1 Oktober 2007
Semalam aku dah mulakan ujikaji pertama menanam serai sebagaitanaman sampingan nanti. 22 hb Septemberyang lalu aku dah belasah habis serai lama yang bibik aku tanam dulu. Dah setahun lebih ditanam dan tinggal sikit pun. Dapatlah dalam 20-30 batang. Dah aku rendam dalam bekas berair..semailah katakan.ni ha sikit gambarnya..langkah awal.
Lepas seminggu....akar serai tu dah panjang dan masa untuk menanam. 30 Oktober aku mula menanam dah aku mulakan petang tu dalam pukul 6.30 petang... nak elakkan benih serai tu terkejut oleh tanah yang panas tu. La ni gambarnya.
Aku terpaksa tanam rapat-rapat kerana ruang yang tak mencukupi. Guna teknik Mercedez dan lepas tu aku tutup tanah tu dengan tanah bakar dan siram.. harap2 menjadilah pokok ni.
3 ulasan:
Salam En Faidzal
Serai En Faidzal cuba tanam tu serai jenis ape.. Saya sangat berminat penanaman serai wangi dan serai paha ayam.
Waalaikumsalam,
Tu tanam serai paha ayam. mudah dpt kt kwsn sekitar, pasar2.
salam en faizal
saya nak tahu dari segi penggunaan tanah dan cara penyiramannya
Catat Ulasan