Sponsor Ads

Selasa, 17 Februari 2009

Kursus Fertigasi Bil 4/2009 - Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan terima kasih kepada semua 19 graduan yang telah menghadiri dengan jayanya kursus pada 14 Februari 2009. Cuma seorang peserta tidak hadir tanpa dapat dikesan. Kursus dijalankan dengan lebih teratur berbanding kursus bil 1/2009 kerana kami telah bersedia. Kursus kali ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang selebriti TV3 sebagai peserta  yang juga sporting dengan peserta lain. Kursus kali ini juga disertai oleh 2 orang pemuda berbangsa cina yang ingin bersama-sama menimba ilmu. Saya juga kerap menerima permohonan untuk menyertai kursus dari kaum bukan melayu. Ini menunjukkan bahawa bidang pertanian fertigasi ini bukan hanya menjadi tumpuan sesuatu golongan kaum sahaja. 

Sememangnya sejak awal lagi kami memang membuka ruang bagi semua kaum untuk menyertai kursus yang kami anjurkan. Bagaimanapun, medium penyampaian adalah dalam Bahasa Melayu. Asalkan peserta boleh memahami dan bertutur Bahasa Melayu dengan baik, kami sedia menerima penyertaan anda.

Ahlamdulillah, kursus dijalankan dengan baik walaupun terdapat sedikit gangguan bunyi oleh pasukan band sekolah yang menjalani latihan berhampiran.  Kami mengharapkan graduan dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan terus berhubung dengan kami dari semasa ke semasa.
 

Kursus Wilayah Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua graduan Kursus Fertigasi Bil 3/2009 yang telah diadakan di Kg Tengah Abi, Perlis. Kursus dijalankan dengan suasana sawah disekeliling dan semasa praktikalnya ditemani angin petang yang menyejukkan kehangatan suasana. 

Saya, Sarina, Azran dan Hairuddin bertolak dari Putrajaya pukul 1o malam menuju ke Perlis. Memang badan agak letih kerana sibuk menyediakan bahan-bahan untuk di bawa ke Perlis. Kena pastikan semuanya sedia kerana jarak yang jauh dan tak mampu patah balik. 

Kami tiba di Perlis pukul 5.30 pagi dan berehat serta tidur sementara di sebuah masjid sambil menunggu azan subuh. Setelah solat, kami menumpang mandi di masjid tersebut dan bergerak ke lokasi kursus. Sempat juga kami berhenti bersarapan di gerai di Simpang Empat Abi. Ada peserta menghubungi bertanyakan arah ke tempat kursus. Dengan yakin arah tuju diberikan walaupun kami sebenarnya masih belum sampai ke tempat itu.Keyakinan itu wujud setelah Ashraf memberitahu arah dan penghujung tahun lepas pernah bertugas seminggu di Perlis. Jadi agak berani juga nak tunjuk arah.

Antara tugasan yang mencabar pada hari tersebut adalah menyampaikan kursus kepada salah seorang peserta OKU yang mempunyai masalah pendengaran dan percakapan. Pening juga nak memikirkan untuk memastikan semua peserta termasuk OKU memahami penyampaian kami. Akhirnya Ashraf telah menyediakan papan putih untuk menulis perkara penting agar peserta OKU dapat memahaminya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Setelah habis kursus tersebut, kami bergerak dan bermalam di Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis. Tempat yang pernah dihuni semasa bertugas dahulu. Malamnya pekena ikan bakar di gerai tepi laut. Kami berempat menjamah ikan jenahak bakar, sotong goreng tepung, sup daging. Memang harga di situ agak mahal tetapi suasananya memang meriah. Disamping ada gerai jualan di depan hotel dan senamrobik malam macam lagu Thailand jer. Tapi memang meriah malam tu kat Kuala Perlis.
 
Keesokkannya kami breakfast laksa di Restoran Kak Su, siap bungkus RM20 utk bawak pulang lagi. Bak kata orang tempatan, kalau mai Kuala Perlis, mesti pekena laksa Kak Su.

