Sponsor Ads

Ahad, 21 September 2008

Cabai The Series - Episod Kelantan

Aku kini dipinjamkan di Kementerian Kesihatan dan tugas pertama adalah menjalankan pengauditan di Kelantan mulai 24 hingga 28 Ogos 2008. So seminggu tinggalkan rumah. Di sana, sempat juga singgak di Pasar Siti Khadijah yang terkenal dengan pasar basah dan pelbagai barangan dan pakaian. Boleh dikatakan kaum hawa memonopoli seluruh kawasan ini. Yang lelakinya mungkin sibuk kat kebun kot..



Aku pun sempat membeli keropok dengan makcik ni. masa tengah snap gambar, dia membongkok pulak. Penuh juga tangan membeli keropok kat makcik ni.


Setibanya di rumah pada 29 Ogos 2008, aku terus meluru ke Edible Garden utk meninjau keadaan pokok. Pokok kacang buncis dah naik tinggi dan mula berputik bunga. Manakala cili api pula dah banyak juga berbuah. Pokok terung juga telah mengeluarkan buahnya tapi kurang cantik sebab tak sempat meracun masa gi kelantan dulu.


Inilah hasil cili api dari 3 pokok yang ditanam yang hampir 500gm. Untuk guna sendiri cukuplah. Dah jimat kos beli cili.


Setakan ini dulu, bersambung di episod lain.

Tiada ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...