Sponsor Ads

Jumaat, 16 Mei 2008

Catatan Mei 2008 - Sambungan Pemasangan Tapak 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sambungan kerja pemasangan di tapak 2 di TKPM Kg Bunian. Sebelum itu...macam biasa..iklan sekejap... Pada 1 Mei 2008, aku balik ke Chenor...biasanya hari Khamis tu ada pekan sehari..atau pasar pagi tapi rupanya telah dipinda ke hari sebelumnya kerana ada pesta berakit di Pahang yang melalui kawasan Chenor... ramai ler pak polisi dan abang2 baju hijau kat kawasan tu. Memang ramai orang nak tengok pesta berakit tu..memang acara tahunan Negeri Pahang.
Namun aku dan keluarga beruntung kerana tidak perlu bersesak di tepi jambatan dan jeti bersama orang ramai.. kami punya port yang baik sekali untuk menyaksikan acara tersebut..tempatnya adalah .......di belakang rumah... sebab rumah kampung kami di tepi sungai..jadi bila diorang lalu...kami pun mulakan kerja2 menyakat mereka2 yang tengah panas berdayung tu... ajak singgah minum dulu lah,.... offer air kelapa muda lah... diorang tengah panas2 terik dan kehausan tu .... tu yang seronok masa tu... ni hah sedikit gambar yang diambil guna phone camera jer... macam gambar2 lain.






Kami tak tunggu sampai rakit2 tu habis...tak larat nak kacau lama2. Petang tu acara kutip cili... ni ha hasil kutipan... gambar kurang cantik sebab ambil gambar waktu malam... tapi daripada takdakan... boleh lah...


Keesokan paginya kerja memasang sistem fertigasi disambung....60 % telah siap dipasang.. memang banyak kerja nak dilakukan...tapi buat..jgn tak buat... ni sedikit gambar yang dah siap.

Dalam perjalanan pulang tu aku rasa bertuah dapat menikmati satu pandangan luar biasa di angkasa..aku sempat rakam beberapa gambar tapi warnanya tidak seperti keadaan sebenar... ruang angkasa disebalik awan berwarna warni bukan macam pelangi tetapi berserakan disebalik awan... macam kat gambar di bawah..Keadaan ini juga telah dilaporkan di surat khabar.. rupanya hanya kelihatan di kawasan Pahang sahaja... namun aku takleh lama sangat sebab kena bergegas balik... sebelum tu aku singgah di Tapak 2 dulu..



Aku nak balik Putrajaya, Tokki aku pun nak ikut sekali... apa lagi..aku angkut jer...Sampai di Tapak 2 Tokki aku pun nak bergambar sama ngan bebudak kat kebun. Aku belasah jer ambil gambar mereka.

Tu dia geng2 jantan belaka..Semua tu bujang2 belaka termasuk yg berkopiah putih tu.. dari kiri tepi Hairudin (abg Azran-adik ipar aku gak), Firdaus (dia ni rajin kerja ngan kitorang, masih sekolah tktn 3 lagi tapi buat kerja lepas sekolah dan hujung minggu.)Tokki Sahak (Duda) Hafiz (abg Firdaus, masih sekolah tktn 5) dan Azran (Bos di ladang). Kerja2 pemasangan sistem semua dilakukan oleh anak tempatan yang muda2 ni. Ni sebahagian gambar yang dah siap pasang polipaip dan tiub.

Samapi di rumah, aku mulakan projek aku lagi satu... Upgrade sistem mini 10 pokok kepada sistem fertigasi sederhana 50 pokok. Ni gambar tepi rumah sebelum pemasangan.


Ini adalah batu bata yang aku beli sebanyak 102 biji dah diangkut menggunakan kereta Waja aku tu..nak upah lori angkut tak berbaloi...belasah jer...
Kerja2 memasang sistem fertigasi 50 tu aku mulakan malam tu juga...aku mulakan dalam pukul 8.30 mlm tapi ada pelanggan datang beli mini set 10 DIY dan aku bagi penerangan sekali tup2 habis pukul 10 mlm. aku pun sambung kerja sorang2. habis kerja lebih kurang pukul 2 pagi.. ini lah lebih kurang rupa nya..Nampak lebih kemas dan teratur.


Okey siap upgrading system di rumah aku. jadi dengan sistem ini aku boleh tinggalkan tanpa was2 sebab tangki baja tu boleh tahan seminggu (200 liter) untuk sekali bancuh.
Aku ke Chenor hampir setiap minggu selagi sistem di tapak baru tu belum selesai. 10 Mei 2008 aku balik lagi untuk menyiapkan tugas disamping memantau kerja2 yang dilakukan oleh Azran.

Ini adalah benih semaian yang disemai lebih kurang 4000 pokok utk tapak 2 yang berusia 3 minggu. Benih naik cantik dan sekarang aku tak risau tentang pembenihan. Azran boleh uruskan.


Aku juga telah mendapat bekalan Green Patrol (GP ) dr Dr Ahmad ZamZam. ini akan digunakan dengan kerap di kedua2 tapak.
Hah, tu dia, bos besar AFFE posing depan 30kg cili yang dah siap dibungkus untuk dihantar kepada peraih.


Diwaktu ini, di TKPM Kg Bunian, kontraktor dah pasang wiring untuk masuk elektrik. Jadi tak lama lagi bila elektrik masuk aku takda masalah lagi memikirkan macam mana nak pam baja.

So kerja2 di kebun untuk kali ini selesai...disamping meninggalkan pesanan kepada pengurus ladang untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja di kebun.
Ingat lagi sistem yang aku pasang minggu sebelumnya. Benih timun yang aku semai pun dah boleh dipindahkan ke polibeg. ini lah rupanya separuh timun jenis jepun dan separuh lagi timun biasa.

Ok, kita sambung lain kali.

1 ulasan:

Islam In Us berkata...

Assalamu alaikum,

Nice chilies. Hope you don't mind I take one pix for my blog.

http://islaminus.blogspot.com/2008/09/pondok-hj-salleh-sik-29808.html

thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...