Sponsor Ads

Isnin, 21 Januari 2008

Aktiviti 9-10 Januari 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila sibuk bekerja adakalanya perlu kita merehatkan minda seketika, Aku rehatkan minda dengan melihat telatah anak-anak aku yang baru mendaftar kelas TaeKwonDo. Tu yang baju hijau dan merah putih tu hero-hero aku. Anak aku yang bongsu tu baru tadika tahun 6 pun masuk join abangnya di Sekolah Rendah Presint 11. Asalkan dia ada kawan dan nak buat aku ikutkan jer.

Sepatutnya post ini aku buat dulu dari post sebelum ni tapi dah ter'post' takpelah. Aku berkesempatan melawat kawan sekerja aku lama nih. Fazly Poe, dulu sama-sama kerani di Maybank Kompleks Bandar. Dia sekarang kerja sendiri. Nilah projek yang sedang diusahakan di Kuang, Sungai Buloh berhampiran dengan Tasik Kundang. Tersergam indah dibelakang dia tu bangsal cendawan yang baru sebulan dua siap dan hampir bermula projek cendawan beliau.

Di samping tu, beliau juga baru juga memulakan projek penternakan ikan keli. Dia ni serentak buat sekali. Yang di gambar bawah tu kolam di tepi rumah yang akan menempatkan ikan besar. Tempat anak ikan ada di sebelah bangsal cendawan tu. katanya adalah dalam 20 ribu ekor dia baru masuk ke kolam dalam seminggu.

Fazly ni pun jenis tak boleh diam juga orangnya. Dia ada buat kerja landscaping dan construction. Baru2 ni dia buat kolam hiasan beberapa rumah pelanggan dia. Yang kat bawah tu dia punya sendiri untuk bela ikan kat rumah. Sesapa yang duduk berhampiran nak melawat dan khidmat nasihat adalah dipersilakan dengan temujanji. Boleh hubungi Fazly Poe, 013-6322634 atau 016-6009183. kalau nak buat bangsal cendawan, kolam ikan boleh tanya dia ni. Dia ada pekerja yang sedia menunggu arahan.

Aku ke sana pun bukan sendirian. bawa escort juga. inilah kerja ecsort aku isteri dan mak mertua aku. masa tu adalah rambutan yang masak. itulah tugas sampingan mereka.
Lepas tu aku singgah di Sungai buloh beli pam untuk ikan di kampung tu, Aku dan sebut pasal pam tu sebelum ni.

Setakat 12 Januari inilah rupa mini fertigasi aku.


3 pokok cili yang aku tanam tu aku cantas pokoknya dan biarkan lagi 3 keadaan asal. Aku nak tengok cili mana yang berbuah lebih lebat.

Aktiviti 12 dan 14 Januari 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama juga aku tak update blog ni. Sibuk dengan pelbagai urusan. Namun aku tidak ketinggalan mengambil gambar bagi setiap aktiviti yang aku lakukan.

Pada 12 Januari aku pulang ke Chenor untuk melihat perkembangan projek yang telah menampakkan susuknya. Setibanya aku di kampung, kelihatan meriah kawasan dengan susunan polibeg berwarna putih menghiasi tapak projek. macam gambar kat bawah ni.


Aku pun menjalankan tugas biasa memeriksa kerja yang dikakukan oleh Azran dan Hairuddin (abang kepada Azran) adik ipar aku juga. Kini dah 2 orang adik ipar kau menetap di kampung untuk projek yang baru bermula. Ni lah hasil kerja budak berusia 18 tahun dan 22 tahun buat kolam...Senget sikit. Belasah jer lah. Asalkan mereka belajar buat sendiri. Pengalaman tu yang akan membuatkan mereka meningkat menjadi lebih baik. Yang terpacak tu model iklan kat kampung mak mertua aku.


Dari sisi pulak tersergam indah susunan polibeg tapi belum buat piping lagi.


