Sponsor Ads

Rabu, 9 Januari 2008

New Year Issue 2008

8 Januari2008
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Memang banyak perkara berlaku setelah aku kembali dari Korat, Thailand. Dengan kejayaan Atlet Malaysia membawa pulang 68 pingat emas di rangking ke 2 selepas tuan rumah Thailand, merupakan kebanggaanbagi diri aku kerana menjadi sebahagian dari detik-detik bersejarah. Aku dan teman sepejabat berpeluang untuk menghadiri upacara penutup Sukan Sea Ke-24 setelah 2 kad VIP diberikan bagi menyaksikan upacara bersejarah tersebut. Aku pun bila masuk ke Stadium mencari tempat di hadapan agar nampak lebih jelas. Hemm... itu kenangan yang sukar dilupakan.

Ok, sambung perjalanan AGRO Fast Foward Enterprise. Sampai jer aku kat rumah... tapak ujian menjadi tumpuan. Ni perkembangan pokok rock melon dan cili merah yang disemai sejak 25 November 2007, pindah benih rock melon ke polibeg pada 7 Disember 2007 dan gambar ni diambil pada 18 Disember 2007 selepas aku pindah cili merah ke polibeg pada malam 17 Disember 2007.
Pada petang 18 Disember 2007 tu aku melawat ke ladang Sifu Hanan untuk meninjau keadaan benih yang telah disemai. Wah!!! Benih dah besar2. Aku risau pulak kalau lambat pindah pokok cili tu bantut pulak. Dah lebih sebulan tu tetapi keadaan banjir di Chenor,Maran,Pahang masih tak tahu lagi bila oknya.

Pada 24 Disember 2007, aku pulang untuk melihat keadaan Chenor dengan berbekalkan barangan kering untuk keluarga di sana. Sebahagian besar kawasan dah surut Cuma laluan masuk utama ke Kampung Tanjung Kertau, Chenor masih digenangi air setinggi pangkal peha. Dekat 500meter juga aku meredah air baru sampai ke kawasan rumah. Alhamdulillah,kawasan rumah tu dibina di atas tebing sungai yang tinggi dan air naik hanya setakat kawasan tapak yang dibersihkan. Peralatan dan polibeg yang telah diisi tidak terjejas. Namun sehingga hari itu, air paip dan bekalan elektrik telah terputus hampir 2 minggu. Bekalan air dan api hanya pulih pada 31 Disember 2007.
Buat sementara waktu, aku kena tunggu tapak betul-betul kering baru boleh mulakan kerja pembersihan sebahagian kecil lagi tapak dan pemasangan paip.

Ini pula gambaran 10 polibeg yang mana 4 polibeg adalah rock melon dan 6 polibeg cili merah yang dibekalkan oleh MAFC dulu untuk ujian. Gambar ini diambil pada 27 Disember 2007 iaitu 1 bulan selepas benih di semai. Terdapat daun pokok rockmelon yang kekuningan. Aku syaki kekurangan baja ataupun penyakit. Tapi pokok lain tak menjangkit. Aku biarkan dulu tengok perkembangan.



Pada 29 Disember 2007 aku dan keluarga pulang ke kampung kerana sepupu isteri aku berkahwin di Felda Rentam. Kamiterus ke Felda Rentam dulu untuk buat apa yang patut dulu. Petang tu kami nak ke Chenor tengok keadaan rumah kat kampung tetapi mak mertua aku tak nak ikut. Hemm...takpelah, kurang sorang penumpang. Aku pun nak ambil tokki aku yang masih kat sana dan dia pun nak Felda Rentam juga. Kami pun singgah sekejap ke kandang kambing epawah.com di Bohor sebab baru sehari dua ni jalan ke sana boleh dilalui. Pertama kali aku berjumpa En Aslan dan isteri Pn Suzana. Mereka berdua je yang ada kat sana. Menurut Aslan, lebih kurang 58 ekor kambing yang terkorban dalam kejadian banjir tu tapi tak tau siapa tuan punya lagi dan mereka nak buat pengesanan pada malam tu. Aslan juga maklumkan beliau telah memohon bantuan gantirugi dari pihak berkenaan. Tak tahu samaada dapat ke atau tak. Itu untuk mengurangkan perbelanjaan membeli semula kambing yang terkorban. Aslan juga sedang berusaha untuk memindahkan kandang keBatang Berjuntai . Disamping jarak lokasi yang dekat, ianya juga berdekatan dengan market dan mudah untuk memasarkan hasil nanti. Beliau juga bercadang untuk mengembangkan aktiviti perkambingan tapi masih dalam peringkat perancangan. Menurut Aslan, mungkin bulan Februari kambing-kambing akan dipindahkan ke tempat baru. Maaf gambar yang aku ambil ntah kemana hilang pulak. Lain kali aku singgah lagi ke sana amik gambar banyak-banyak.

