Sponsor Ads

Jumaat, 12 November 2010

MAHA 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lebih kurang 2 minggu lagi akan berlangsung pameran  tahunan yang kini akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 26 November - 5 Disember 2010. Sejak melibatkan diri dalan pertanian, saya berusaha untuk ke pameran yang berlangsung di Serdang yang hanya diadakan 2 tahun sekali. Dan semestinya program di Serdang adalah yang terbesar berbanding di negeri. Jadi bagi anda yang berkesempatan, jangan lepaskan peluang ini.

Jumaat, 29 Oktober 2010

KURSUS FERTIGASI CILI SECARA ONLINE

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saya kerap menerima panggilan dari merata negeri malah dari Sabah dan Sarawak juga untuk menghadiri kursus fertigasi cili merah yang dianjurkan. Buat masa ini, saya hanya mengadakan kursus berdasarkan permintaan secara berkumpulan atas kesuntukan masa untuk mengadakan kursus lebih kerap.

Namun untuk tidak menghampakan banyak permintaan, saya bercadang untuk mengadakan kursus secara online melalui rakaman video,  keterangan bertulis, nota serta maklumat digital yang boleh didownload pada bila-bila masa. Yuran akses kepada semua kemudahan kursus akan dikenakan kepada mereka yang berminat.  Beberapa modul kursus akan disediakan meliputi peringkat asas pengenalan, penyediaan baja, benih, pemasangan sistem fertigasi, penjagaan, pemasaran dan penyediaan rancangan perniagaan.

Saya menjangkakan semua infrastruktur akan sedia dan mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Yuran akses Kursus Fertigasi Cili  Secara Online masih belum ditetapkan. Yuran akses dijangka lebih murah berbanding yuran kursus sebelum ini iaitu RM200 seorang. Sehubungan itu, anda berpeluang untuk mencadangkan yuran kursus yang bersesuaian.

Sehubungan itu, sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk menambahbaik program tersebut, sila emel ke agrofastforward@yahoo.com.my atau berikan komen di bawah.

Ahad, 3 Januari 2010

KURSUS FERTIGASI 01-2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Adalah dimaklumkan Kursus Fertigasi Bulan Januari 2010 akan diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Kejiranan Presint 9 (pagi) & No 12Jln P11 K/8 Presint 11 (petang)
Waktu : 9.00 pagi - 5.30 petang

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di htp://affekursus.blogspot.com

Sekian, terima kasih,

Jumaat, 13 November 2009

KURSUS BIL 13/2009 NOVEMBER 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan, Kursus Fertigasi akan diadakan pada 21 November 2009 (Sabtu) di Putrajaya. Sila rujuk di menu Kursus dan Latihan atau klik ke http://affekursus.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Bagi pendaftaran melebihi 2 orang, diskaun 10% atas yuran kursus.

Harap maklum,

Rabu, 14 Oktober 2009

Jauh Perjalanan Luas Permandangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketika ini memang agak sibuk disebabkan banyakperkara yang perlu dilakukan dengan pelbagai deadline, belajar, perniagaan, projek baru dan sebagainya.

Untuk ketika ini, saya hanya dapat berkongsi sedikit info dahulu, InsyaAllah jika berkesempatan nanti akan saya update lebih terperinci.

Apa yang ada dalam minda saya sekarang adalah

1. Siapkan Research Proposal untuk study saya dan perlu siap dalam minggu ini atau pada 16 Oktober 2009. Ini kerana saya perlu mempertahankan tajuk research di UiTM pada 11 November 2009 nanti.

2. Kini saya dan Azrin Hashim dibawah AA Agro Sdn Bhd sedang bertungkus lumus menyiapkan installation di tapak projek di Dengkil. Kami telah ditawarkan dari pihak Kerajaan dalam membantu mereka melatih 3 orang Peserta Projek Miskin Tegar sebagai usahawan dan keluar dari kepompong kemiskinan. Mereka telah menyertai Program Usahasama Berkelompok dan mengambil 1 lot tapak untuk diusahakan oleh 3 orang peserta. InsyaAllah dalam 1-2 minggu mereka akan tiba di tapak untuk memulakanpenglibatan mereka.

