Sponsor Ads

Selasa, 3 Februari 2009

Kursus Akan Datang


AFFE mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada graduan Kursus Fertigasi Bil 2/2009 yang telah diadakan di Pahang. Semoga ianya memberi manfaaat kepada kita semua.
Kami juga mengucapkan Selamat Datang kepada Peserta Kursus Fertigasi Bil 3/2009 yang akan diadakan di Kg Tengah Abi, Perlis pada 7 Februari 2009. Sila rujuk di menu Peta dan Lokasi untuk arah tuju ke tempat kursus.

Bagi tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menyertai kursus yang dianjurkan, masih terdapat beberapa kekosongan bagi Kursus Fertigasi Bil 5/2009 dan tiada kekosongan lagi bagi Kursus Fertigasi Bil 4/2009. 

Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat dinasihatkan bertindak segera sekiranya ingin menyertai kursus anjuran kami kerana tempahan tempat kursus hanya akan dibuat setelah bayaran komitmen RM50 beserta maklumat peserta diterima berdasarkan siapa cepat dan seterusnya pengesahan akan dikemas kini di menu senarai peserta. Sekiranya hanya pertanyaan mengenai kursus dikemukakan dan bayaran komitmen segera masih belum dilakukan, pihak penganjur tidak menjaminkan tempat untuk kursus se;erti yang dimaklumkan.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 27 Januari 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah dan terima kasih kepada 17 peserta Kursus Fertigasi Wilayah Tengah Bil 1/2009 yang diadakan di Presint 16, Putrajaya pada 24 Januari 2009. Semoga sama-sama kita mendapat manfaat daripada kursus tersebut.
Kursus Fertigasi Wilayah Timur -Pahang Bil 2/2009 akan diadakan pada 31 Januari 2009. Senarai peserta boleh didapati di SINI. Para peserta diminta merujuk ke menu peta dan lokasi untuk ke tempat kursus.

Untuk makluman, bilangan peserta telah ditingkatkan ke 20 orang bagi setiap kursus dan hanya akan diadakan pada hari sabtu. Pendaftaran bagi kursus bulan Mac juga akan dipinda kepada hari sabtu sahaja.

Harap maklum. 

Isnin, 19 Januari 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan terdapat pertukaran tempat bagi Kursus Fertigasi Wilayah Tengah-Putrajaya pada 24 Januari 2009. Bilangan peserta juga ditingkatkan kepada 20orang. Oleh itu masih terdapat beberapa kekosongan lagi untuk kursus pada hari tersebut. Bagi anda yang berminat, sila sahkan kehadiran selewatnya hari Khamis 22 Januari 2009 untuk penyediaan peralatan yang mencukupi. Direction ke tempat kursus baru boleh di rujuk di http://affekursus.blogspot.com. Sekian harap maklum.

Sabtu, 17 Januari 2009

Kursus Fertigasi Bulan Mac 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf dipohon bagi peminat blog ini yang ingin mengikuti perkembangan aktiviti Agro Fast Forward. Buat masa ini kami dalam proses mengemas kini maklumat. Harap bersabar.

Kami juga mengumumkan pembukaan kursus bagi bulan Mac 2009 untuk pendaftaran. Kursus akan diadakan pada 1, 14, 15, 28, dan 29 Mac 2009. Untk maklumat lanjut, sila klik ke Menu Kursus dan Latihan atau klik ke http://affekursus.blogspot.com.

Harap maklum.

Jumaat, 12 Disember 2008

KURSUS FERTIGASI SIRI 1/2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan Agro Fast Forward Enterprise dengan kerjasama Abi Agro akan mengadakan Kursus Fertigasi di 3 wilayah utama seperti berikut:

Wilayah Tengah
Kursus Fertigasi Siri 1/2009 
di Presint 11K, Putrajaya
Tarikh 24 Januari 2009

Wilayah Timur
Kursus Fertigasi Siri 2/2009 
di Ladang Fertigasi, Chenor, Maran, Pahang 
Tarikh: 31 Januari 2009

Wilayah Utara
Kursus Fertigasi Siri 3/2009 
di Kampung Tengah Abi, Perlis 
Tarikh: 7 Februari 2009

Wilayah Tengah
Kursus Fertigasi Siri 4/2009 
di Presint 11K, Putrajaya
Tarikh 14 Februari 2009

Sukacita dimaklumkan, setiap peserta akan menerima hadiah berupa sebotol Baja Foliar Super Grow UGF Grow secara percuma pada hari kursus nanti. Maklumat lanjut mengenai baja tersebut boleh diperolehi di http://affeperalatan.blogspot.com

Untuk keterangan lanjut, sila ke menu Kursus dan Latihan atau klik ke http://affekursus.blogspot.com

Tempat adalah terhad. Sekian terima kasih.

Sabtu, 29 November 2008

TEMPAHAN ONLINE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kini AGRO Fast Forward Enterprise melangkah setapak lagi dengan dengan menyediakan penjualan dan penghantaran Baja Cili Fertigasi A/B 100 liter ke seluruh Malaysia. Skop penghantaran hanya ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Kini anda boleh membeli Baja Fertigasi A/B melalui talian dan penghantaran adalah terus ke alamat yang anda berikan. Mudah bukan? Anda akan menjimatkan kos minyak dan masa untuk mendapatkan bekalan.

1 SET BAJA FERTIGASI 100 Liter RM199.00

Kos Penghantaran setiap 1 Set
Semenanjung Malaysia : RM35.00
Sabah/Sarawak : RM130 - (Kos ini yang termurah saya jumpa)
(Bagi pembelian melebihi 5 set, sila email ke agrofastforward@yahoo.com.my untuk diskaun harga.)

1 SET BAJA FERTIGASI 10 Liter (Harga Termasuk Penghantaran)
Semenanjung Malaysia : RM38.00
Sabah/ Sarawak : RM48.00
(Bagi pembelian melebihi 10 set, sila email ke agrofastforward@yahoo.com.my untuk diskaun harga.)

Maklumat ini akan dipindahkan ke menu Bekalan dan Peralatan tidak beberapa lama lagi.

Sekian, harap maklum.


AFFE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...