Sponsor Ads

Isnin, 22 November 2010

Kenapa Lama Menyepi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Persoalan blog lama tak update, lama tak menulis memang selalu diterima. Namun diam adalah berisi. Aktiviti fertigasi telah diserahkan sepenuhnya kepada Pengurus Ladang untuk menjalankan dengan kawalan 100%. Kenapa? Azran dah boleh berdikari dan buat keputusan sendiri. Bila lagi nak independent kan.

Namu ruang masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja. Aktiviti fertigasi di Dengkil masih berjalan dan diuruskan oleh partner lain.

Apa progress saya sekarang?

PROJEK ANGGUR MINI

Dalam tempoh beberapa bulan ini saya telah menggantikan tapak ujian fertigasi di Putrajaya kepada tanaman anggur. Bermulalah episod tanaman anggur di Putrajaya. Sistem pengairan masih digunakan dan hanya bertukan jenis tanaman. Kaedah ini memudahkan saya untuk menyiram air ke pokok anggur.

Tapak ujian fertigasi yang ditebus guna

Salah satu pokok yang baru dipindahkan ke pasu

Bunga sulung anggur jenis Isabella (merah) dengan pokok berusia 7-8 bulan

Pagola yang dibina sendiri menggunakan kayu keras terpakai 

Kini saya telah menanam sebanyak 17 batang pokok anggur semuanya di dalam pasu besar yang terdiri dari 6 jenis seperti berikut:

1. Isabella
2. I.A.C.
3. White Malaga
4. Al-Phonse Lavelle
5. Lavender
6. Crimson

InsyaAllah kalau ada jenis lain akan cuba ditanam.


PROJEK KIWI

Ini adalah program baru yang sedang dalam peringkat ujian. Saya pun dah berbincang dengan partner di utara untuk mengkaji mengenai kiwi. Semaklum saya kini ada seorang veteran yang telah memulakan kajian kiwi di Kapar. Klang. Kini tiba masanya untuk orang muda mengambil langkah awal bagi memperkenalkan tanaman kiwi ini.

Tanaman kiwi ini agak kompleks kerana ianya masih baru di Malaysia. Namun tiada yang mustahil jika mampu berusaha.

 Anak benih kiwi emas (Golden Kiwi) telah dipindahkan ke polibeg

Anak benih Kiwi Emas sedang membesar 

Perkembangan Kiwi Emas dengan 4 daun

Lihatlah kesuburan anak pokok Kiwi Emas

Benih pertama yang disemai adalah jenis Kiwi Emas lebih kurang 35 pokok yang menjadi dan manakala Kiwi Hijau baru dipindahkan ke polibeg.

Perkembangan seterusnya saya letakkan di blog khas untuk rujukan peribadi kerana ini masih lagi diperingkat kajian. InsyaAllah sekiranya semuanya berjalan lancar, Projek Kiwi Malaysia akan dimulakan dalam 2-3 tahun lagi di Lembah Kelang hasil dari pembakaan sendiri.


 PROJEK IKAN KELAH

Asalnya saya berhajat untuk mengkomersilkan penternakan ikan kelah dengan permulaan anak kelah merah sebanyak 130 ekor. Namun setelah difikirkan kos dan jangkamasa serta penyakit, baki ikan kelah sekarang selepas tolak yang mati lebih kurang 50 ekor adalah hanya untuk peliharaan peribadi (makan sendiri). 

Saya telah berjaya mendapatkan 2 ekor Kelah Biru baka Rompin, Pahang dengan harga RM400 seekor bersaiz 6-8 inci. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan baka, saya terpaksa mengeluarkan modal untuk memelihara Ikan Kelah Biru yang diletakkan khas di dalam aquarium bersaiz 5 x2 kaki.

Akuarium 2nd hand yang baru dibeli 

Proses mencantikkan akuarium bermula 

 Lapisan pertama cat kayu bervarnis

Lapisan cat kali ke2 yang menghasilkan warna lebih gelap 

Proses akhir pengeringan untuk lapisan cat ke 2 yang lebih gelap dan nampak elegan 

Akuarium yang sudah diperbaiki dan dipindahkan ke dalam rumah 

Penghuni baru akuarium 2 ekor kelah biru dan seekor arowana silver 

Agak sukar nak tangkap gambar jelas kerana pergerakan yang laju 

Snap di waktu malam dan warna sirip bawah berwarna biru telah kelihatan 

Sebahagian ikan kelah merah yang dipelihara dalam tangki poly biru

Keseluruhannya, Projek Ikan Kelah terpaksa di jadikan sebagai hobi manakala Projek Anggur dan Kiwi akan dikomersilkan lagi 2-3 tahun InsyaAllah.

