Sponsor Ads

Selasa, 30 Oktober 2007

Gerakan Kukuh Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah sejak 5/09/07 sehingga hari ini, 30/10/07 blog ini telah dilawati sebanyak 868 kali. Terima kasih juga kepada mybob dari jutawantani.wordpress kerana sudi memasukkan link log ini di blog beliau. Dari semakan log,kebanyakan link lawatan adalah dari forum BicaraJutawan, GoogleSearch dan Jutawantani.wordpress.

Maklumat dalam blog ini dikemaskini berdasarkan aktiviti terkini yang saya lakukan meliputi aktiviti perikanan,pertanian dan penternakan. Ini adalah langkah saya untuk mempelbagaikan aktiviti saya dalam bidang pertanian.Ia juga bagi memastikan keuntungan dibahagian lain dapat menampung kerugian di bahagian yang satu lagi. Kalau berlaku masalah, tak lah terduduk sangat.

Ok, berbalik pada aktiviti terkini, pada 28/10/07 saya dan family telah ke Kompleks PKNS di Shah Alam bertujuan untuk mencari serunding, kalau2 ada jual lagi. Setibanya di sana, saya terjumpa lelaki yang telah saya ceritakan pada awal blog ini, yang membuat promosi baja foliar dan baja pemulih tanah. Hemm....apa lagi...memang rezeki dia. Memang sayadah nak mulakan projek cili fertigasi tu dan apa lagi...sabar baja foliar GANDA (RM60) yang digunakan untuk penyediaan benih. Namun satu lagi baja iaitu Multi Grow Super yang pekat (RM70) takda kat situ.. so.. belilah yang dah dicampur dan sedia untuk guna. Gambarnya seperti di bawah.


Kalau ada sesiapa yang dah guna baja ni boleh maklum pada saya keadaan pokok bila menggunakannya.

Esok, 31/10/07, saya akan ke Maran untuk menguruskan hal tanah dan berbincang dengan FAMA berkenaan perancangan cili saya tu.

Disamping tu ingin juga saya maklumkan bahawa saya telah mula menanam minat dengan penternakan kambing. Namun disebabkan penternakan kambing ni sangat baru bagi saya, saya menggunakan kaedah pemilik dan pengembala kambing. Saya telah menemui satu peluang untuk terlibat dengan penternakan kambing iaitu program JubeliBistari oleh Tangga Gemilang Enterprise di Johor. Dengan kos RM550 seekor kambing Jamnapari, Tangga Gemilang akan membelikanseekor kambing yang kebanyakkannya diimport dari Indonesia dan digemukkan selama 2 bulan sebelum dibeli semula oleh Tangga Gemilang dengan harga RM900 seekor. RM150 akan dipotong untuk kos penjagaan dan keuntungan RM200 akan dibayar setiap 2 bulan dan modal asal akan dugunakan semula untuk membeli kambing baru. Ini bermaksud dalam tempoh setahun, pulangan adalah RM1200 bagi modal RM550... fuhh! memang menggoda. Tetapi saya masih ada keraguan mengenai kaedah pelaksanaan sistem ini atau kurang yakin sikit. Bagaimanapun program ini berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun saya hanya berani untuk mencuba dan membeli sebanyak 5 ekor Jamnapari atau RM2750 kerana itu risiko yang boleh saya tanggung sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pada 30/10/07 setelah tugas rasmi selesai di Johor Bahru, saya singgah ke pejabat Tangga Gemilang di Larkin Perdana. Setelah melihat sendiri pejabat tersebut keraguan saya masih tidak berubah dan saya kelaskan pelaburan tersebut sebagai pelaburan yang mempunyai risiko yang tinggi.

Pada masa yang sama, saya telah menyelidiki program epawah di Pahang. Program ini agak berbeza dari program Jubeli Bistari kerana kambing yang dibeli ditag dengan tanda dan pemilik kambing iaitu saya boleh mengesan yang mana satu kambing milik saya. Laporan juga diberikan dari semasa ke semasa dan pemilik kambing boleh melawat kandang kambing pada bila-bila masa. Tambahan pula kandang kambing tu terletak dalam 13km dari tapak projek pertanian saya. Ini membolehkan saya kerap melawat kambing saya tu nanti. Saya telah berhubung dengan En Mohd Aslan dan menempah sebanyak 15 ekor kambing jenis Boer dengan harga RM600 seekor untuk dibiakkan. Keseluruhan pembayaran telah dilakukan pada 30/10/07 dan InsyaAllah, hari Isnin minggu hadapan kambing tersebut akan tiba di kandang. Saya juga akan meningkatkan ilmu perkambingan dari semasa ke semasa. Pelaburan ini dikelaskan sebagai pelaburan berrisiko sederhana. Saya juga sedang meneliti beberapa tawaran pertanian lain yang agak menarik. Namun keputusannya masih bergantung kepada keupayaan modal dan tenaga yang akan mengusahakannya nanti.

InsyaAllah akan saya update lagi selepas pulang dari Maran esok.Wassalam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh dapatkan no ctc saudara/ email...terima kasih
armnie@yahoo.com

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...