Sponsor Ads

Jumaat, 13 Jun 2008

Selesai Fasa Pemasangan Mula Fasa Penjagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sambungan dari coretan lalu...untuk kali ni memang panjang nak tulis...tapi memang pengalaman yang menyeronokkan...

Gambar dibawah adalah semaian benih timun biasa diambil pada 23 April 2008. Jangkaan mula semaian adalah pertengahan April 2008. Kalau perasan di sebelah kanan tu ada bekas semaian juga tapi untuk timun jepun disemai pada tarikh yang sama manakala di sebelah kiri pula semaian benih cili besar. Dan boleh dipindahkan ke polibeg tak lama lagi.

Gambar di bawah ini pula adalah set fertigasi 50 yang telah dipenuhkan dengan anak2 pokok... bercampur-campur. Ada pokok tembikai biasa, tembikai rock melon, cili, timun jepun, timun biasa dan tempat kosong tu untuk terung menggunakan satu sistem pembajaan. Gambar ini diambil pada 7 Mei 2008.

Mungkin ada yang masih kurang jelas tentang pemasangan sistem pam alternatif anti siphon. cam tulah rupanya. Set ini tak dipasang pam penapis kerana menggunakan aip paip dan bekas yang tertutup. Jadi kurang masalah pencemaran air yang boleh membuatkan dripper tersumbat.

Gambar ini diambil pada 9 Mei 2008. Kelihatan pokok timun jepun tu di sebelah kanan antara paip poli cepat membesar berbanding timun biasa di sebelah kirinya. Gambar ini sebagai rekod pembesaran tanaman jenis timun (jepun dan biasa).

Di peringkat ini pokok masih kecil dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Jaring yang disediakan adalah untuk menyokong pokok untuk memanjat. Masa beli tu tak jumpa yang saiz lebih besar, jadi sapu je mana yang ada jual.

Pada 10 Mei 2008, jadual untuk memantau perkembangan kebun di Chenor. Anak pokok telah selamat dipindahkan ke polibeg. Alhamdulillah masih mengikut jadual penanaman walaupun ada kelewatan 2-3 hari..dimaafkan. Ini lah rupa anak pokok yang telah dipindahkan.

Pada petangnya, Kami menerima lawatan dari Shahdenton dan kawannya dari Raub. beliau juga mengusahakan cili besar dalam 1000 pokok dengan bunbumg plastik UV. Mereka datang untuk lawatan sambil belajar. Maklumlah, baru memulakan projek.. Dah tengok tapak 2 yang baru siap, mereka nak tengok keadaan tapak 1 pula. Hemm,.. naik Hilux tu.. sambil berbual, Azran pula sedang sibuk memuatkan cili yang telah dipetik untuk dijual di pasar malam. proses mengangkut macam kat bawah tu.

Keesokan harinya, 11 Mei 08, macam biasa ke kebun, sempat ambil gambar tanaman timun jiran di ladang. Saja ambil untuk buat perbandingan pertumbuhan. Ini tanaman timun biasa cara konvensional.
Ini pula pemasangan yang simple jer. Taknak terlalu canggih sangat sampai mengakibatkan pertambahan kos. Kami menggunakan 2 pam Centrifugal 1HP. Satu untuk baja dan satu untuk air. Buat masa ini kami masih menggunakan pam enjin petrol sebab elektrik masih belum disambung lagi. Enjin ini sebagai standby sekiranya masalah pam atau elektrik tak ada. Jadi tidak perlu risau sangat kalau pam rosak. Sambungan dibuat di luar dan hos inlet plexible tu dimasukkan ke dalam tangki. Biila enjin dah on, valve dibuka untuk menyalurkan air.


Ini pula pokok tebu yang ditanam sebagai pagar depan dan juga crop barrier. Bila dah besar nanti, sambil melepak nanti boleh pekena tebu segar. lagipun elok untuk menjaga kebersihan kawasan tu juga. Kalau tak buat macam tu...bahagian depan tu penuh dengan semak.
Ini adalah perkembangan pokok pada 15 Mei 2008. Ada kemajuan dari segi ketinggian pokok. di bahagian tepi pun telah ditutup dengan silvershine bagi mengurangkan masalah rumpai dan serangga.
Ini adalah gambaran keseluruhan kawasan di plot 1 di Tapak 2. Kami ada 4 plot semuanya. Di Plot 1, kami menggunakan single piping dan dialas dengan batu. Di Plot 2-4, kami menggunakan joint piping tanpa batu bagi tujuan perbandingan.
Kerja di kebun takkan lengkap kiranya Bos AFFE tak turun padang. Tak banyak, sikit2 pun jadilah. Di samping tu sebagai pelan perpindahan perniagaan (Business Succession Planning), anak-anak bos juga diajak bermain2 dengan aktiviti kebun.

