Sponsor Ads

Selasa, 12 April 2011

Terkini - Tentang Kiwi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masih ingat lagi posting saya pada bulan February 2011 lepas? Anak pokok kiwi tersebut dipindahkan ke pasu pada bulan Disember 2010 setelah beberapa bulan semaian di polibeg. Semaian benih Golden Kiwi dilakukan pada bulan September 2010.

Ini adalah perkembangan terkini setakat bulan Mac 2011 pada usia pokok 7 bulan. Berdasarkan jenis hybrid ini, adalah dijangkakan pokok akan mula berbunga apabila mencecah usia 18 bulan atau setahun setengah. Jadi, ada lagi 11 bulan untuk pokok ini boleh dikenalpasti jantan atau betina bagi tujuan baka khusus. Bulan February 2012 merupakan waktu bersejarah percubaan menghasilkan kiwi Malaysia.

Ini adalah pokok kiwi berusia 7 bulan dengan ketinggian 7 kaki

Pokok kiwi mudah mengeluarkan cabang di celah daun dan di pangkal batang. Sekiranya dibiarkan terlalu banyak, cabang akan mengambil alih tumbesaran dari batang utama. Ini akan mengakibatkan batang utama lambat membesar berbanding cabang da pokok kelihatan kurang cantik.

Pokok kiwi adaalah dari jenis yang menjalar di peringkat awal pembesaran. Namun setelah ianya matang, batang akan bertukar keras seperti pokok anggur. Sebaiknya, setiap cabang dipisahkan dari melilit batang lain  bagi mengelakkan jerutan dan boleh menghalang pembesaran pokok nanti.

Bagi pokok kiwi yang subur, daun akan kelihatan lebar dan sekata terus menjalar ke atas. Sebaiknya gunakan tali yang diikat bagi membantu pokok menjalar ke atas.

Pokok kini berkongsi pergola dengan anggur. Bayangkan bila pokok kiwi matang dan mengeluarkan hasil bersama pokok anggur, alangkah cantiknya permandangan nanti.

Ini adalah gambaran sebahagian pokok kiwi yang berkongsi kasih dengan pokok anggur.

Kini pokok kiwi sudah mencpai paras atas pergola dan ianya akan diajar untuk menjalar seperti pokok anggur.

Setakat ini dulu perkembangan pokok kiwi di Putrajaya. 

Makluman
Saya juga banyak menerima panggilan dan permintaan untuk mendapatkan benih pokok kiwi. Namun saya menjelaskan bahawa saya masih belum dapat menentukan jantina pokok bagi menghasilkan buah. Namun ramai yang masih menaruh harapan untuk mendapatkannya juga. 

Oleh itu, untuk tidak menghampakan permintaan ramai, saya akan mula menyemai kiwi. Namun ianya berdasarkan pada tempahan dan kesediaan stok kerana proses semaian memakan masa 1-3 bulan. Harga akan ditentukan kemudian namun ianya berdasarkan pada saiz anak pokok nanti. Maaf, untuk mendapatkan anak benih nanti, pelanggan perlu memilih dan mengambilnya sendiri dari saya untuk mengurangkan kerosakan anak pokok dalam transit. 

Anda yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghantar emel ke agrofastforward@yahoo.com.my dan saya akan maklumkan bila ianya sedia untuk dijual.

Apa yang terkini?
Untuk makluman, saya sedang menyemai benih pokok delima baka USA yang berwarna merah darah. Buah asalnya rasanya sangat sedap dan semestinya hebat jika dijadikan jus segar. Akan saya maklum kemudian perkembangannya

Sehingga bertemu lagi.




Selasa, 8 Februari 2011

Kiwi Oh Kiwi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bayangkan kek ini ada di hadapan anda sekarang

Nampak menyelerakan


Antara bahan untuk membuat kek tadi


Buah kiwi yang masih segar di pokok

Lebih seronok jika anda ada pokok kiwi yang sedang berbuah di belakang rumah, petik dan hidangkan kepada keluarga, jiran dan tetamu anda.

Mungkinkah?

Ini yang sedang saya usahakan. Tanaman pokok kiwi di rumah. Kini saya telah menanam lebih 35 pokok kiwi emas dan hijau di rumah menggunakan pasu besar. Projek ini saya mulakan pada bulan September 2010 dengan semaian sendiri dari biji.

