Sponsor Ads

Isnin, 21 Januari 2008

Aktiviti 12 dan 14 Januari 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama juga aku tak update blog ni. Sibuk dengan pelbagai urusan. Namun aku tidak ketinggalan mengambil gambar bagi setiap aktiviti yang aku lakukan.

Pada 12 Januari aku pulang ke Chenor untuk melihat perkembangan projek yang telah menampakkan susuknya. Setibanya aku di kampung, kelihatan meriah kawasan dengan susunan polibeg berwarna putih menghiasi tapak projek. macam gambar kat bawah ni.


Aku pun menjalankan tugas biasa memeriksa kerja yang dikakukan oleh Azran dan Hairuddin (abang kepada Azran) adik ipar aku juga. Kini dah 2 orang adik ipar kau menetap di kampung untuk projek yang baru bermula. Ni lah hasil kerja budak berusia 18 tahun dan 22 tahun buat kolam...Senget sikit. Belasah jer lah. Asalkan mereka belajar buat sendiri. Pengalaman tu yang akan membuatkan mereka meningkat menjadi lebih baik. Yang terpacak tu model iklan kat kampung mak mertua aku.


Dari sisi pulak tersergam indah susunan polibeg tapi belum buat piping lagi.


Kat sebelah kanan tu satu lagi projek dalam proses uji cuba Azran dengan bapak mertua aku.. ternak keli dan talapia dalam polytank. Biorlah diorang nak mencuba. Kat tepi tu kira-kira adik sepupu belah isteri aku yang baru bertunang 2 minggu lepas basah lepas mandi kat sungai belakang rumah. Dia kata tunang dia nak tengok projek. Tu yang dia ajak datang ke kampung.


Ini satu lagi pandangan di kawasan utama yang telah disusun polibeg. Aku risau bila musim durian nanti tak tau polibeg mana yang jadi mangsa pulak. Tunggu jer lah.





Ini lah rupa pump yang baru aku beli RM100 untuk aero kan air kolam ikan patin aku tu. rupanay kotor siki sebab aku baru lepas cuba pasang kat kolam.

Selain menjaga projek, inilah tugas sampingan Azran di kampung. Menjaring ikan di tepi sungai Pahang. adalah dapat anak-anak ikan besar 2 jari.. buat lauk tambahan.. free dari alam tu...



Balik ke Putrajaya pada 14 Januari 2008 dan aku terus melawat tapak ujian fertigasi aku. Kelihatan pokok rockmelon ada mengeluarkan putik buah yang sulong. Tak tahu jadi ke tak. Tapi nampak macam tak boleh lekat jer putik tu.

Ni pun beberapa pokok yang baru mengeluarkan bunga. nak bagi seri jer kot. Hasilnya belum lagi.

Di sebelah rockmelon tu pokok cili yang benihnya dari MAFC. Kelihatan segar dan takda masalah.

Nanti aku sambung lain kali.......

4 ulasan:

nasirsik berkata...

Assaalamualaikum! Fuh banyaknya projek yg ko buat. Bersemangat aku tgk.. Memang sesuai dgn nama Agro Fasr Foward. Anyway tahniah...

Faidzal berkata...

Terima kasih, semoga ini menjadi inspirasi kepada orang lain untuk mencebur diri secara serius dan komersil.

khairul berkata...

assalamualaikum,bro kalau tak pakai SPH tak effect pokok cili tu ke,bro tanam cili apa ek,berapa costing? camne nak contact bro nak penjelasan lanjut projek fertigasi ni.Syukran

Faidzal berkata...

Khairul, SPH bergantung kepada individu. Ada pro dan kontra. Buat masa ni Kulai Tempatan yang terkenal pedasnya. Costing seperti yang ada dalam pakej saya nyatakan di menu Pakej. Alamat email dan no telefon saya ada dinyatakan di profile. Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...