Sponsor Ads

Selasa, 17 Februari 2009

Kursus Fertigasi Bil 4/2009 - Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahniah dan terima kasih kepada semua 19 graduan yang telah menghadiri dengan jayanya kursus pada 14 Februari 2009. Cuma seorang peserta tidak hadir tanpa dapat dikesan. Kursus dijalankan dengan lebih teratur berbanding kursus bil 1/2009 kerana kami telah bersedia. Kursus kali ini dimeriahkan dengan kehadiran seorang selebriti TV3 sebagai peserta  yang juga sporting dengan peserta lain. Kursus kali ini juga disertai oleh 2 orang pemuda berbangsa cina yang ingin bersama-sama menimba ilmu. Saya juga kerap menerima permohonan untuk menyertai kursus dari kaum bukan melayu. Ini menunjukkan bahawa bidang pertanian fertigasi ini bukan hanya menjadi tumpuan sesuatu golongan kaum sahaja. 

Sememangnya sejak awal lagi kami memang membuka ruang bagi semua kaum untuk menyertai kursus yang kami anjurkan. Bagaimanapun, medium penyampaian adalah dalam Bahasa Melayu. Asalkan peserta boleh memahami dan bertutur Bahasa Melayu dengan baik, kami sedia menerima penyertaan anda.

Ahlamdulillah, kursus dijalankan dengan baik walaupun terdapat sedikit gangguan bunyi oleh pasukan band sekolah yang menjalani latihan berhampiran.  Kami mengharapkan graduan dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi dan terus berhubung dengan kami dari semasa ke semasa.
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...