boleh bertahan dengan harga lama...tapi bila harga barang dah naik tinggi, aku pun kena buat pelarasan. Saja nak maklum dulu supaya takda yang terkejut memandangkan harga yang aku sediakan tu adalah pakej SUBSIDI Khusus orang melayu..Ada Orang cover sebahagian kos terlibat.Kepada yang bukan melayu, takda masalah...harga masih boleh dibincangkan...kalau bersetuju saja baru kita buat...
PERANCANGAN AKAN DATANG...aku sedang merancang untuk mengajak orang2 kampung diChenor menceburkan diri dalam penanaman sistem ini dan hasil akan kami beli atau kami tolong pasarkan dengan kos yang minima. Kami bakal berfungsi sebagai pusat pengumpulan..InsyaAllah setelah selesai tapak ke 2 nanti. Aku juga tahu ada pembaca yang berasal dari Chenor juga dan kalau berminat boleh berhubung dengan kami. urusan pemasaran akan kami uruskan...
Sehingga ini dulu...akan disambung setelah ada perkembangan lanjut. Wassalam

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...