2. Untuk makluman, saya telah menubuhkan 1 lagi syarikat iaitu AA Business Communication & Solutions. Syarikat tersebut menjalankan aktiviti berkaitan dengan ICT. Fokus utama adalah memberikan solution atau penyelesaian masalah komunikasi kepada individu, NGOs dan Syarikat menggunakan kemudahan SMS. Anda pernah terima SMS pemasaran dari Jusco, SengHeng, Tesco dan sebagainya sekiranya anda berdaftar sebagai ahli? Itu antara kaedah permasaran yang lebih murah iaitu antara RM0.10 hingga RM0.15 setiap SMS untuk memaklumkan kepada ahli perkembangan terbaru syarikat atau individu. Kaedah ini dijamin akan membuatkan si penerima mendapat maklumat dengan pantas dan membaca sms tersebut. Pernah tak anda menerima SMS tapi tidak baca? anda mesti baca kan? Bagi Persatuan, Koperasi yang perlu memaklumkan kepada ahli, ini salah satu penyelesaian mudah dan murah. Untuk perincian penyelesaian yang ada, anda boleh menghubungi saya atau melawat web http://www.aabcsolutions.com. Syarikat ini juga memberikan perkhidmatan kepada pengguna Facebook melalui My SMS Club. Kini dengan hanya RM0.30 sahaja anda boleh mengemaskini status di Facebook + Twitter + WordPress hanya dengan satu penghantaran SMS. Bukan perkhidmatan saja, MySMSClub juga menyediakan 3 hadiah bulanan kepada ahli aktif yang menggunakan perkhidmatan SMS tersebut. Disamping itu, MySMSClub akan menawarkan 1 Apple Ipod bernilai anggaran RM800 kepada seorang dari 15 pengguna aktif dalam tempoh 6 bulan. Untuk keterangan lanjut sila ke Web FACEBOOK MYSMSCLUB dihttp://www.tinyurl.com/mysmsclub

3. Saya telah menghadiri satu Mini Workshop "Mentor Kekayaan & Kejayaan" anjuran Dr Azizan Osman selama 3 jam di Wisma Sejarah bersebelahan PUSRAWI KL, Jln Tun Razak. Boleh rujuk http://www.richricherclub.com atau dulunya http://www.rahsiatarikhlahir.com. Idea program itu adalah untuk mengenali potensi diri dan menjurus atau mengurus diri berdasarkan pattern orang yang telah berjaya untuk lebih berjaya. Secara mudahnya, sekiranya kita dah tahu melalui pattern orang lain bahawa kalau kita lalu jambatan yang sempit, risikonya akan mudah jatuh ke sungai jika kita tidak pandai mengimbangkan badan. Dan sekiranya kita tahu, ada 3 pilihan lorong di hadapan dan lorong 1 adalah lebih cepat sampai berbanding lorong 2 dan 3 yang banyak rintangan, mana patut kitapilih. Itulah konsepnya. InsyaAllah saya dan isteri akan menghadiri kursus lanjutan 2 hari pada 7 dan 8 November 2009. Kos kursus adalah RM499 untuk peserta yang hadir MiniWorkshop semalam dan RM1,995 bagi pendaftaran kemudian. Kaedah ini juga bagus untuk mengatur arah tuju keluarga dan diri.Ini bukan tilik nasib tetapi konsep Metafizik Sains. DrAzizan akan adakan Mini Workshop di seluruh negara, jadi saya sarankan jangan lepaskan peluang bagi anda yang ingin berjaya dan maju dalam hidup. "Kenali diri dan anda akan lebih dikenali"

4. InsyaAllah, pada 19 hingga 22 Oktober 2009, saya dan Azran (pengurus AFFE) akan mengadakan Kursus Fertigasi anjuran satu Jabatan Kerajaan dan management consultant di Pahang.

Okey saya sambung akan datang.

Khamis, 30 Julai 2009

Perkembangan Terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memang ramai telah menantikan perkembangan ataupun cerita terkini mengenai Agro Fast Forward Enterprise. Kelewatan ini tidak dapat dielakkan atas pelbagai urusan yang sangat penting.