Sampai ke Chenor dan pukul 6.30ptg pastu air baru sampai tapi elektrik takda pulak. Dengan budak-budak yang ramai (anak-anak aku dan sepupu mereka lagi 4 orang) kami buat keputusan pergi ke Temerloh dan stay kat Hotel Swiss@RM80 semalam. Makan pun pudah dan api air takda masalah.

Keesokannya kami ke Felda Rentam untuk majlis perkahwinan (hari besar). Maklumlah, dah ada projek kat kampung, kena kenal sedara sebab buat kat tanah keluarga. Habis majlis tu kami pulang semula ke Chenor untuk hantar pak mertua aku balik ke rumah dalam pukul 3 ptg. Gedebak-gedebuk pukul 6.15 aku dan keluarga bertolak dari rumah untuk ke tapak projek ke 2. He!he!he! tapak pertama pun belum siap dah cari tapak ke 2. Tapak ke 2 di Taman Makanan Kekal Pertanian tu untuk expansion dan kontingensi kiranya berlaku banjir lagi boleh bawak lari pokok ke sana. Jarak tapak ke 2 dari tapak 1 lebih kurang 5-10 minit dengan keluasan aggaran 2 ekar. Tanah tu milik Jabatan Pertanian. Aku dah berurusan dengan En Khalil, Penolong Pengarah Pertanian Maran untuk menggunakan tanah yang memang dikhaskan bagi pertanian fertigasi. Beliau bersetuju benar bila tahu aku nak guna tanah tu untuk fertigasi sebab mereka pun sedang menggalakkan petani konvensional menggunakan teknik fertigasi. Ni rupa tapak yang masih belum dibersihkan. Bersempadan dengan tapak tu juga dah ada seorang Mejar (B) Johari yang juga akan memulakan lada fertigasi terbuka. Takpa... boleh sama-sama belajar dan pastu market pun boleh kongsi2. Yang dah ada sayur tu peserta lain yang guna cara konvensional. Dia dah 15 tahun mengusahakan pertanian kat situ dan luas juga kawasan dia.


2 Januari 2008, haripertama anak sulung aku Hafidz ke sekolah rendah. Seronok dia sebab pakai baju, kasut, beg baru. Dia takda masalah macam zaman aku kanak2 dulu sebab dia dah mula sekolah tadika sejak umur 3 tahun lagi. Anak aku yang ke dua pun mengekor jelah sebab tahun depan 2009 baru dia boleh ikut abang dia ke sekolah sama. Isteri aku cuti 3 hari nak uruskan budak-budak tu.

5 Januari 2008 bermula lagi alkisah aku seorang pelajar...Aku dah daftar sambung belajar di UiTM favourite universiti aku ambil kursus PhD in Accountancy. Sendiri sponsor, Jabatan tak biaya.Sambil Kerja, Belajar, Meniaga, Keluarga. Ni aku saja menggatal sambung.... cari penyakit....cita2 sendiri dan push myself to the limit... Ayah aku sekolah sampai darjah 6 dan dia suruh anak dia ni belajar lebih pandai dari dia. Nanti anak aku pulak aku suruh dia belajar lebih pandai dari ayah dia ni. Sebagai motivasi bahawa dalam keadaan apa sekalipun TIADA ALASAN YANG MENJADI JAWAPAN TETAPI DENGAN USAHA SENTIASA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. Bapakdia boleh anak mesti lagi boleh. MALAYSIA BOLEH!!!

