Sponsor Ads

Selasa, 4 November 2008

Pelbagai Al-kisah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memang banyak perkembangan AFFE untuk dipaparkan. Namun disebabkan kekangan tugas dan masa membuatkan banyak photo yang menarik masih berada di dalam koleksi gambar yang belum sempat diterbitkan. Seboleh mungkin saya akan berusaha untuk mengemas kini maklumat untuk paparan semua.
 
Gambar di bawah adalah pandangan kawasan Pitaya atau tanaman buah naga yang diusahakan oleh seorang pengusaha berbangsa cina. Kawasan tanamannya penuh di bukit. Sekali pandang memang indah dengan kehijauan yang tersusun kemas. Di bahagian kiri pula adalah salah seorang peserta TKPM berbangsa cina yang juga mengusahakan tanaman cili besar tapi menggunakan tanah secara konvensional. 
Selain dari aktiviti pertanian fertigasi, Azran juga menanam jagung dan tebu sebagai hasil sampingan. Sememangnya apabila mengusahakan pertanian fertigasi, banyak luang masa yang boleh digunakan lebih manfaat. Hasil jagung yang ditanam sudah boleh dituai untuk dijual di pasar pagi. Sebelum dituai, sudah menjadi kemestian pose-pose menarik boss dan pengurus ladang dengan hasil sebagai kenangan dan rujukan masa akan datang.

Saya sekeluarga pulang ke Chenor disamping melihat perkembangan tanaman di sana, juga memenuhi jemputan saudara belah isteri yang melansungkan perkahwinan anaknya bernama Azizah di Felda Rentam. Azran pun melepaskan geram berposing memanjat pokok kelapa. Hemm...kalau nak buat santan untuk kenduri rasanya masih tak boleh sebab buah muda lagi. 

Sarina, Azran, Hairuddin serta beberapa adik beradiknya yang lain semasa mudanya aktif dengan aktiviti persatuan sehinggakan pasukan kompang di kampung mereka tinggal di Puchong dulu dimonopoli oleh mereka. Hampir semua adik beradik Sarina mahir memalu kompang dan mereka sering juga dijemput mengiringi pengantin. Jadi apabila ada saudara yang berkahwin, mereka juga yang akan memalu kompang untuk majlis tersebut. Lihat, Sarina menunjukkan skill memukul kompang yang sebati dengan dirinya walaupun sudah berkeluarga sampai anak-anak, Hafidz dan Sufi pun kagum melihat uminya memalu kompang. TU yangberkepit sepanjang uminya berkompang.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Azie dan Soleh, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
Kepulangan kami ke Chenor menggunakan Trition memberikan faedah yang banyak kerana bukan sekadar menjadi kenderaan pengangkutan keluarga, malah mengangkut barang-barang di ladang dengan mudahnya. Ini adalah antara penggunaan Triton kami.


Keadaan di Tapak Fertigasi 2 adalah sedang dalam proses menukar tanaman. Musim yang lalu, kami menanam cili besar sebanyak 3000 pokok hasilnya lebih kurang 1 tan jauh daripada sasaran kerana pokok diserang hebat oleh serangga dari kawasan kejiranan sebab kawasan itu memang sudah menjadi perumahan serangga atau kawasan tanaman sayuran pertanian. Jadi jangkitan penyakit adalah sangat pantas. Untuk musim seterusnya, kami menanam bendi dan benihnya telahpun kami semai. Keputusan ini kami lakukan memandangkan jiran bersebelahan menanam bendi dengan kurang masalah serangga. Sementara menunggu semaian boleh dipindahkan, kerja-kerja maintenance dilakukan antaranya menukar polibeg yang sudah pecah dan membersihkan dripper.




Sebahagian kawasan di bahagian belakang tapak juga ditanam dengan beberapa rumpun tebu.
Ini adalah gambaran keseluruhan setelah pokok cili yang lama dibersihkan untuk tanaman seterusnya.

Ini pula adalah jiran di bahagian hadapan tapak kami yang mengusahakan bendi di atas tanah. Kami melakukan percubaan untuk menanam bendi skala besar di dalam polibeg. Tak cuba maka tak tau.

Di bahagian hadapan kebun, kelihatan rumpunan tebu yang semakin membesar di samping jagung yang ditanam antara pokok tebu. Sekurang-kurangnya, Azran belajar untuk menanam tebu dan belajar cara mengendalikan tanaman tersebut. Tanaman ini juga boleh memberikan hasil yang lumayan sekira diusahakan dengan betul.

Tapak yang mempunyai Rumah Lindungan Hujan kini ditanam dengan terung. Perkembangan terung nampak agak baiknamun ia masih di peringkat awal lagi.


Ini pula semaian bendi yang telah bercambahagak sekata untuk dipindahkan ke Tapak 2 nanti.



Ini pula adalahgambaran cili di Tapak 1 yang telah mengeluarkan hasilnya.

Ini adalah pemasangan bagi lebih kurang 50 polibeg yang ditanam di atas bumbung seorang pelanggan di Puchong. Beliau telah menyediakan ruang yang cantik di atas bumbung car porch yang rata. Ini adalah setup yang telah siap dipasang dengan pam submersible bersaiz sederhana besar.


Ini adalah susulan terhadap cubaan ke 2 menyediakan baja ikan.Berdasarkan perkembangan, apabila bahan dicampur EMAS, proses pereputan dipercepatkan dari sebulan ke 2 minggu. Perbezaan percubaan 1 (kanan) dan 2 (kiri) sangat ketara yang mana pereputan jelas kelihatan untuk percubaan ke 2. Secara keseluruhannya, EMASmemang membantu mempercepatkan proses pereputan untuk mendapatkan baja ikan.


Ini adalah cubaan 1yang telah lebih 1 bulan tapi tiada pereputan berlaku lagi.
Ini pula gambar cubaan 2 yang telah reput dalam tempoh 2 minggu. Jelas kelihatan bahan apungan yang telah reput.


Sehingga bertemu di lain tulisan. Wassalam.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...