Mengenai perkembangan perniagaan, seperti yang sebahagian anda maklum, AFFE telah mengorak langkah ke hadapan dan menjalankan kerjasama dengan Pertanian Azrin Hashim. Bagaimanapun aktiviti perladangan di tapak asal masih diteruskan seperti biasa. Untuk menjayakan agenda yang penting terutama untuk golongan muslim dan bumiputera, langkah ini kami rasakan sangat perlu kerana tawaran dan cadangan kami pada awal tahun ini masih belum bersahut. Dengan itu pada 7 April 2009, AA Agro Sdn Bhd telah ditubuhkan menggalas agenda yang lebih besar. AA Agro S/B telah memulakan langkah dengan mengadakan Projek Usahasama Fertigasi Berkelompok di Dengkil dimana AA Agro S/B bertindak sebagai Pengurus Projek dan Pemasarbagi hasil yang diusahakan di tapak projek berkelompok. Ini bagi memastikan pengusaha yang baru menceburi bidang ini berupaya berdiri dengan sokongan kami. Pada masa yang sama, kami juga telah menerima beberapa permohonan untuk kontrak ladang dimana pengusaha sedia ada ataupun pengusaha baru mengusahakan projek di kawasan masing-masing. AA Agro S/B dan pengusaha menandatangani kontrak ladang pada harga tetap RM4 sepanjang tahun berdasarkan terma yang telah ditetapkan. AA Agro S/B bertindak sebagai pemasar kepada hasil pengusaha tersebut. Kami berpendapat kaedah ini dapat memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada pengusaha untuk fokus kepada tugas pengeluaran hasil. Memang tidak dinafikan terdapat sebilangan pengusaha yang berpendapat menguruskan hal pemasaran sendiri adalah lebih menguntungkan daripada memberikan keuntungan kepada orang tengah. Namun, fungsi orang tengah dalam perniagaan sama sekali tidak dapat dihapuskan. Apa yang kami cuba lakukan adalah dengan berkongsi lebih banyak margin keuntungan kepada pengusaha dan mengurangkan risiko turun naik harga di pasaran.

Ramai juga akan berpendapat harga RM4 sekilogram adalah sedikit berbanding harga pasaran. Namun sekiranya anda menjalankan analisis harga sepanjang tahun, purata harga ladang adalah sekitar RM4. Kita juga perlu ingat bahawa harga cili adalah berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Harga yang melambung tinggi tidak berpanjangan berbandingkan harga yang jatuh sehingga berbulan-bulan lamanya. Oleh sebab harga pasaran yang tidak stabil itu telah menyebabkan ramai pengusaha terpaksa gulung tikar dan tidak sanggup bertarung dengan kerugian.

Pada minggu ke 2 bulan Julai 2009, kami telah menghadiri Seminar Pelaburan Pertanian Untuk Usahawan dan Syarikat Swasta 2009 yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian di Putrajaya. Seminar itu dirasmikan oleh YAB Menteri Pertanian sendiri. Pelbagai taklimat dan pembentangan kertas kerja telah diberikan. Ini termasuk keperluan dan peluang mengenai pembiayaan, pendaftaran MOA Inc, geran-geran dan sebagainya. Tidak dilupakan juga pengecualian cukai bagi aktiviti pertanian. Untuk detail, perlu rujuk di Business Development Center di Wisma Tani Putrajaya.

Pada 29 Julai 2009 pula saya menghadiri satu lagi Program Pembangunan Usahawan dalamSektor Pengeluaran Produk Halal & Pemasaran serta Taklimat pembiayaan di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Mini Bajet untuk Usahawan Melayu. Majlis ini dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Putrajaya. Saya dapati banyak informasi berguna diperolehi. Antaranya mengenai status halal bagi pengeluaran sayur adalah tidak diperlukan kerana ia merupakan bahan semulajadi dan belum diproses. Melainkan sekiranya ianya diproses menjadi sos, maka setiap bahan yang digunakan perlulah mendapatkan sijil halal. Seperti contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan sijil halal bagi pengeluaran produk kek, segala bahan seperti tepung, gula, rempah, susu dan sebagainya perlulah diperolehi dari sumber yang telah mendapat pengesahan halal seperti tepung yang ada halal, kilang susu telah dapat pengiktirafan halal dan sebagainya. Itu baru sebahagian proses dan belum termasuk proses pembuatan yang juga akan dinilai kebersihannya. Pendek kata proses halal itu memang banyak tetapi adalah mudah untuk memperolehinya. Caj bayaran untuk mendapatkan sijil halal bagi Industri Kecil yang jualan tahunan tidak melebihi RM500,000 adalah RM100 setahun bagi setiap permohonan. Apa yang dijelaskan adalah sekiranya anda mengeluarkan 10 produk, anda hanya perlu memohon untuk mendapatkan sijil halal bagi 10 produk dalam satu permohonan. Anda hanya perlu membayar RM100 setahun. Tetapi sekiranya anda membuatkeputusan untuk mendaftarkan setiap produk bagi setiap permohonan@10 permohonan, anda perlu membayar RM100/setahun x 10 permohonan = RM1000/setahun. Kesilapan ini memang banyak dilakukan oleh pengusaha bumiputera tetapi pengusaha bukan bumiputera menggunakan kaedah yang lebih menjimatkan.