Pukul 12 kami bertolak dari Kuala Perlis ke Putrajaya dan tiba pada pukul 5.30 petang. Memenatkan tapi memang enjoy. Azran dan Hairuddin membawa pulang seribu kenangan yang hanya kami saja yang tahu.

Keesokkannya Azran dan Hairuddin pulang ke Chenor menjalankan tugas hakiki mereka. Mereka akan datang semula ke Putrajaya untuk Kursus Fertigasi Bil 4/2009 nanti.

Selasa, 3 Februari 2009

Kursus Akan Datang


AFFE mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada graduan Kursus Fertigasi Bil 2/2009 yang telah diadakan di Pahang. Semoga ianya memberi manfaaat kepada kita semua.
Kami juga mengucapkan Selamat Datang kepada Peserta Kursus Fertigasi Bil 3/2009 yang akan diadakan di Kg Tengah Abi, Perlis pada 7 Februari 2009. Sila rujuk di menu Peta dan Lokasi untuk arah tuju ke tempat kursus.

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menyertai kursus yang dianjurkan, masih terdapat beberapa kekosongan bagi Kursus Fertigasi Bil 5/2009 dan tiada kekosongan lagi bagi Kursus Fertigasi Bil 4/2009. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat dinasihatkan bertindak segera sekiranya ingin menyertai kursus anjuran kami kerana tempahan tempat kursus hanya akan dibuat setelah bayaran komitmen RM50 beserta maklumat peserta diterima berdasarkan siapa cepat dan seterusnya pengesahan akan dikemas kini di menu senarai peserta. Sekiranya hanya pertanyaan mengenai kursus dikemukakan dan bayaran komitmen segera masih belum dilakukan, pihak penganjur tidak menjaminkan tempat untuk kursus se;erti yang dimaklumkan.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 27 Januari 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah dan terima kasih kepada 17 peserta Kursus Fertigasi Wilayah Tengah Bil 1/2009 yang diadakan di Presint 16, Putrajaya pada 24 Januari 2009. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat daripada kursus tersebut.
Kursus Fertigasi Wilayah Timur -Pahang Bil 2/2009 akan diadakan pada 31 Januari 2009. Senarai peserta boleh didapati di SINI. Para peserta diminta merujuk ke menu peta dan lokasi untuk ke tempat kursus.

Untuk makluman, bilangan peserta telah ditingkatkan ke 20 orang bagi setiap kursus dan hanya akan diadakan pada hari sabtu. Pendaftaran bagi kursus bulan Mac juga akan dipinda kepada hari sabtu sahaja.

Harap maklum. 

Isnin, 19 Januari 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan terdapat pertukaran tempat bagi Kursus Fertigasi Wilayah Tengah-Putrajaya pada 24 Januari 2009. Bilangan peserta juga ditingkatkan kepada 20orang. Oleh itu masih terdapat beberapa kekosongan lagi untuk kursus pada hari tersebut. Bagi anda yang berminat, sila sahkan kehadiran selewatnya hari Khamis 22 Januari 2009 untuk penyediaan peralatan yang mencukupi. Direction ke tempat kursus baru boleh di rujuk di http://affekursus.blogspot.com. Sekian harap maklum.

Sabtu, 17 Januari 2009

Kursus Fertigasi Bulan Mac 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf dipohon bagi peminat blog ini yang ingin mengikuti perkembangan aktiviti Agro Fast Forward. Buat masa ini kami dalam proses mengemas kini maklumat. Harap bersabar.

Kami juga mengumumkan pembukaan kursus bagi bulan Mac 2009 untuk pendaftaran. Kursus akan diadakan pada 1, 14, 15, 28, dan 29 Mac 2009. Untk maklumat lanjut, sila klik ke Menu Kursus dan Latihan atau klik ke http://affekursus.blogspot.com.

Harap maklum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...