5 Januari aku semai lagi 5 jenis benih. 6 biji benih honeydew, 4 biji benih cili api kecil, 2 biji benih terung bulat, 4 biji benih kobis bulat dengan 2 varieti. Kobis tu adalah benih dari MAFC. Aku pun saja cuba tanam sekali. Bila ada hasil nanti aku suruh mak mertua aku jual kat kedai tempat dia biasa beli barang. Mak mertua aku kaki niaga. Hasil RM tu bagi jelah kat dia. Aku bukan kisahkan hasil jualan tapi keputusan hasil pokok tu sudah menguntungkan aku.
7 Januari 2008, Pasukan khas dari AgroGO untuk melakukan kerja pemasangan peralatan dah sampai dalam pukul 1 petang. Mereka akan tinggal di rumahpak mertua aku sampai kerja siap. EC meter yang aku beli dari Sabakagro dah sampai. Bila dapat je cepat-cepat aku test kandungan baja. Memang confirm kurang zat. bacaanEC dalam 1.14 dan lepas aku tambah baja dan EM, bacaan terus naik 2.00. Okey pastu aku tukar kekerapan baja dari 5 kali 2 minit kepada 5 kali 5 minit sebab aku rasa dulu pokok tu kurang makan.

8 Januari aku singgah di Tesco dan macam biasa, aku akan ke tempat sayurtengok cili merah yang ada di sana. Bila aku tengok kat bakul tu rupanya ada cili merah import dari China RM3.20 setiap 500gm. Harga pulak lebih kurang sama dengan cili tempatan dari Cameron. Supplier yang import tu pulak tokey besar kat Pasar Borong Selayang. Aku rasa mungkin ini kerja diorang mainkan harga cili sampai import cili dari china dan bekalkan kat pasaraya besar plak tu. Aku confident itu cili import sebab dilabel tu dinyatakan diimport dan diedarkan oleh PSFV.

Azran, Pengurus Ladang di Chenor kata kolam 20x10 kaki dibahagi dua dengan setiap bahagian 10x10 dah siap. Akupun buat kira2 dan order 1500 benih patin. Aku jangka survival dalam 1000 ekor jer kot. Tinggal pammacam kat akuarium tu jer yang aku nak beli. Pastu kolam dah ready. Jangkaan bulan 6-7 nanti ikan dah besar dan boleh jual lah...kalau aku balik plak drawing out patin untuk guna sendiri la. Jimat RM12 sekilo.
Okey, banyak dah nih... nanti sambung lagi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Asalmualaikum...

apakabar?..wah kesiannya kau orang kena bah hari tu...aku kalau aslan tu tak call partner aku..aku tak tau..terkejut wan citer kat aku kandang epawah kena banjir..menjawab woo dengan client..btw..aku tak tau lah resultnya apa..tapi dengar kata aslan nak pajak tanah partner aku nie kat hulu langat..kawasan memang cantik..cuma kami nak guna sendiri masa mula2 tak larat nak memikirkan camna nak design kandang kambing tu atas bukit...hehehe. kalau berminat kami tak kisah nak berkerjasama malah kami tak caj tinggi pun(kerana tanah hulu langat value tinggi)..sebab kekurangan faktor tersebut..kalau ada kemahuan dan cara untuk menggunakan tanah bukit tu..no hal..

Tanpa Nama berkata...

Aslm wbh saudara,AgroGO ni dari mana ek? boleh beritahu berapa kos utk buat fertigasi ni..Saya pun berminat juga.Tq

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum
Kalau tak silap saya, untuk rock melon, kena pakai baja rock melon dan boleh dipakai juga untuk buah lain baja tu. Tapi baja buah lain tak boleh pakai utk rock melon, nanti buah tak manis.

Faidzal aka Apai berkata...

Mybob, sebagai client saya tak dapat komen banyak sebab kurang transparency mengenai keadaan kambing. Walaupun setakat 12 Feb 08 ni masih tak tahu berapa ekor kambing milik saya yang terkorban walaupun telah 2-3 bulan berlalu.

Azwan,pakej promosi fertigasi akan saya update tak lama lagi dalam blog ini, boleh email saya di agrofastforward@yahoo.com.my untuk maklumat segera.

Mohd Ashraf, memang baja untuk rockmelon ada perbezaan beberapa unsur tetapi disebabkan ujian utama saya adalah cili dan rockmelon tu hanya nak tahu perkembangan je. saja cuba2. Bgmanapun terima kasih atas maklumat tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...