Bila sibuk bekerja adakalanya perlu kita merehatkan minda seketika, Aku rehatkan minda dengan melihat telatah anak-anak aku yang baru mendaftar kelas TaeKwonDo. Tu yang baju hijau dan merah putih tu hero-hero aku. Anak aku yang bongsu tu baru tadika tahun 6 pun masuk join abangnya di Sekolah Rendah Presint 11. Asalkan dia ada kawan dan nak buat aku ikutkan jer.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sepatutnya post ini aku buat dulu dari post sebelum ni tapi dah ter'post' takpelah. Aku berkesempatan melawat kawan sekerja aku lama nih. Fazly Poe, dulu sama-sama kerani di Maybank Kompleks Bandar. Dia sekarang kerja sendiri. Nilah projek yang sedang diusahakan di Kuang, Sungai Buloh berhampiran dengan Tasik Kundang. Tersergam indah dibelakang dia tu bangsal cendawan yang baru sebulan dua siap dan hampir bermula projek cendawan beliau.
.jpg)
Di samping tu, beliau juga baru juga memulakan projek penternakan ikan keli. Dia ni serentak buat sekali. Yang di gambar bawah tu kolam di tepi rumah yang akan menempatkan ikan besar. Tempat anak ikan ada di sebelah bangsal cendawan tu. katanya adalah dalam 20 ribu ekor dia baru masuk ke kolam dalam seminggu.
.jpg)
Fazly ni pun jenis tak boleh diam juga orangnya. Dia ada buat kerja landscaping dan construction. Baru2 ni dia buat kolam hiasan beberapa rumah pelanggan dia. Yang kat bawah tu dia punya sendiri untuk bela ikan kat rumah. Sesapa yang duduk berhampiran nak melawat dan khidmat nasihat adalah dipersilakan dengan temujanji. Boleh hubungi Fazly Poe, 013-6322634 atau 016-6009183. kalau nak buat bangsal cendawan, kolam ikan boleh tanya dia ni. Dia ada pekerja yang sedia menunggu arahan.
Aku ke sana pun bukan sendirian. bawa escort juga. inilah kerja ecsort aku isteri dan mak mertua aku. masa tu adalah rambutan yang masak. itulah tugas sampingan mereka.
Lepas tu aku singgah di Sungai buloh beli pam untuk ikan di kampung tu, Aku dan sebut pasal pam tu sebelum ni.
Setakat 12 Januari inilah rupa mini fertigasi aku.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)


.jpg)
Ok, sambung perjalanan AGRO Fast Foward Enterprise. Sampai jer aku kat rumah... tapak ujian menjadi tumpuan. Ni perkembangan pokok rock melon dan cili merah yang disemai sejak 25 November 2007, pindah benih rock melon ke polibeg pada 7 Disember 2007 dan gambar ni diambil pada 18 Disember 2007 selepas aku pindah cili merah ke polibeg pada malam 17 Disember 2007..jpg)
Pada petang 18 Disember 2007 tu aku melawat ke ladang Sifu Hanan untuk meninjau keadaan benih yang telah disemai. Wah!!! Benih dah besar2. Aku risau pulak kalau lambat pindah pokok cili tu bantut pulak. Dah lebih sebulan tu tetapi keadaan banjir di Chenor,Maran,Pahang masih tak tahu lagi bila oknya..jpg)
.jpg)
.jpg)
Buat sementara waktu, aku kena tunggu tapak betul-betul kering baru boleh mulakan kerja pembersihan sebahagian kecil lagi tapak dan pemasangan paip.
.jpg)
Keesokannya kami ke Felda Rentam untuk majlis perkahwinan (hari besar). Maklumlah, dah ada projek kat kampung, kena kenal sedara sebab buat kat tanah keluarga. Habis majlis tu kami pulang semula ke Chenor untuk hantar pak mertua aku balik ke rumah dalam pukul 3 ptg. Gedebak-gedebuk pukul 6.15 aku dan keluarga bertolak dari rumah untuk ke tapak projek ke 2. He!he!he! tapak pertama pun belum siap dah cari tapak ke 2. Tapak ke 2 di Taman Makanan Kekal Pertanian tu untuk expansion dan kontingensi kiranya berlaku banjir lagi boleh bawak lari pokok ke sana. Jarak tapak ke 2 dari tapak 1 lebih kurang 5-10 minit dengan keluasan aggaran 2 ekar. Tanah tu milik Jabatan Pertanian. Aku dah berurusan dengan En Khalil, Penolong Pengarah Pertanian Maran untuk menggunakan tanah yang memang dikhaskan bagi pertanian fertigasi. Beliau bersetuju benar bila tahu aku nak guna tanah tu untuk fertigasi sebab mereka pun sedang menggalakkan petani konvensional menggunakan teknik fertigasi. Ni rupa tapak yang masih belum dibersihkan. Bersempadan dengan tapak tu juga dah ada seorang Mejar (B) Johari yang juga akan memulakan lada fertigasi terbuka. Takpa... boleh sama-sama belajar dan pastu market pun boleh kongsi2. Yang dah ada sayur tu peserta lain yang guna cara konvensional. Dia dah 15 tahun mengusahakan pertanian kat situ dan luas juga kawasan dia..jpg)
.jpg)
2 Januari 2008, haripertama anak sulung aku Hafidz ke sekolah rendah. Seronok dia sebab pakai baju, kasut, beg baru. Dia takda masalah macam zaman aku kanak2 dulu sebab dia dah mula sekolah tadika sejak umur 3 tahun lagi. Anak aku yang ke dua pun mengekor jelah sebab tahun depan 2009 baru dia boleh ikut abang dia ke sekolah sama. Isteri aku cuti 3 hari nak uruskan budak-budak tu.
5 Januari 2008 bermula lagi alkisah aku seorang pelajar...Aku dah daftar sambung belajar di UiTM favourite universiti aku ambil kursus PhD in Accountancy. Sendiri sponsor, Jabatan tak biaya.Sambil Kerja, Belajar, Meniaga, Keluarga. Ni aku saja menggatal sambung.... cari penyakit....cita2 sendiri dan push myself to the limit... Ayah aku sekolah sampai darjah 6 dan dia suruh anak dia ni belajar lebih pandai dari dia. Nanti anak aku pulak aku suruh dia belajar lebih pandai dari ayah dia ni. Sebagai motivasi bahawa dalam keadaan apa sekalipun TIADA ALASAN YANG MENJADI JAWAPAN TETAPI DENGAN USAHA SENTIASA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. Bapakdia boleh anak mesti lagi boleh. MALAYSIA BOLEH!!!