Setelah habis tugas di kebun, masa untuk menguruskan mini kebun di rumah Putrajaya. Ini adalah perkembangan pokok timun jepun pada 18 Mei 2008. Pokok ni membesar agak cepat dan daun dia memang segar2. Geram bila tengok. Sambil-sambil membelek pokok, kelihatan timun jepun ni mula nak belajar berbuah. Tu ada kelihatan putik buah timun.



Bulan Mei juga merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh murid2 sekolah dan ibu bapa apabila masing2 ambil peluang untuk bercuti panjang. Tetapi agak berlainan bagi kami yang memulakan cuti persekolahan anak-anak dengan bengkel Mokhdar, Bengkel Intensif 8 Hari Melahirkan Genius Matematik & Sains menerusi Kaedah Mokhdar. Bengkel ini diadakan selama 8 hari berturut-turut di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 6, Bdr Baru Bangi. Jadi kena hantar 2 orang hero dari Putrajaya ke Bangi setiap hari. Apa perbezaan mereka? Ketara..terutama dari segi penghafalan sifir. Si abang (Hafidz) baru Tahun 1 dah boleh ingat sifir dengan mudah contohnya Lan Lan Ku (9x9=81) Ka Ka Nap (8x8 =64) Ja Lan Naga (7x9=63). Teknik menghafal dengan mudah menggunakan singkatan. Si adik (Sufi) lambat sikit sebab dia baru merangkak membaca. Dengan latihan dirumah dengan kerap InsyaAllah dia pun akan laju macam abangnya nanti. Boleh rujuk di link ini

Berbalik kepada program mini kebun di Putrajaya, ini adalah putih buah timun biasa yang baru mula belajar berbuah pada 29 Mei 2008. Putik ini lebih lewat keluar dari timun jepun sedangkan timun jepun buahnya telah panjang seperti gambar di bawah.

Disamping itu, rock melon yang ditanam di dalam polibeg tetapi tidak digantung dan diletakkan di hamparan silvershine juga hebat berbuah. Ini percubaan untuk menanam rockmelon di bawah. Gambar in diambili pada 29Mei 2008.

Ini adalah upacara memetik timun jepun pertama yang diadakan pada 31 Mei 2008. Tarikh-tarikh yang disebut adalah untuk rekod peribadi kami mengenai tumbesaran pokok.
Maka, dengan rasminya pada hari ini kami telah menuai hasil timun jepun yang pertama sebanyak 3 batang dengan berat lebih kurang hampir 1 kilo. Kalau macam ini bos AFFE jual timun, pasti laku cepat. Jangan marah yer bos.. Sebenarnya hari itu kami akan menghadiri hari perkahwinan adik sepupu di Puchong. Sebelum sampai ke majlis tu, sempat kami singgah ke Bukit Puchong untuk membeli benih terung bagi tanaman gantian di tapak 1.

Pada 1 Jun 2008, kami pulang lagi ke Chenor bersama anak-anak untuk percutian Homestay di Kebun Cili. Elektrik di Tapak 2 telah disambung pada 27 Mei 2008 dan pengairan menggunakan pam elentrik telah dimulakan. Ini adalah tumbesaran pokok pada 1 Jun 2008.

