Sponsor Ads

Jumaat, 29 Oktober 2010

KURSUS FERTIGASI CILI SECARA ONLINE

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saya kerap menerima panggilan dari merata negeri malah dari Sabah dan Sarawak juga untuk menghadiri kursus fertigasi cili merah yang dianjurkan. Buat masa ini, saya hanya mengadakan kursus berdasarkan permintaan secara berkumpulan atas kesuntukan masa untuk mengadakan kursus lebih kerap.

Namun untuk tidak menghampakan banyak permintaan, saya bercadang untuk mengadakan kursus secara online melalui rakaman video,  keterangan bertulis, nota serta maklumat digital yang boleh didownload pada bila-bila masa. Yuran akses kepada semua kemudahan kursus akan dikenakan kepada mereka yang berminat.  Beberapa modul kursus akan disediakan meliputi peringkat asas pengenalan, penyediaan baja, benih, pemasangan sistem fertigasi, penjagaan, pemasaran dan penyediaan rancangan perniagaan.

Saya menjangkakan semua infrastruktur akan sedia dan mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Yuran akses Kursus Fertigasi Cili  Secara Online masih belum ditetapkan. Yuran akses dijangka lebih murah berbanding yuran kursus sebelum ini iaitu RM200 seorang. Sehubungan itu, anda berpeluang untuk mencadangkan yuran kursus yang bersesuaian.

Sehubungan itu, sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk menambahbaik program tersebut, sila emel ke agrofastforward@yahoo.com.my atau berikan komen di bawah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...