Ini adalah perkembangan terkini pokok kiwi yang telah dipindahkan ke pasu.

 Anak pokok kiwi yang telah membesar di polibeg
semaian

 Kawasan semaian yang agak padat bila
pokok membesar

 20 biji pasu besar dan tanah khas untuk pokok kiwi

 Proses pemindahan anak pokok kiwi sedang dilakukan
pada 22 Disember 2010

 Pandangan atas anak pokok kiwi yang telah siap
dipindahkan

Pandangan sisi anak pokok kiwi yg dipasang dengan
dripper 

 Setakat penghujung bulan Januari 2011, pokok kiwi
telah mencecah 3 kaki

Sebahagian pokok kiwi di tapak sementara kerana
kekurangan kawasan

Saya juga telah membuka satu forum baru di BicaraJutawan untuk berkongsi maklumat mengenai pokok kiwi. InsyaAllah saya akan maklumkan perkembangan pokok kiwi dari semasa ke semasa.

Sehingga bertemu lagi.

Jumaat, 28 Januari 2011

Blog DVD Kursus Fertigasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kini anda boleh menempah DVD Kursus Fertigasi dengan KLIK DI SINI. & untuk keterangan lanjut mengenai DVD Kursus Fertigasi, sila KE SINI.


1 set DVD Kursus Fertigasi mengandungi 4 keping DVD yang merangkumi 6 modul dengan tempoh rakaman hampir 10 jam.

Dapatkan DVD Kursus Fertigasi SEKARANG.

Isnin, 17 Januari 2011

Pelancaran Video Kursus Fertigasi-Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan DVD Video Kursus Fertigasi akan mula dipasarkan pada 1 Februari 2011 pada harga RM100 sahaja merangkumi 3 keping PC-DVD dengan saiz rakaman melebihi 10GB. DVD tersebut akan dijual pada harga RM100 sahaja dan kos penghantaran menggunakan Poslaju adalah RM10. Kandungan kursus adalah sesuai bagi anda yang ingin menceburi dan mendapatkan ilmu berkaitan pertanian fokus pada tanaman cili merah dan Teknologi Fertigasi. DVD tersebut boleh digunakan di PC dan DVD Player.

Bagi anda yang ingin mengambil sendiri , tiada caj penghantaran dikenakan. 

Bagi bekas peserta kursus, sila hubungi saya melalui emel dengan menyatakan nama penuh, dan tarikh kursus untuk mendapatkan diskaun istimewa.

Bagi pembeli semasa Pra-Pelancaran, tahniah diucapkan dan harap dapat memberikan review mengenai kandungan kursus tersebut. 

Saya memohon maaf terhadap sedikit kelewatan dalam pelancaran yang sepatutnya dijadualkan pada bulan Januari 2011 kerana terdapat masalah teknikal yang perlu diatasi demi memastikan kualiti video dan audio lebih baik.

Sehingga bertemu lagi.

Ikhlas,

M.Faidzal

Isnin, 10 Januari 2011

Pra-Pelancaran Video Kursus Fertigasi Terhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang saya telah maklumkan pada penghujung tahun lepas mengenai projek Video Kursus Fertigasi, kini saya dalam peringkat akhir editing. Disebabkan saiz video yang sangat besar melebihi 6 jam rakaman, ianya akan menggunakan beberapa keping DVD.

Sebagai pelancaran awal, saya menawarkan serta menjemput 5 pembeli dengan harga yang sangat murah berbanding yuran kursus. 

Berapa kos yang saya kenakan?
Sebelum ini saya mengenakan caj yuran kursus fertigasi berjumlah RM200 sehari beserta nota. Untuk kursus versi video ini, akan dijual pada harga RM100 sahaja 50% diskaun dari yuran kursus dan ianya boleh diulang tayang sebagai rujukan dan ini tidak diperolehi semasa kursus biasa.

Namun, terhad untuk 5 pembeli pertama, saya menawarkan harga sebanyak RM50 sahaja atau 75% diskaun dari harga kursus sebenar dengan beberapa syarat atau bentuk kerjasama. 

Apa yang saya perlukan dari 5 pembeli pertama ini adalah komen bahan tersebut dan beberapa maklumat   sebagai rujukan. Maklumbalas dari 5 pembeli pertama tersebut akan saya masukkan sebagai testimoni bahan kursus semasa pelancaran nanti.

