Statistik Blog Peralatan: Sejak dibuka pada 21 February 2008 sehingga 26 Februari 2008 untuk 6 hari , Kaunter telah mencecah 725 pageloads, dengan bilangan pengunjung antara 31 hingga 96 orang sehari dan pengunjung tetap antara 8 hingga 23 orang. Tak sangka juga peralatan tersebut mendapat perhatian dan permintaan yang baik. Harga yang ditawarkan memang murah dari pasaran sedia ada. Ini juga bagi membantu orang ramai mudah memiliki alat yang penting dalam pertanian. Aku juga dari semasa ke semasa akan membuat tawaran istimewa bagi peralatan tertentu. Nantikan kemunculannya.
EC Meter dan PH Meter penting bagi pekebun kerana dapat memastikan baja dan kandungan air mencukupi dan sesuai untuk setiap tanaman. Umpamanya ada sepinggan nasi dengan lauk yang cukup (baja), EC Meter akan mengukur sama ada nasi dan lauk adalah mencukupi kandungannya. Kalau ayam goreng hanya secubit dan nasi hanya setengah pinggan, mungkin orang yang makan tak kenyang. Pandangan nasi dan lauk di pingggan masih belum mencukupi sekirannya kita tak tahu kesedapannya. Ia diukur dengan PH Meter bagi tanaman. Barulah kita dapat makanan yang cukup dan sedap. Gunakan kiasan tadi pada pokok menggunakan EC meter dan PH Meter.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pada 24 Februari 2008 petangnya aku akan berangkat pulang ke Putrajaya. Dari sebelah paginya aku sibuk menyediakan Rancangan Perniagaan untuk Azran bawa semasa kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan anjuran Jabatan Belia dan Sukan di Kompleks Rakan Muda, Dong,Raub, Pahang pada 25 Februari nanti. Itu salah satu perancangan strategik untuk mengembangkan perniagaan. Aku habiskan lebih kurang 3 jam untuk susun semula RP tu bagi kemas sikit. Lepas tu sempat juga aku test power sprayer dengan menutup 2 lubang semburan dari 3 yang ada untuk mengurangkan pembaziran racun. Namun disebabkan kesuntukkan masa..aku tak dapat uji sampai habis.. baru separuh jalan tapi dah nak kena balik.. masa berlalu pantas. lagipun ujicuba yang aku buat tu perlu benda yang disiapkan lebih awal. Takpa masa hari mengundi nanti aku akan buat semula. .jpg)
.jpg)
.jpg)




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
Benih tu cukup untuk bekalan menampung kekurangan anak pokok cili sedia ada. Benih tersebut akan aku hantar ke Chenor untuk disemai di sana. Kita belajar dari pengalaman dan mengikut pengalaman yang lalu, urusan semaian perlu dilakukan sendiri di tapak bagi memastikan kesuburan dan kualiti pokok yang hendak ditanam. Kesilapan yang aku lakukan apabila aku menyerahkan urusan benih sepenuhnya kepada konsultan dengan alasan ianya termasuk dalam pakej yang aku bayar. Rupanya hasil benih tak seperti yang aku lihat di tapak. Mungkin masalah handling benih pokok tu yang terpaksa di angkut dari Kajang ke Chenor. Kemudian aku terus ke Rawang untuk membeli beberapa barang tambahan untuk tapak ujian serta dibawa ke Chenor. Sambil pusing dalam kedai aku terjumpa satu barang yang penting tapi aku tak boleh beli sekarang.
Solenoid Valve bagi mengawal pengairan secara automatik menggunakan timer. Hemm, kosnya agak mahal juga RM190 sebili. Kalau aku nak pasang di Chenor aku perlukan sekurang-kurangnya 2 biji. Untuk pengetahuan, sistem fertigasi yang dipasang di Chenor adalah antara yang tersukar dilpasangkan sebab pengairan terpaksa dibuat secara berperingkat. Antara sebabnya adalah kawasan yang berteres dan luas. Pembajaan terpaksa dilakukan secara manual. Pengairan dilakukan sebanyak 4 kali sehari yang mana 2 adalah baja dan 2 adalah air biasa. Terdapat 2 valve besar di sebelah kiri (Fasa 1) dan kanan (Fasa 2). Di peringkat permulaan pengairan dibuat selama 4 minit bagi kedua-dua fasa. Setelah taman 4 minit, valve Fasa 1 ditutup dan tambahan lagi 2 minit disalirkan ke petak Fasa 2 kerana kawasan yang lebih luas. InsyaAllah aku akan automasikan sistem ini kemudian. Kini aku dah faham bagaimana sistem fertigasi berfungsi dan pemasangan agak mudah. Sebelum ini aku hanya belajar secara teori dan praktikalnya adalah di Chenor. Kini AGRO Fast Forward telah mempunyai 3 orang yang mahir dalam pemasangan system fertigasi. Sebelum ini Pengurus FAMA Maran telah menyatakan hasrat untuk menggunakan khidmat kami untuk memasang sistem fertigasi dalam 1000 pokok di tapak depan pejabat mereka. Mereka pun dah datang melawat tapak di Chenor. InsyaAllah, semua tu boleh diuruskan. Mereka pun baru juga nak belajar bagaimana sistem fertigasi berfungsi. Kita kena give and take dalam hal ini. Ia bakal membuka peluang yang baru bagi Agro Fast Forward Enterprise apabila mendapat kepercayaan Fama Maran.
Hari Raya Cina merupakan hari yang ditunggu ramai rakyat Malaysia. Bukan kerana sambutannya tetapi kerana cuti panjangnya. Aku pun apa lagi, pada 7 Februari 2008 aku dan keluarga mengambil kesempatan untuk balik kampung. Setibanya di sana, aku terus meninjau keadaan pokok cili. Inilah rupa pokok terkini di ladang. .jpg)

.jpg)

Secara puratanya aku anggarkan 20% pokok cili telah mengeluarkan bunga dan dijangka boleh dituai dalam sebulan lagi. Namun masih juga terdapat pokok yang terbantut dan kemetot. Musim pertama ini aku redhakan keadaan yang serba kekurangan ini. InsyaAllah musim kedua akan dipertingkatkan dengan lebih baik. .jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