Pada masa yang sama perkembangan projek timun oleh jiran di ladang juga dipantau. Sebahagian dari pokok di plot 1 telah dipasang pancang buluh untuk menyokong pokok manakala di plot lain telah dipasang tiang pancang utama.
Kami membuat keputusan untuk menyambung cuti bagi memenuhi jemputan untuk mengadakan taklimat mengenai sistem fertigasi di Sekolah Menengah Jengka 12 pada 2 Jun 2008. Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Zairul yang memberikan kepercayaan untuk kami memberikan taklimat kepada murid2 beliau. Di samping itu, kami juga memberikan diskaun khas bagi pembelian set 20 pokok menggunakan pam 0.5hp dengan pemasangan percuma demi membantu anak2 Felda memahami dengan lebih jelas mengenai sistem fertigasi.
Taklimat hari tersebut disampaikan oleh Pengurus Ladang, Azran dan Hairudin selaku Penolong Pengurus bertugas memasang peralatan. Jurukamera dibawa khas dari Putrajaya. Azran senyum lebar sebab ramai pelajar yang hadir adalah perempuan dan comel2 belaka manakala pelajar lelaki memang sporting.
Ini lah orang kuat SMK Jengka 12 dan AFFE bergambar kenangan sebagai bukti sumbangan mereka memajukan anak-anak bangsa. Patriotik sungguh.

Aktiviti petang itu disambung dengan lawatan ke kolam ikan patin di rumah pakcik di Felda Rentam, Tugas orang kuat AFFE adalah mendapatkan ikan patin untuk dipanggang di kampung. Memandangkan ada 2 keluarga pulang bercuti bersama di kampung, maka banyak juga ikan yang perlu di bawa pulang.
Setelah selesai aktiviti di kampung, kami pulang ke Putrajaya dan aktiviti mini kemun juga disambung. Ini adalah buah timun yang agak panjang diambil gambar pada 4 Jun 2008 dengan panjangnya 1 kaki. Beratnya pula hampir 340 gram sebiji.
Pada 8 Jun 2008, Azran datang ke Putrajaya dan kami bertolak ke hulu Langat untuk melawat kebun cili teman di Batu 16 milik Azrin Hashim. Lalu kami pertemukan mereka berdua. Azran Hashim (Chenor) bertemu Azrin Hashim (Hulu Langat). Seperti yang Azrin beritahu, pokok cili beliau adalah setinggi orang dewasa macam gambar ni.

Kami pulang dengan dibekalkan 2 biji pisang tanduk yang menjadi favourite kami. Terima kasih daun keladi yer..nanti datang lain kali harap2 dapat lagi...semoga dimurahkan rezeki

Inilah timun biasa pertama yang sudah besar diambil gambar pada 12 Jun 2008. Jadi kalau pembaca ingin menanam menggunakan fertigasi mini, elok menanam timun dalam 2-3 polibeg, cepat dapat hasil dan mudah penjagaannya.

Walau sehebat mana pun kami menanam cili di kebun, namun di Putrajaya masih tak dapat mengawal serangan serangga kerana senjatanya tak cukup. Bahan2 pelindung diri banyak di kebun dah tak di mini kebun.

Ini pula hasil pertama rockmelon yang ditanam di atas hamparan silvershine. Dituai pada 12 Jun 2008
Pada hari yang sama, kami bersyukur kerana sahabat baru DolMalek yang dikenali dari alam maya baik hati menghadiahkan benih pokok mulberi untuk ditaman di Putrajaya. Semoga dimurahkan rezeki. Dol bertugas di EPU Putrajaya dan tinggal di Bukit Mahkota. Kami berjumpa di waktu rehat di Kafe Imigresen dan beliau menyerahkan benih dan buah naga dari ladang beliau. Untuk makluman pembaca, Dol Malek mengusahakan buah naga jenis merah di Melaka dan buahnya manis...Buah Naganya boleh diperolehi di gerai buah-buahan di Taman Warisan dimana beliau menghantar buah naganya untuk dijual. Pembaca yang berhampiran boleh ke sana untuk merasa buah naga merah yang manis tu.

Berbalik kepada buah mulberi, pokok ni banyak khasiatnya dari akar hingga ke daun. Ia adik beradik beri yang lain.. Nak tau rupa poko dan buah mulberi ni klik ke sini http://www.crfg.org/pubs/ff/mulberry-big.jpg
InsyaAllah akan sambung di lain kali..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pakai baju hujan je, beli kat Giant untuk pakai masa sembur racun.

Rock melon tu nampak mengancam sungguh la Abg Faidzal. Sure manis

Regards,
Mohd Ashraf bin Hj. Shuib
http://mohdashraf.com "Blog Siswazah Tani Moden"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...