Sponsor Ads

Selasa, 20 November 2007

Hari Keramat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam beberapa hari ni aku agak sibuk dengan urusan perniagaan dan tugas rasmi di pejabat. Pada 14 November 2007 adalah tarikh keramat yang mana aku telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Perakaunan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istiadat Konvokesyen ke 67 Universiti Teknologi Mara.
Aku ditemani isteri tersayang di majlis itu. Selesai sudah satu amanah dan perjuangan. Namun masih banyak lagi perlu diperjuangkan. Sesungguhnya perjuangan aku dalam menimba ilmu masih belum berakhir. InsyaAllah setelah beberapa perkara asas selesai aku akan berusaha dan berjuang sekali lagi untuk naik ke atas pentas di Dewan Seri Budiman buat kali ke empat. Sementara itu, aku fokuskan masa yang ada ini menguruskan perniagaan yang baru bermula.

Setelah habis sesi pertama Istiadat Konvokesyen ke67, UiTM, aku dan isteri menuju ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Plaza Sentral, Shah Alam. Sekali lagi tarikh keramat ini memberikan pelbagai kenangan. AGRO FAST FORWARD ENTERPRISE secara rasminya didaftarkan dengan nombor pendaftaran SA0069689-A. Maka perjalanan aku bertambah kukuh menuju destinasi yang telah dirancang.

Pada 17 November 2007, aku dan Azran (Pengurus Ladang) pulang ke Chenor untuk menguruskan kerja meratakan tanah. Bertolak dari Putrajaya pukul 6.15 pagi dan tiba di Chenor pukul 8.15 pagi. Setelah berurusan dengan En Katan, kontraktor di Chenor yang akan menguruskan kerja pembersihan itu, aku bersetuju menggunakan excavator dengan kos berjumlah RM2,300 termasuk RM800 trailer pengangkut bagi keluasan tanah seekar lebih. Itupun masih banyak pokok durian yang pak mertua aku sayang sangat.
Kerja pembersihan tu agak sukar kerana terpaksa mengelakkan pokok yang banyak ditanda untuk tidak diusik. Pada petang hari Sabtu itu juga aku dan Azran sempat ke Pejabat Fama Maran untuk menghantar borang permohonan Ladang Kontrak serahan tangan. Walaupun pejabat tutup, tetapi kami bernasib baik kerana terdapat seorang lelaki yang sedang mahu keluar dari pejabat tersebut. Aku meminta pertolongan untuk menyerahkan borang tersebut kepada Pengurus Fama Daerah. Orang tu memang sporting dan bersetuju menerima surat tu untuk diserahkan pada hari Isnin nanti. Selesai lagi satu tugas penting. Kerja pembersihan dimulakan pada pukul 4 petang hari Sabtu dan berakhir pada hari Isnin pukul 6 petang. Aku terpaksa pulang awal pukul 3 petang hari Ahad kerana terpaksa bertolak ke Kuching dari KLIA dengan penerbangan pukul 8.50 mlm. Dengan keadaan sedikit hujan sepanjang perjalanan, aku tiba pada pukul 6 petang dan pukul 7 mlm bertolak ke KLIA.Fuhh!!! memang suntuk masa yang ada.Namun atas tugas dan tanggungjawab, aku teruskan juga.

Setelah selesai tugas di Kuching, aku pulang ke Putrajaya pada hari Isnin penerbangan pukul 4 petang. Aku sempat juga membeli cili yang dikatakan sangat pedas di Sarawak. Kalau tak silap, cili Beronong yang bentuknya macam mini capsicum, cili jarum dan cili tomyam. Saja nak buatbenih kalau jadi. Setibanya di KLIA pukul 6 petang aku terima panggilan dari Sifu Hasnan dan memaklumkan penghantaran 2 lori 5 tan untuk penghantaran media ke tapak projek dalam pertengahan minggu ini. Aku pun perlu berjumpa dengan sifu bagi menyelesaikan beberapa persoalan penting. InsyaAllah, 3 Disember 2007, pemasangan sistem fertigasi terbuka akan dimulakan. Azran pula akan menetap di kampung bagi menguruskan projek ini secara sepenuh masa. Aku juga akan menguruskan pemasangan pagar kawasan dan beberapa kemudahan di rumah sana. Apa-apapun, hari Sabtu ini, aku, Azran dan Sifu Hasnan akan ke Seremban bagi meninjau beberapa peralatan tambahan dan hari Ahadnya kelas intensif fertigasi di Kajang.

Oh lagi satu yang menyeronokkan aku. Maklumlah dengan latar belakang kira2, aku sering memerhatikan kaunter pelawat dan pada 20 Disember 2007, bilangan pelawat telah mencecah 2,000 orang. Memang seronok bila tengok ramai yang berminat mengikuti perjalanan usahaniaga ini. Terima kasih juga kepada bloggers dan webmasters yang sudi meng'link'kan blog ini ditempat anda. Ada juga blog cikgu yang mencadangkan pelawatnya yang majoriti terdiri dari pelajar sekolah menengah untuk melawat blog ini. Sokongan anda semua membuatkan hati ini sentiasa bersemangat untuk berkongsi pengalaman dalam blog ini.


Aku akan sambung pada coretan akan datang. InsyaALlah, minggu hadapan coretan akan dibuat di Port Dickson kerana berkursus dan pada pertengahan bulan Disember nanti aku akan melaporkan perkembangan dari Korat, Thailand kerana bertugas di sana.

4 ulasan:

PakTani berkata...

Tahniah apaii....congrats..congrats

mael berkata...

Tahniah.. Bro..

Hari Keramat yang banyak memberi rahmat..
Moga terus maju..

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak saya nak letak link ke website saya? saya buat penternakan ikan keli, Bekal Benih, Pellet n keli segar.
Trader untuk Lembu baka KK.
Kalau boleh bagi tau, sms i ker hafiz- 012-2481986 / 019-3081416

Faidzal aka Apai berkata...

mekasih pak tani dan nagamadu. hafiz boleh aja.link adalah untuk kemajuan bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...