6 ulasan:

The Gentlement Farmer berkata...

Tahniah..dalam diam berisi rupanya..Just to share on kiwi, pokok kiwi ada jantan betina dan pokok jantan dan betina perlu diletak bersebelahan untuk pendebungaan. Masalah pokok kiwi di Malaysia sekarang ialah kita tak tau mana jantan mana betina (sebab semai dari biji-bila dah berbunga nanti baru tau).Kat rumah saya ada sebatang, tapi tak tau jantan betinanya sebab belum berbunga lagi. Baguslah u dah start kiwi dan bertambahlah lagi penyelidik kiwi dan mungkin boleh mempercepatkan lagi proses adaptasi di negara kita ni.

Faidzal aka Apai berkata...

TQ, The Gentlement Farmer. Memang di Malaysia masalah baka sebab baru nak mulakan. Kena tunggu 1-2 tahun baru dapat tahu jantan betinanya. Namun teknik pendebungaan manual kerap dilakukan bagi skala komersil. Jadi jangan risau dengan tanaman 1 pokok yg ada tu. Jaga elok2 dan bila dah berbunga nanti kita tengok jantina dan kalau jantan, boleh trade bunga (debunga) nanti. Keep it posted nanti

Mie berkata...

Salam,

Saya tertarik dengan entri ikan kelah biru yg bro Apai tulis ni. Saya sangat berminat nak bela ikan kelah biru baka rompin ni.. kalau tak keberatan boleh saya tau dimana saya boleh dapatkannya tak? saya dari bangi, pernah pergi ke rompin dalam satu hari semata-mata nak cari ikan kelah biru ni di kedai akuarium disana tetapi hampa, tak jumpa.. jadi saya harap saya boleh dapatkannya untuk koleksi akua saya. Harap bro Apai dapat tolong saya ye. Mie -Bangi-

admin berkata...

Hebat! dan Tahniah! saya amat tertarik dengan penaman kiwi yang diusahakan. Saya diperkenalkan oleh rakan dari KedahAgro mengenai seorang pengusaha pohon temperate di Selangor (Dr Arbain)melalui blognya dan kini baru terbaca blog saudara. Saya ada menyemai 'Golden Kiwi NZ' dan kemungkinan membuat sedikit kesilapan pada teknik semaian (petisejuk). Pada mulanya tidak bercambah (lebih kurang 4 bulan), namun saya mengambil keputusan mengeluarkan pada suhu bilik (setelah merujuk kepada beberapa artikel lain). Saya hampir terlupa menyemak keadaan benih2 tapi suatu yang mengembirakan, benih2 tersebut telah bercambh setiggi 1.5inci setelah 2 bulan kemudian-lebih kurang dalam 20 anak pokok. Begitu bersemangat memindahkan anak benih namun kini hanya tinggal 5 sahaja yang masih tumbuh dan berharap yang baki ini akan membersar dengan baik.

wan salmah berkata...

Salam,
Tahniah! Tengok projek anggur rasa berminat pula nak cuba tanam utk kegunaan sendiri.
Anggur jenis apa yg paling baik, maksudnya paling sesuai dgn iklim Malaysia ni, rasa manis, biji halus, isi teballl
Di Kelantan di manakah nak dapatkan benih anggur dan kiwi ya. tq

Faidzal aka Apai berkata...

Tuan Admin, tanam kiwi tak semudah yang disangka, kena ada teknik dan ilmu sebab ianya tanaman baru di Malaysia. Bila menyemai, kena bagi close attention macam baby baru lahir. Kalau Tuan Admin dapat sharekan tanaman dgn gambar kiwi tu menarik juga.

Wan Salmah, Anggur yang mudah dijaga & tahan lasak saya rekomen jenis Isabella. dalam 6-8 bulan boleh prune & buah, lepas 2 tahun, buah InsyaAllah manis. Kat Kelantan x pasti, tp boleh beli online kat Salomawineyard di Perak, penghantaran pos. Yg penting... bayar ajer..

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...