Kat sebelah kanan tu satu lagi projek dalam proses uji cuba Azran dengan bapak mertua aku.. ternak keli dan talapia dalam polytank. Biorlah diorang nak mencuba. Kat tepi tu kira-kira adik sepupu belah isteri aku yang baru bertunang 2 minggu lepas basah lepas mandi kat sungai belakang rumah. Dia kata tunang dia nak tengok projek. Tu yang dia ajak datang ke kampung.


Ini satu lagi pandangan di kawasan utama yang telah disusun polibeg. Aku risau bila musim durian nanti tak tau polibeg mana yang jadi mangsa pulak. Tunggu jer lah.





Ini lah rupa pump yang baru aku beli RM100 untuk aero kan air kolam ikan patin aku tu. rupanay kotor siki sebab aku baru lepas cuba pasang kat kolam.

Selain menjaga projek, inilah tugas sampingan Azran di kampung. Menjaring ikan di tepi sungai Pahang. adalah dapat anak-anak ikan besar 2 jari.. buat lauk tambahan.. free dari alam tu...



Balik ke Putrajaya pada 14 Januari 2008 dan aku terus melawat tapak ujian fertigasi aku. Kelihatan pokok rockmelon ada mengeluarkan putik buah yang sulong. Tak tahu jadi ke tak. Tapi nampak macam tak boleh lekat jer putik tu.

Ni pun beberapa pokok yang baru mengeluarkan bunga. nak bagi seri jer kot. Hasilnya belum lagi.

Di sebelah rockmelon tu pokok cili yang benihnya dari MAFC. Kelihatan segar dan takda masalah.

Nanti aku sambung lain kali.......

Rabu, 9 Januari 2008

New Year Issue 2008

8 Januari2008
Assalamulaikum dan salam sejahtera. Memang banyak perkara berlaku setelah aku kembali dari Korat, Thailand. Dengan kejayaan Atlet Malaysia membawa pulang 68 pingat emas di rangking ke 2 selepas tuan rumah Thailand, merupakan kebanggaanbagi diri aku kerana menjadi sebahagian dari detik-detik bersejarah. Aku dan teman sepejabat berpeluang untuk menghadiri upacara penutup Sukan Sea Ke-24 setelah 2 kad VIP diberikan bagi menyaksikan upacara bersejarah tersebut. Aku pun bila masuk ke Stadium mencari tempat di hadapan agar nampak lebih jelas. Hemm... itu kenangan yang sukar dilupakan.

Ok, sambung perjalanan AGRO Fast Foward Enterprise. Sampai jer aku kat rumah... tapak ujian menjadi tumpuan. Ni perkembangan pokok rock melon dan cili merah yang disemai sejak 25 November 2007, pindah benih rock melon ke polibeg pada 7 Disember 2007 dan gambar ni diambil pada 18 Disember 2007 selepas aku pindah cili merah ke polibeg pada malam 17 Disember 2007.
Pada petang 18 Disember 2007 tu aku melawat ke ladang Sifu Hanan untuk meninjau keadaan benih yang telah disemai. Wah!!! Benih dah besar2. Aku risau pulak kalau lambat pindah pokok cili tu bantut pulak. Dah lebih sebulan tu tetapi keadaan banjir di Chenor,Maran,Pahang masih tak tahu lagi bila oknya.

Pada 24 Disember 2007, aku pulang untuk melihat keadaan Chenor dengan berbekalkan barangan kering untuk keluarga di sana. Sebahagian besar kawasan dah surut Cuma laluan masuk utama ke Kampung Tanjung Kertau, Chenor masih digenangi air setinggi pangkal peha. Dekat 500meter juga aku meredah air baru sampai ke kawasan rumah. Alhamdulillah,kawasan rumah tu dibina di atas tebing sungai yang tinggi dan air naik hanya setakat kawasan tapak yang dibersihkan. Peralatan dan polibeg yang telah diisi tidak terjejas. Namun sehingga hari itu, air paip dan bekalan elektrik telah terputus hampir 2 minggu. Bekalan air dan api hanya pulih pada 31 Disember 2007.
Buat sementara waktu, aku kena tunggu tapak betul-betul kering baru boleh mulakan kerja pembersihan sebahagian kecil lagi tapak dan pemasangan paip.

