Sponsor Ads

Selasa, 5 Mei 2009

Artikel " Bersatu Teguh Demi Menjana Ekonomi Ummah"

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lamanya, baru kini berkesempatan mencoret urusan selain kursus dan program usahasama.

Saya berada di pejabat cawangan di UiTM selepas Solat Jumaat dan sambil berehat, terjumpalah satu artikel karanganNurul Izzah Sidek yang menarik dan baik untuk dikongsi bersama keluaranUtusan Malaysia dalam sisipan Mega bertarikh 29 Januari 2009.

Antara yang menariknya adalah petikan berikut "Dr. Yusuf al-Qardawi dalamkaryanya Aina al-Khalal pernah berkata: Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup dibumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan di perutnya dan kekayaan yang bertebaran diatasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran daripada galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita. Jadilah kita dalam banyak keadaan PENGGUNA bukan PENGELUAR, PENGIMPORT bukan PENGILANG. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita bangga memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedangkan kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun."

Penulis juga menyatakan pembaca perlu mempunyai rasa tanggungjawab dengan petikan berikut "Pada dasarnya, banyak kelebihan yang dapat dinikmati sekiranya umat Islam bersatu padudalam menjana ekonomi umat sendiri, antara lainnya mereka akan mempunyai kuasamembeli yang tinggi kerana kapasiti jumlah umat Islam yang tinggi menjadikan keperluan barangan dan makanan juga tinggi. Jika kuasa membeli ini dialirkan kepada membeli barangan yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri, akan berlakulah kitaran ekonomi yang kuat di kalangan masyarakat Islam. Selain itu, umat Islam mempunyai ruang dan potensi yang luas untuk memajukan ekonomi sendiri dalam bidang makanan, minuman, dan ubat-ubatan berdasarkan kewajipan untuk menggunakan produk yang halal dan suci pembuatannya."

Semoga pandangan penulis tersebut dapat ditimbangkan dan diusahakan bagi memastikan kedudukan ekonomi yang lebih terjamin.

1 ulasan:

Don Balon berkata...

Assalamualaikum..
Koi setuju pai..
Inilah yanc kita tengoh cube buat sekaranc..
Dan terlalu luas lagi ruanc untuk kita membaiki dan memperelokkannya..
Ma'assalamah,...

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...