Sponsor Ads

Jumaat, 21 Mac 2008

Adakah Pokok Anda Mempunyai Kesan Terlebih Baja?

Kenapa Guna pH dan EC Meter?

pH Meter mengukur keasidan air dari skala kosong hingga 14. Apabila pH terlalu tinggi atau terlalu rendah, akar pokok tidak boleh menyerap nutrient mengikut keperluan. Secara amnya, ini akan kelihatan pada pokok sebagai kekurangan salah satu nutrient seperti kesan pada daun, disebabkan terlebih baja sesuatu nutrient. Hasilnya adalah perkembangan pokok akan perlahan dan akhirnya boleh menyebabkan pokok mati. Apabila pH yang digunakan adalah tepat, ia akan mengurangkan kerosakan pada pokok. Pokok akan berupaya menyerap nutrient dalam sukatan yang tepat. Dalam erti kata lain, apabila pH tidak tepat, walaupun menggunakan separuh dari nutrien yang dicadangkan akan menyebabkan terlebih baja. Dengan pH yang bersesuaian, penggunaan cadangan dos baja yang dicadangkan akan membuatkan pokok sihat dan kuat.

EC Meter mengukur konduktiviti elektrik (electrical conductivity) dalam air. Air yang bersih mempunyai EC yang rendah. Apabila nutrient ditambah dan menggunakan pH yang bersesuaian, bacaan EC akan meningkat. Anda boleh menggunakan bacaan ini untuk mengukur nutrient yang perlu dicampur ke dalam air tanpa menyebabkan terlebih baja.

Adalah sukar bagi mata kasar kita untuk mengukur keperluan nutrient pokok. Kadangkala anda juga tidak pasti berapa besar tangki air yang diperlukan dan tiada kaedah mengukur kadar nutrient dengan tepat. Walaupun masalah ini wujud, anda masih boleh mengukur keperluan nutrient. Dengan menggunakan EC Meter dan pH Meter,anda boleh mengukur secara optimum sukatan yang diperlukan oleh pokok tanpa menyebabkan terlebih baja.
Bagaimana menggunakan pH dan EC Meter

pH hendaklah berada pada kadar 6.4 semasa di peringkat semaian. Apabila anak pokok membesar setelah beberapa minggu, kadap pH perlu dikurangkan secara perlahan-lahan kepada 6.0 semasa bulan terakhir pokok berbunga. Ini akan membolehkan pokok menyerap beberapa nutrient apabila pokok kecil dan bertambah apabila pokok membesar dan mengeluarkan bunga.

Begitu juga dengan bacaan EC yang perlu berada pada kadar 1.0 di peringkat pembenihan dan meningkat kepada 2.0 secara amnya pada 4 minggu akhir pokok mengeluarkan bunga. (Bacaan ini adalah anggaran secara am, kadar EC bergantung kepada jenis tanaman yang diusahakan)

Tips Am

Kadah pH boleh dikurangkan dengan menggunakan cuka atau anda boleh membeli 'solution pH Buffer' untuk mengurang dan menambahkan pH.

Anda perlu mengkalibrasi pH dan EC meter setiap bulan. Sesetengah meter memerlukan bekas penyimpanan dalam larutan bagi 'sensor' nya. Sila pastikan anda membeli larutan untuk penyimpanan tersebut.

Jangan menggunakan meter tanpa mengukur dan mengubah pH. Sekiranya anda menggunakan EC Meter sahaja, anda mungkin membunuh pokok dengan baja yang terlebih. Bagaimanapun anda boleh menggunakan pH meter tanpa EC Meter selagi anda tidak menambah nutrien melebihi yang dicadangkan.
Untuk maklumat berkenaan pH dan EC Meter, sila ke http://affeperalatan.blogspot.com dengan harga serendah RM140 seunit.

Maklumat ini dialih bahasa dari http://www.highestseeds.com/en-us/ph-and-ec.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..pe latest news pasal projek ikan keli under berintam???
ayah sy da join projek 2..tp rasa mcam kena tipu..modal dah 20k.. jika tidak keberatan..emelkn latest news psal projek ikan keli 2 kt emel sy.. naja1008@yahoo.com trima kasih

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...