Sponsor Ads

Isnin, 10 Januari 2011

Pra-Pelancaran Video Kursus Fertigasi Terhad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang saya telah maklumkan pada penghujung tahun lepas mengenai projek Video Kursus Fertigasi, kini saya dalam peringkat akhir editing. Disebabkan saiz video yang sangat besar melebihi 6 jam rakaman, ianya akan menggunakan beberapa keping DVD.

Sebagai pelancaran awal, saya menawarkan serta menjemput 5 pembeli dengan harga yang sangat murah berbanding yuran kursus. 

Berapa kos yang saya kenakan?
Sebelum ini saya mengenakan caj yuran kursus fertigasi berjumlah RM200 sehari beserta nota. Untuk kursus versi video ini, akan dijual pada harga RM100 sahaja 50% diskaun dari yuran kursus dan ianya boleh diulang tayang sebagai rujukan dan ini tidak diperolehi semasa kursus biasa.

Namun, terhad untuk 5 pembeli pertama, saya menawarkan harga sebanyak RM50 sahaja atau 75% diskaun dari harga kursus sebenar dengan beberapa syarat atau bentuk kerjasama. 

Apa yang saya perlukan dari 5 pembeli pertama ini adalah komen bahan tersebut dan beberapa maklumat   sebagai rujukan. Maklumbalas dari 5 pembeli pertama tersebut akan saya masukkan sebagai testimoni bahan kursus semasa pelancaran nanti.

Apa Kandungan Video Kursus?

Modul 1 - Pengenalan & Keperluan Asas Fertigasi
Pengenalan Fertigasi
Jenis Tanaman
Alatan Asas
Lakaran Sistem

Modul 2 - Penyediaan Semaian
Pemilihan Benih
Peralatan Semaian
Penyediaan Benih
Kaedah Menyemai - video
Pengurusan Semaian

Modul 3- Penyediaan Tapak & Pemasangan Sistem
Pemilihan Tapak
Penyediaan Lakaran Tapak
Jadual Pelaksanaan Projek
Peralatan Asas
Teknik Pemasangan -video
Ujian Sistem

Modul 4- Pengurusan & Penjagaan Ladang
Pembajaan
Pengurusan Anak Pokok
Penjagaan Pokok
Kawalan Penyakit

Modul 5- Pengurusan Hasil & Pemasaran
Pengumpulan Hasil
Pengurusan Lepas Tuaian
Pemasaran
Analisis Keuntungan

Modul 6 - Rumusan
Komersil atau Edible Garden
Keusahawanan & Jati diri
Senarai Pembekal
Senarai Perjanjian & Dokumen Sokongan
Perkhidmatan Lepas Jualan

Harga RM100 bagi DVD Kursus ini adalah sangat murah kerana walaupun dirakam oleh amatur tetapi ianya mengandungi informasi mengenai penanaman cili fertigasi fresh dari pengusaha dan bukan berbentuk teori semata-mata serta boleh diulang tayang serta dikongsi bersama keluarga. Ia juga merupakan versi kursus digital yang tidak memerlukan anda ke tempat kursus, jimat masa dan kos perjalanan serta penginapan. Sebelum ini ada banyak pasangan suami-isteri, adik beradik dan keluarga membayar kos RM200 seorang dengan diskaun hanya 10% bagi pasangan kedua atau ahli kumpulan seterusnya. Bagi DVD ini, anda terus mendapat penjimatan 50%. Manakala bagi 5 pembeli pertama, harga RM50 untuk tempoh pra-pelancaran, merupakan bonus tambahan atas sumbangan review anda terhadap bahan kursus ini.

Jadi sekiranya anda berminat untuk menjadi 5 pembeli pertama, sila daftarkan diri dengan menghantar emel ke agrofastforward@yahoo.com.my dengan segera dengan menyatakan nama, alamat dan no telefon. Setelah lengkap senarai 5 pembeli, saya akan maklumkan semula di blog ini. Tiada bayaran diperlukan untuk mendaftar. Setelah semua bahan siap, anda akan dihubungi untuk membuat bayaran seterusnya memberikan komen sejurus menerima dan menonton rakaman DVD nanti.

Setakat ini dulu, salam perniagaan.

Ikhlas,

M.Faidzal

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...