Antara perkara menarik yang dimaklumkan adalah dari keseluruhan sijil halal yang dikeluarkan, 80% adalah milik bukan bumiputera. Ini menunjukkan bahawa masih ramai pengusaha bumiputera tidak benar-benar memahami kegunaan sijil halal dalam perniagaan. Menurut kajian JAKIM, kebanyakkan pengusaha yang telah mendapatkan sijil halal akan mengalami peningkatan hasil jualan sekitar 30% kerana pasaran muslim adalah sangat luas bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Di sesi taklimat tersebut, disamping JAKIM,beberapa agensi lain seperti FAMA, BSN, AGROBANK, MARDI juga bersama menyampaikan taklimat masing-masing.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia kerana mengadakan sesi tersebut secara percuma. DPMM membawa agenda membangunkan usahawan Melayu Bumiputera bagi memastikan kuasa ekonomi tidak dimonopoli oleh kaum lain. Saya juga sangat menggalakkan usahawan melayu untuk menjadi ahli DPMM di kawasan anda agar peluang yang disediakan dapat kita rebut bersama. DPMM menjadi medan untuk kita bersuara agar lebih didengari oleh pihak berwajib.

Setakat ini dulu catatan saya, InsyaAllah akan disambung di lain masa.

Sekian wassalam.

Selasa, 5 Mei 2009

Artikel " Bersatu Teguh Demi Menjana Ekonomi Ummah"

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lamanya, baru kini berkesempatan mencoret urusan selain kursus dan program usahasama.

Saya berada di pejabat cawangan di UiTM selepas Solat Jumaat dan sambil berehat, terjumpalah satu artikel karanganNurul Izzah Sidek yang menarik dan baik untuk dikongsi bersama keluaranUtusan Malaysia dalam sisipan Mega bertarikh 29 Januari 2009.

Antara yang menariknya adalah petikan berikut "Dr. Yusuf al-Qardawi dalamkaryanya Aina al-Khalal pernah berkata: Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup dibumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan di perutnya dan kekayaan yang bertebaran diatasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran daripada galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita. Jadilah kita dalam banyak keadaan PENGGUNA bukan PENGELUAR, PENGIMPORT bukan PENGILANG. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita bangga memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedangkan kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun."

Penulis juga menyatakan pembaca perlu mempunyai rasa tanggungjawab dengan petikan berikut "Pada dasarnya, banyak kelebihan yang dapat dinikmati sekiranya umat Islam bersatu padudalam menjana ekonomi umat sendiri, antara lainnya mereka akan mempunyai kuasamembeli yang tinggi kerana kapasiti jumlah umat Islam yang tinggi menjadikan keperluan barangan dan makanan juga tinggi. Jika kuasa membeli ini dialirkan kepada membeli barangan yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri, akan berlakulah kitaran ekonomi yang kuat di kalangan masyarakat Islam. Selain itu, umat Islam mempunyai ruang dan potensi yang luas untuk memajukan ekonomi sendiri dalam bidang makanan, minuman, dan ubat-ubatan berdasarkan kewajipan untuk menggunakan produk yang halal dan suci pembuatannya."

Semoga pandangan penulis tersebut dapat ditimbangkan dan diusahakan bagi memastikan kedudukan ekonomi yang lebih terjamin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...