Apa Kandungan Video Kursus?

Modul 1 - Pengenalan & Keperluan Asas Fertigasi
Pengenalan Fertigasi
Jenis Tanaman
Alatan Asas
Lakaran Sistem

Modul 2 - Penyediaan Semaian
Pemilihan Benih
Peralatan Semaian
Penyediaan Benih
Kaedah Menyemai - video
Pengurusan Semaian

Modul 3- Penyediaan Tapak & Pemasangan Sistem
Pemilihan Tapak
Penyediaan Lakaran Tapak
Jadual Pelaksanaan Projek
Peralatan Asas
Teknik Pemasangan -video
Ujian Sistem

Modul 4- Pengurusan & Penjagaan Ladang
Pembajaan
Pengurusan Anak Pokok
Penjagaan Pokok
Kawalan Penyakit

Modul 5- Pengurusan Hasil & Pemasaran
Pengumpulan Hasil
Pengurusan Lepas Tuaian
Pemasaran
Analisis Keuntungan

Modul 6 - Rumusan
Komersil atau Edible Garden
Keusahawanan & Jati diri
Senarai Pembekal
Senarai Perjanjian & Dokumen Sokongan
Perkhidmatan Lepas Jualan

Harga RM100 bagi DVD Kursus ini adalah sangat murah kerana walaupun dirakam oleh amatur tetapi ianya mengandungi informasi mengenai penanaman cili fertigasi fresh dari pengusaha dan bukan berbentuk teori semata-mata serta boleh diulang tayang serta dikongsi bersama keluarga. Ia juga merupakan versi kursus digital yang tidak memerlukan anda ke tempat kursus, jimat masa dan kos perjalanan serta penginapan. Sebelum ini ada banyak pasangan suami-isteri, adik beradik dan keluarga membayar kos RM200 seorang dengan diskaun hanya 10% bagi pasangan kedua atau ahli kumpulan seterusnya. Bagi DVD ini, anda terus mendapat penjimatan 50%. Manakala bagi 5 pembeli pertama, harga RM50 untuk tempoh pra-pelancaran, merupakan bonus tambahan atas sumbangan review anda terhadap bahan kursus ini.

Jadi sekiranya anda berminat untuk menjadi 5 pembeli pertama, sila daftarkan diri dengan menghantar emel ke agrofastforward@yahoo.com.my dengan segera dengan menyatakan nama, alamat dan no telefon. Setelah lengkap senarai 5 pembeli, saya akan maklumkan semula di blog ini. Tiada bayaran diperlukan untuk mendaftar. Setelah semua bahan siap, anda akan dihubungi untuk membuat bayaran seterusnya memberikan komen sejurus menerima dan menonton rakaman DVD nanti.

Setakat ini dulu, salam perniagaan.

Ikhlas,

M.Faidzal

Rabu, 8 Disember 2010

Projek Kursus Fertigasi Online

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Projek Kursus Online berjalan dengan baik.. Kini Modul 1 dan 2 sudah selesai dan dalam pembikinan Modul 3-5. Saya terpaksa melakukan rakaman video sendiri termasuk proses editingnya. Agak pelik juga rasanya kerana saya bercakap sendirian berbanding sewaktu kursus sebenar. Kadang-kadang bila bercakap seorang ni susah nak berhenti sebab banyak nak cerita. Cuma takda direct soalan dari participant . InsyaAllah, saya akan sediakan Frequently Asked Questioned nanti.

Sehingga kini, saya telah menerima emel dan panggilan dari ramai yang sedang menunggu hasil Kursus Online ini. Ada yang nak hadir kursus dari Sabah dan Sarawak tapi saya nasihatkan agar tunggu bulan Januari nanti utk dapatkan CD Kursus. Ini dapat jimatkan kos penerbangan dan penginapan di sini. InsyaAllah, segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Harap dapat bersabar, ya.

Nantikan kemunculan pada bulan Januari 2011.

Isnin, 22 November 2010

Kenapa Lama Menyepi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Persoalan blog lama tak update, lama tak menulis memang selalu diterima. Namun diam adalah berisi. Aktiviti fertigasi telah diserahkan sepenuhnya kepada Pengurus Ladang untuk menjalankan dengan kawalan 100%. Kenapa? Azran dah boleh berdikari dan buat keputusan sendiri. Bila lagi nak independent kan.