Ini pula gambaran 10 polibeg yang mana 4 polibeg adalah rock melon dan 6 polibeg cili merah yang dibekalkan oleh MAFC dulu untuk ujian. Gambar ini diambil pada 27 Disember 2007 iaitu 1 bulan selepas benih di semai. Terdapat daun pokok rockmelon yang kekuningan. Aku syaki kekurangan baja ataupun penyakit. Tapi pokok lain tak menjangkit. Aku biarkan dulu tengok perkembangan.



Pada 29 Disember 2007 aku dan keluarga pulang ke kampung kerana sepupu isteri aku berkahwin di Felda Rentam. Kamiterus ke Felda Rentam dulu untuk buat apa yang patut dulu. Petang tu kami nak ke Chenor tengok keadaan rumah kat kampung tetapi mak mertua aku tak nak ikut. Hemm...takpelah, kurang sorang penumpang. Aku pun nak ambil tokki aku yang masih kat sana dan dia pun nak Felda Rentam juga. Kami pun singgah sekejap ke kandang kambing epawah.com di Bohor sebab baru sehari dua ni jalan ke sana boleh dilalui. Pertama kali aku berjumpa En Aslan dan isteri Pn Suzana. Mereka berdua je yang ada kat sana. Menurut Aslan, lebih kurang 58 ekor kambing yang terkorban dalam kejadian banjir tu tapi tak tau siapa tuan punya lagi dan mereka nak buat pengesanan pada malam tu. Aslan juga maklumkan beliau telah memohon bantuan gantirugi dari pihak berkenaan. Tak tahu samaada dapat ke atau tak. Itu untuk mengurangkan perbelanjaan membeli semula kambing yang terkorban. Aslan juga sedang berusaha untuk memindahkan kandang keBatang Berjuntai . Disamping jarak lokasi yang dekat, ianya juga berdekatan dengan market dan mudah untuk memasarkan hasil nanti. Beliau juga bercadang untuk mengembangkan aktiviti perkambingan tapi masih dalam peringkat perancangan. Menurut Aslan, mungkin bulan Februari kambing-kambing akan dipindahkan ke tempat baru. Maaf gambar yang aku ambil ntah kemana hilang pulak. Lain kali aku singgah lagi ke sana amik gambar banyak-banyak.

Sampai ke Chenor dan pukul 6.30ptg pastu air baru sampai tapi elektrik takda pulak. Dengan budak-budak yang ramai (anak-anak aku dan sepupu mereka lagi 4 orang) kami buat keputusan pergi ke Temerloh dan stay kat Hotel Swiss@RM80 semalam. Makan pun pudah dan api air takda masalah.

Keesokannya kami ke Felda Rentam untuk majlis perkahwinan (hari besar). Maklumlah, dah ada projek kat kampung, kena kenal sedara sebab buat kat tanah keluarga. Habis majlis tu kami pulang semula ke Chenor untuk hantar pak mertua aku balik ke rumah dalam pukul 3 ptg. Gedebak-gedebuk pukul 6.15 aku dan keluarga bertolak dari rumah untuk ke tapak projek ke 2. He!he!he! tapak pertama pun belum siap dah cari tapak ke 2. Tapak ke 2 di Taman Makanan Kekal Pertanian tu untuk expansion dan kontingensi kiranya berlaku banjir lagi boleh bawak lari pokok ke sana. Jarak tapak ke 2 dari tapak 1 lebih kurang 5-10 minit dengan keluasan aggaran 2 ekar. Tanah tu milik Jabatan Pertanian. Aku dah berurusan dengan En Khalil, Penolong Pengarah Pertanian Maran untuk menggunakan tanah yang memang dikhaskan bagi pertanian fertigasi. Beliau bersetuju benar bila tahu aku nak guna tanah tu untuk fertigasi sebab mereka pun sedang menggalakkan petani konvensional menggunakan teknik fertigasi. Ni rupa tapak yang masih belum dibersihkan. Bersempadan dengan tapak tu juga dah ada seorang Mejar (B) Johari yang juga akan memulakan lada fertigasi terbuka. Takpa... boleh sama-sama belajar dan pastu market pun boleh kongsi2. Yang dah ada sayur tu peserta lain yang guna cara konvensional. Dia dah 15 tahun mengusahakan pertanian kat situ dan luas juga kawasan dia.


