Sponsor Ads

Selasa, 17 Februari 2009

Kursus Wilayah Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua graduan Kursus Fertigasi Bil 3/2009 yang telah diadakan di Kg Tengah Abi, Perlis. Kursus dijalankan dengan suasana sawah disekeliling dan semasa praktikalnya ditemani angin petang yang menyejukkan kehangatan suasana. 

Saya, Sarina, Azran dan Hairuddin bertolak dari Putrajaya pukul 1o malam menuju ke Perlis. Memang badan agak letih kerana sibuk menyediakan bahan-bahan untuk di bawa ke Perlis. Kena pastikan semuanya sedia kerana jarak yang jauh dan tak mampu patah balik. 

Kami tiba di Perlis pukul 5.30 pagi dan berehat serta tidur sementara di sebuah masjid sambil menunggu azan subuh. Setelah solat, kami menumpang mandi di masjid tersebut dan bergerak ke lokasi kursus. Sempat juga kami berhenti bersarapan di gerai di Simpang Empat Abi. Ada peserta menghubungi bertanyakan arah ke tempat kursus. Dengan yakin arah tuju diberikan walaupun kami sebenarnya masih belum sampai ke tempat itu.Keyakinan itu wujud setelah Ashraf memberitahu arah dan penghujung tahun lepas pernah bertugas seminggu di Perlis. Jadi agak berani juga nak tunjuk arah.

Antara tugasan yang mencabar pada hari tersebut adalah menyampaikan kursus kepada salah seorang peserta OKU yang mempunyai masalah pendengaran dan percakapan. Pening juga nak memikirkan untuk memastikan semua peserta termasuk OKU memahami penyampaian kami. Akhirnya Ashraf telah menyediakan papan putih untuk menulis perkara penting agar peserta OKU dapat memahaminya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Setelah habis kursus tersebut, kami bergerak dan bermalam di Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis. Tempat yang pernah dihuni semasa bertugas dahulu. Malamnya pekena ikan bakar di gerai tepi laut. Kami berempat menjamah ikan jenahak bakar, sotong goreng tepung, sup daging. Memang harga di situ agak mahal tetapi suasananya memang meriah. Disamping ada gerai jualan di depan hotel dan senamrobik malam macam lagu Thailand jer. Tapi memang meriah malam tu kat Kuala Perlis.
 
Keesokkannya kami breakfast laksa di Restoran Kak Su, siap bungkus RM20 utk bawak pulang lagi. Bak kata orang tempatan, kalau mai Kuala Perlis, mesti pekena laksa Kak Su.

Pukul 12 kami bertolak dari Kuala Perlis ke Putrajaya dan tiba pada pukul 5.30 petang. Memenatkan tapi memang enjoy. Azran dan Hairuddin membawa pulang seribu kenangan yang hanya kami saja yang tahu.

Keesokkannya Azran dan Hairuddin pulang ke Chenor menjalankan tugas hakiki mereka. Mereka akan datang semula ke Putrajaya untuk Kursus Fertigasi Bil 4/2009 nanti.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...