Namu ruang masa yang ada tidak dibazirkan begitu saja. Aktiviti fertigasi di Dengkil masih berjalan dan diuruskan oleh partner lain.

Apa progress saya sekarang?

PROJEK ANGGUR MINI

Dalam tempoh beberapa bulan ini saya telah menggantikan tapak ujian fertigasi di Putrajaya kepada tanaman anggur. Bermulalah episod tanaman anggur di Putrajaya. Sistem pengairan masih digunakan dan hanya bertukan jenis tanaman. Kaedah ini memudahkan saya untuk menyiram air ke pokok anggur.

Tapak ujian fertigasi yang ditebus guna

Salah satu pokok yang baru dipindahkan ke pasu

Bunga sulung anggur jenis Isabella (merah) dengan pokok berusia 7-8 bulan

Pagola yang dibina sendiri menggunakan kayu keras terpakai 

Kini saya telah menanam sebanyak 17 batang pokok anggur semuanya di dalam pasu besar yang terdiri dari 6 jenis seperti berikut:

1. Isabella
2. I.A.C.
3. White Malaga
4. Al-Phonse Lavelle
5. Lavender
6. Crimson

InsyaAllah kalau ada jenis lain akan cuba ditanam.


PROJEK KIWI

Ini adalah program baru yang sedang dalam peringkat ujian. Saya pun dah berbincang dengan partner di utara untuk mengkaji mengenai kiwi. Semaklum saya kini ada seorang veteran yang telah memulakan kajian kiwi di Kapar. Klang. Kini tiba masanya untuk orang muda mengambil langkah awal bagi memperkenalkan tanaman kiwi ini.

Tanaman kiwi ini agak kompleks kerana ianya masih baru di Malaysia. Namun tiada yang mustahil jika mampu berusaha.

 Anak benih kiwi emas (Golden Kiwi) telah dipindahkan ke polibeg

Anak benih Kiwi Emas sedang membesar 

Perkembangan Kiwi Emas dengan 4 daun

Lihatlah kesuburan anak pokok Kiwi Emas

Benih pertama yang disemai adalah jenis Kiwi Emas lebih kurang 35 pokok yang menjadi dan manakala Kiwi Hijau baru dipindahkan ke polibeg.

Perkembangan seterusnya saya letakkan di blog khas untuk rujukan peribadi kerana ini masih lagi diperingkat kajian. InsyaAllah sekiranya semuanya berjalan lancar, Projek Kiwi Malaysia akan dimulakan dalam 2-3 tahun lagi di Lembah Kelang hasil dari pembakaan sendiri.


 PROJEK IKAN KELAH

Asalnya saya berhajat untuk mengkomersilkan penternakan ikan kelah dengan permulaan anak kelah merah sebanyak 130 ekor. Namun setelah difikirkan kos dan jangkamasa serta penyakit, baki ikan kelah sekarang selepas tolak yang mati lebih kurang 50 ekor adalah hanya untuk peliharaan peribadi (makan sendiri). 

Saya telah berjaya mendapatkan 2 ekor Kelah Biru baka Rompin, Pahang dengan harga RM400 seekor bersaiz 6-8 inci. Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan baka, saya terpaksa mengeluarkan modal untuk memelihara Ikan Kelah Biru yang diletakkan khas di dalam aquarium bersaiz 5 x2 kaki.

Akuarium 2nd hand yang baru dibeli 

Proses mencantikkan akuarium bermula 

 Lapisan pertama cat kayu bervarnis

Lapisan cat kali ke2 yang menghasilkan warna lebih gelap 

Proses akhir pengeringan untuk lapisan cat ke 2 yang lebih gelap dan nampak elegan 

Akuarium yang sudah diperbaiki dan dipindahkan ke dalam rumah 

Penghuni baru akuarium 2 ekor kelah biru dan seekor arowana silver 

Agak sukar nak tangkap gambar jelas kerana pergerakan yang laju 

Snap di waktu malam dan warna sirip bawah berwarna biru telah kelihatan 

Sebahagian ikan kelah merah yang dipelihara dalam tangki poly biru

Keseluruhannya, Projek Ikan Kelah terpaksa di jadikan sebagai hobi manakala Projek Anggur dan Kiwi akan dikomersilkan lagi 2-3 tahun InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...