2 Januari 2008, haripertama anak sulung aku Hafidz ke sekolah rendah. Seronok dia sebab pakai baju, kasut, beg baru. Dia takda masalah macam zaman aku kanak2 dulu sebab dia dah mula sekolah tadika sejak umur 3 tahun lagi. Anak aku yang ke dua pun mengekor jelah sebab tahun depan 2009 baru dia boleh ikut abang dia ke sekolah sama. Isteri aku cuti 3 hari nak uruskan budak-budak tu.

5 Januari 2008 bermula lagi alkisah aku seorang pelajar...Aku dah daftar sambung belajar di UiTM favourite universiti aku ambil kursus PhD in Accountancy. Sendiri sponsor, Jabatan tak biaya.Sambil Kerja, Belajar, Meniaga, Keluarga. Ni aku saja menggatal sambung.... cari penyakit....cita2 sendiri dan push myself to the limit... Ayah aku sekolah sampai darjah 6 dan dia suruh anak dia ni belajar lebih pandai dari dia. Nanti anak aku pulak aku suruh dia belajar lebih pandai dari ayah dia ni. Sebagai motivasi bahawa dalam keadaan apa sekalipun TIADA ALASAN YANG MENJADI JAWAPAN TETAPI DENGAN USAHA SENTIASA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. Bapakdia boleh anak mesti lagi boleh. MALAYSIA BOLEH!!!

5 Januari aku semai lagi 5 jenis benih. 6 biji benih honeydew, 4 biji benih cili api kecil, 2 biji benih terung bulat, 4 biji benih kobis bulat dengan 2 varieti. Kobis tu adalah benih dari MAFC. Aku pun saja cuba tanam sekali. Bila ada hasil nanti aku suruh mak mertua aku jual kat kedai tempat dia biasa beli barang. Mak mertua aku kaki niaga. Hasil RM tu bagi jelah kat dia. Aku bukan kisahkan hasil jualan tapi keputusan hasil pokok tu sudah menguntungkan aku.
7 Januari 2008, Pasukan khas dari AgroGO untuk melakukan kerja pemasangan peralatan dah sampai dalam pukul 1 petang. Mereka akan tinggal di rumahpak mertua aku sampai kerja siap. EC meter yang aku beli dari Sabakagro dah sampai. Bila dapat je cepat-cepat aku test kandungan baja. Memang confirm kurang zat. bacaanEC dalam 1.14 dan lepas aku tambah baja dan EM, bacaan terus naik 2.00. Okey pastu aku tukar kekerapan baja dari 5 kali 2 minit kepada 5 kali 5 minit sebab aku rasa dulu pokok tu kurang makan.

8 Januari aku singgah di Tesco dan macam biasa, aku akan ke tempat sayurtengok cili merah yang ada di sana. Bila aku tengok kat bakul tu rupanya ada cili merah import dari China RM3.20 setiap 500gm. Harga pulak lebih kurang sama dengan cili tempatan dari Cameron. Supplier yang import tu pulak tokey besar kat Pasar Borong Selayang. Aku rasa mungkin ini kerja diorang mainkan harga cili sampai import cili dari china dan bekalkan kat pasaraya besar plak tu. Aku confident itu cili import sebab dilabel tu dinyatakan diimport dan diedarkan oleh PSFV.

Azran, Pengurus Ladang di Chenor kata kolam 20x10 kaki dibahagi dua dengan setiap bahagian 10x10 dah siap. Akupun buat kira2 dan order 1500 benih patin. Aku jangka survival dalam 1000 ekor jer kot. Tinggal pammacam kat akuarium tu jer yang aku nak beli. Pastu kolam dah ready. Jangkaan bulan 6-7 nanti ikan dah besar dan boleh jual lah...kalau aku balik plak drawing out patin untuk guna sendiri la. Jimat RM12 sekilo.
Okey, banyak dah nih... nanti sambung lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...